Assalamualaikum kepada yang membaca atau terbaca atau sengaja nak membaca dan segala macam bacaan.
Ada insan yang memerlukan pasangan dalam hidup kerana berasa sunyi. Ada juga insan yang memerlukan pasangan hidup kerana untuk ditayangkan. Ada juga insan yang memerlukan pasangan hidup hanya untuk keseronokan. Malahan ada juga insan yang memerlukan pasangan hidup untuk mengembangkan keturunan. Macam-macam pegangan seseorang manusia itu hendakkan pasangan hidup. Kadang itu kelakar rasanya bila tengok ramai insan yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pasangan hidup hingga tidak dapat memilih siapa yang sebenarnya untuk dijadikan pasangan hidup.
Kalut mencari sana sini tak kira tempat tak kira masa. Semua nak bantai.
Sebelum mencari pasangan itu, diri sendiri mestilah kena bersedia dengan apa yang diharapkan dalam perhubungan yang akan dibina. Jangan bila ditanya, kenapa bersama dengan si pulan itu?. Diri sendiri tergagap nak jawab. Biarlah ada jawapan yang pasti. Jawapan yang seringkali kita terima sebab suka, sebab sayang. Tapi ramai ke nak jawab sebab nak dijadikan calon suami/ isteri/bakal penyumbang warisan?. Masing-masing tak tahu kenapa mereka memerlukan pasangan hidup. Sekadar dah dapat seorang yang boleh berkongsi kasih dah kira bagus. Dah kira bangga sangat sebab dapat tunjuk kat semua manusia yang kamu sebenarnya masih laku.
Perhubungan yang tiada perancangan, yang tiada tujuan, yang tiada kesudahan sebenarnya amatlah sadis bila ditayangkan pada orang ramai. Ke sana sini berkepit berdua, tak boleh lepas macam belangkas. Suka ya menjadi tayangan awam. Kamu sedar tak yang sebenarnya kamu tu menjadi bahan umpatan, bukan bahan rujukan. Sengih-sengih bila berselisih, malu-malu bila dijeling. Tolonglah. Sangat tidak berminat dengan keadaan macam itu.
Peringatan kepada yang masih mencari.
"Tetapkanlan tujuan dalam perhubungan. Jangan terumbang ambing macam kapal karam yang akan menjadi karang dilautan yang penuh dengan lumut."
END
p/s: Kecewa dan mengecewakan.