Twitter Facebook Feed

Dilema

Assalamualaikum....


Susah untuk diri sendiri mengembirakan semua pihak.
Bukan mudah nak membahagiakan perasaan manusia lain.
Kadang hati mereka tersenyum, namun hati kita menangis
Kadang hati mereka menangis, namun hati kita masih juga menangis
Tangisan hati takkan berhenti jika diri masih dalam dilemma
~Sigh~

Adakah tindakan itu betul?
Jujurkah pada diri sendiri?
Penat berpura
Penat bermuka
~Hipokrit~

Membuat pilihan satu perkara yang menyakitkan
Menyeksa dan mengguris
Terseksa dan terguris
~Pedih~

Maaf kerana tidak mampu mengembirakan kamoo
Kerana kekhilafan diri yg azali
~end~



Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

NO MORE!!!

Assalamualaikum...

Masuk jek tengah malam, kompem akan mulakan habit yang tak pernah nak benti iaitu mengeluh. Kali nie punya mengeluh macam agak berat sikit kowt. Dari siang tadi asyik terpikir jek perkara nie. Susah lah kalau orang lain salah faham terhadap keakraban seseorang. ~sigh~.

Dari dulu hingga sekarang, aku memang tak berminat untuk berebut dan tak suka berebut. Tak kisahlah dalam apa benda yang jadi. Kalau setakat berebut kerusi tu lain lah. Memang sejak kecil lagi kami adik beradik tak dididik untuk berebut. Ialah, dah 3 orang jek kot, apalah yang direbutnya sangat. So, sampai ke besar lah perasaan nak berebut-rebut ni kurang ada sikit dalam diri. Masalahnya sekarang ni, aku tetiba rasa macam aku tengah berebut dengan seseorang. Entah bilalah aku start berebut. Aku pon kurang pasti.

Maaflah kawan, kalau aku nampal rapat (nampak saja) dengan dia dan kenampakan tu membuatkan kamu terdetik perasaan cemburu di dalam hati. Jika kamu tidak senang dengan situasi ini, aku tak kisah kawan, aku boleh untuk tidak rapat lagi dengannya. Tiada masalah bagiku. Mungkin tanggungjawab aku sebagai kawannya sudah selesai dan mungkin tanggungjawab itu akan bermula untukmu. Aku tidak boleh untuk duduk dalam situasi berebut seperti ini kerana aku memang tidak selesa.

Tegas aku sekali lagi, aku berkawan dengannya kerana aku mahu berkawan. Hanya berkawan.



Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

OTAK VACUM

Assalamualaikum...

Entah apa lah yang dipikirkan oleh otak aku saat ni. Asyik pening jek, Tiap saat, tiap waktu berdenyut jek. Rajin giler dia bekerja sampai sakit-sakit jadinya. Baru jadi student dah berdenyut-denyut selalu, belom lagi jadi perdana menteri. Rasanya bukan takat berdenyut, pecah dah kot. Pastu ramai-ramai VIP kutip serpihan otak tue. Ialah kan, otak orang kenamaan tu. (Motif?).

Aku rasa otak aku ni macam vacum lah. Sedut jek segala macam benda yang ada, tak kiralah habuk ke, pasir ke, kertas ke, plastik ke. Kalau boleh disedut, segala macamlah nak disedutnya. Entah2 taik cicak pon disedutnya. Pastu bercampur aduk kat dalam tempat yang sama. Lin tang pukang porak peranda. Tak tersusun langsung, Serabut giler. Serabai nak mampus. Adusslah.

Kan best kalau otak kita nie boleh dikemaskini macam librarian kemas buku-buku yang bersepah dekat library, macam kerani susun segala file2 kat rak-rak yang dikhususkan, macam maid susun dan lap segala benda yang ada kat dalam rumah, macam cleaner membersihkan segala kekotaran yang ada kat setiap jalan, Alangkah bestnya.

Macam2 yang nak dipikirkan, macam2 nak disettlekan.

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

PERASAAN

ILLA SABRI-KERANAMU KEKASIH

Bila kuimbas lagi
Terusik peristiwa dulu yang mengguris hati
Terkulai-kulai diri bila cinta didustai
Oleh insan yang pertama aku sayangi

Bila aku kenangi
Hidupku tak lagi ceria seperti dahulu
Tiada lagi keindahan yang aku rasai
Ohh... selama ini teguhnya cintaku
Pada mu kekasih

( 1 )
Oh oh oh...
Tidak ku menjangkakan ini 'kan terjadi
Bila sidia undur diri dan memutus cinta
Alam kurasakan suram
Tiada lagi beri simpati

Oh oh oh...
Ternyata kejujuran salah ditafsirkan
Rupa-rupanya di hatimu dia yang bertakhta
Mengikis semarak cinta yang telah kita bena
Seindahnya di syurga

Kekasih...
Kita berdua menjalin kasih
Yang akhirnya terpisah jua
Ku rela kau pergi

( ulang dari 1 )

Sumbangan Miss Bolly 4ever
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

ADEK


Assalamualaikum...

Rasa tersangat terhibur bila baca blog Mr Adek tadi. Lawak giler. Senyum sorang2 jek aku nie baca. Tak sangka aku, pandai Mr. Adek meluahkan perasan dalam blog. Canggih r lu dik. Angah tabik r kau dapat buat cmtue. Tapi kan dik, awat lah ganaz sangat luahan tue. Bengang sangat ke?. Nie baru permulaan life as student taw. Banyak lagi benda2 kat hdapan nanti yang kamoo kener terima, pertimbangkan, fikirkan dan redhakan. Semua tue asam garam dalam menjadi seorang student yang sejati. Apa barang kalau student takdek masalah. Masalah tu mmg wajib taw.
~ADEK YANG DAH BESAR~


Apa-apa pon kamoo tue jangan sangat cepat mengelabah. Jangan cepat melenting. Nanti susah. Kita ni budak baru kat tempat ni, pandai2 lah bawa diri dengan segala apa yang mendatang. Angah tahu kamoo memang tengah cuba sehabis baik lah dekat sana. Tapi jangan lupa, kesemua yang jadi tue adalah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Jangan salahkan takdir atau nasib diri. Redha tue penting. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya dan kesemuanya akan berjalan dengan lancar.

Kalau kamu ada masalah, tak dek salahnya andai nak kongsi dengan angah atau kakak, kami kan akak-akak kamoo. Masalah kamoo, masalah kami juga. Cubit paha kiri, paha kanan terasa tau. Bukan setakat terasa, siap berbirat lagi tue. Sekarang nie kita adik beradik dah meningkat dewasa, semua fikiran makin matang. Pandai-pandailah fikir mana yang baik dan yang buruk. Apa2 pon yang kamoo buat, angah akan sokong tapi bersyarat taw. Ingat senang nak lepas tahap piawaian nie. Nak kner check betol2. Baru lepas taw.

Ingat, kalau ada perkara yang tak seronok pada kamoo, jangan cepat marah dan mengeluh. Anggap semua tue satu keseronokan semasa bergelar pelajar. Tapi kena sentiasa beringat juga taw. Jangan orang lain senang2 nak ambil kesempatan pada kamoo. Nanti tak pepasal kena buli kang. Walauapapun, angah yakin dengan pembawaan diri kamoo kat sana. Kamoo memang boleh survive. Keep it up. Satu lagi, ingat mak dan abah kat kampong taw.

Daaaa....Salam...

p/s:...jadi ke tak nk beli beg reebok?
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

JPAM DAN POLIS


dalam trak polis. Macam polis rasa dihati

Assalamualaikum....

Penatnya hari ini. Penat sangat. Mana taknya, dah tiga hari kot duk menetap kat sekolah mak sebab jadi sukarelawan untuk mangsa banjir. Umah sendiri tak banjir tapi duduk macam orang banjir lak kami anak beranak nie. 2 malam tue tidor kat pejabat sekolah. Sejukkkk giler. Tapi hari ni arie last jaga tempat banjir and arie nie mmg best sangat lah. Best sebab abang-abang JPAM and Polis giler merepek lah. Macam2 benda diorang buat. Kan diorang nie panggil mak aku ngn panggilan mummy, mak, and mama pastu mak aku nie gak ada satu kelebihan iaitu melatah, lagi lah diorang nie suker menyakat. Tapi yang paling syok biler diorang nie sendiri yang melatah taw. Muda2 dah melatah. Tak boleh dicuit sikit, kompem keluar latah. Tiap mamat2 JPAM nie mmg ada pangai masing2. Semuanyalah ada gaya sendiri nak menyakat. Kalau dah bergabung tenaga alamat habislah suara nak gelak. Aduss. Memang kali nie punya banjir adalah banjir yang best sebab ada mamat2 JPAM and Polis yang havoc+giler kepala. Hope kalau ada banir lagi nt, diorang nilah yang datang lagi. Baru syok nak jadi sukarelawan takdek lah bosan sangat.(Aderker patut doakan nak banjir lagi).

Mamat JPAM nie memang rajin lah. Aku tak tipu punyalah. Pantang nampak orang buat kerja mesti ringan tulang nak tolong. Sebelum diorang balik dari sekolah tadi, sempat lagi diorang settle kan kerja2 pembersihan macam sapu sampah, kutip sampah, basuh pinggan, susun kelas. Perghh, memang rajin giler lah diorang nie. bOleh buat menantu taw. Law ada sapa2 nak booking, bgtaw ea, nt rekemen kan. Tapi betol taw, tulang diorang mmg ringan wa cakap lu. Mmg pakej lah diorang nie, lawak ada, rajin ada, cekap ada, bertanggungjawab pon ada. Baguih2. Tadi sebelum balik ke pejabat diorang, sempat lagi tue menyinggah rumah sat. Kononnya nk
tengok rumah mama, eceehh. Nyampess. Sejak biler lah aku berkongsi amiey aku ngn mereka2 ini. kuikuikui. Tapi kecian kat diorang, tak dapat nk menjamu apa2, just dapat idang air jek.
Mana lah aku sempat nak masak apa2, balik2 skola terus datang. Jamu air jek lah yang mampu.
Maap deyh.


Pengalaman yang best plak adalah first time tue naek trak polis. Pagi tadi nak kener pi pasar sebab nak beli apa2 barang yang patut untuk masak waktu tengah arie. Patu adalah mamat polis ni offer untuk tumpnagkan trak polis tue. Apalagi, setuju jek lah. Awal2 ag aku dah booking nk duk belakang. Syok woo. Macam berlagak jek dapat nek. Pastue jalan kat jalan raya, orang2 awam nie pandang2 jek. Ingat aku ni polis ke aper. Ader tue siap tanya sapa yang memandu kat depan. Macam lah aku nie kenal. Diorang tanya waktu tue kat traffic light. Manusia2 nie sopan dan santun jek. Pelik pulak tengok warga endau sopan dijalan raya. Tapi mmg best lah nek trak nie. Syok wo.. Rasa menjadi polis di hati pula.

dalam trak polis (sowunk2)

jalan raya..weee

pasar yang kami pergi

So ending nya, arie ni mmg bestlah sebab korang yang buat ia jadi best. Tabik spring woo..

Daaa, Adios, Salam...




Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

KISAH ABANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua.

Skema pulak rasanya ayat-ayat di atas. Malam ini seperti malam semalam jugak. Kami anak beranak kena tido kat sekolah yang ada penempatan banjir. Dah tak ada sukarelawan yang rela nak menolong kan, so dengan rela dalam paksanya kami sekeluarga pon punggah lah toto, bantal, selimut dan telekong untuk tidor kat dalam pejabat bilik gerakan banjir ni.

Sekarang ni aku ngah khusyuk dengar ceriter merepek dari abang2 JPAM yang sekali berkawal kat sinie. Memang giler lah diorang nie. Macam-macam benda diajak berborak. Dari satu tajuk pada tajuk yang lain. Tapi yang xboleh blahnya, diorang nie panggil mak kau ummi, mak, ibu, mam dan sebagainya. Ada ke patut, xpepasal aku dapat abang angkat ramai dalam dua hari nie. Dahlah abang2 semua, bukan lah kakak2. Takdak feel langsung..Hehehehe. Tipu jek perasaan dek feel langsung tue. Tetiber terfikir, kan best kalau aku ni ada abang yang sah,(yang angkat2 tue xmasuk senarai okay) dapat alah aku mengadu nasib kat dia, [astu dapatlah aku diback up kalau ada apa2 asalah.

Kalau time skola dulu memang akan kerek lah seseorang biler kakak2 senior tanya, awak nie adik bla bla bla eh?.Awak ada abang kat sini?.Eh,muka awat seiras lah dengan bla bla bla, adek dia eh?.Memang akan kompemlah budak tue akan jadi fofular sebentar. Tak kisahlah sapa pown abang dia, akan dikenali jugak mereka nie. Bukan takat kakak2 senior abang2 senior pon sama. Konon nak usha2 adek kawan dye. Ciss, hampes betoi. Konon market lah tue. (Adakah unsur jeles sudah merajai diri sendiri?...kuikuikui). Tapi memang itulah hakikat kalau ada seorang abang kan?.Kompem lah akak2 nie akan mengendeng nak tanya pasal abang lah, tak pon jadi adik angkat ker. Yang tak boleh blah nya, siap cover2 tue depan adek2 kepada abang2 mereka. Eiiiuuwww. (Jeles lagi?). Aku yang takdek abang nie?, macam biasa lah, kakak2 yang tak berminat dengan abang2 jek lah yang akan menegur. Pe2 pown orait jugaklah tue, takdeklah banyak benda aku nak jawab pasal 'abang' aku. Kita bangun dan jatuh atas diri sendiri, bukan sebab abang, kan?

Apa rumusan?.
Entah
Blur.....

Daa...adios...salam..
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Sukarelawan di Banjir

Assalamualaikum...



Entri kali nie berpusat di tempat penempatan banjir. menolong mak di sekolah untuk menguruskan orang-orang yang mengalami kemalangan banjir. Biasa la kan musim ujan mnie mmg kompem lah akan berlaku banjir dan kompem jugaklah sekolah mak aku nie akan menerima beberapa keluarga yang mne menjadi mangsa banjir. tapi kali nie first time aku p nolong mak aku kat skola untuk jadi sukarelawan. Malam nie kami anak beranak perlu tidor kat sekolah sebab kitorunk dengan hormatnya terpilih untuk menjaga sekolah dan harta benda yang ada. Tak pernah2 sebelum ni kami anak beranak kener p tido kat sekolah walaupun dah beberapa kali sekolah mak aku nie (kaya giler mak kau ader sekolah)jadi tempat penempatan banjir.

Wahh...ujan asyik nak turun jek. Dah lah dijangka air malam nie naek sampai 3 meter. Adusss...Makin ramai lah akan mendaftar malam nie. Lenguh lah tangan nie mau menaip. (malz sebenarnya). Ramai jugak lah sukarelawan yang ader. Tapi sukarelawan yang ada nie bukanlah sukarelawan yang free. Mereka nie dibayar sebab dah memeang kejer diorang untuk buat kejer macam nie. Yelah kan dah nama pon JPA, Bomba, Polis, JKM, memang lah wajib untuk mereka2 ini membuat kerja sukarelawan yang macam nie. Tapi yang bezanya ngn kami anak beranak ni adalah mereka memang dibayar gajinya. hukhukhuk. Kalau tengok diorang ni kan macam bergaya jek. Pakai baju smart2, siap ada nama badan diorang kat belakang baju (ops, bukan badan body tue taw, badan nie adalah jabatan yang mereka wakilkan). Macam kerek kan, berlagak jek jalan pakai baju masing-masing pastue kompem lah ramai yang pandang. Sebab diorang ni lain daripada yang lain. Perrgghh, memnag clazz lah aku cakap. Teringin lah pulak nak jadi macam diorang, tapi xmoh lah buat kerja yang susah2, juzt dapat koleksi baju pon cukuplah. Hehehehe.

So, macam nak stop jek. Nak rehatkan tangan sikit nie. Pasti menderu-deru orang datang daftar kowt.

Daa, adios...Salam...


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed