~couple?~
IPG aku masuk biter ag..
Pelatih guru berdepan masalah simpan barang apabila balik kampung
SAYA adalah pelatih di Institut Pendidikan Guru kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur ini. Cuti semester menjelang tiba, malangnya pelatih berdepan dengan kesukaran untuk menyimpan barang berikutan pihak pengurusan tidak lagi menyediakan stor menyimpan barang seperti semester lalu.
Ini menyukarkan kami, khususnya pelatih yang majoritinya tinggal di luar Kuala Lumpur untuk menyimpan barangan mereka ketika cuti semester kerana kami memang tiada tempat untuk menyimpan barang.
Kesannya, ada pelatih yang terpaksa membuang bahan pembelajaran, pakaian serta fail kuliah memandangkan tiada tempat untuk menyimpan barang. Tambahan pula, bukan semua pelatih terutama dari Sabah dan Sarawak mempunyai saudara mara di Kuala Lumpur untuk menyimpan sementara barangan mereka.
Bukannya tidak ada ruang, malah setiap aras memiliki sebuah bilik perseorangan. Hal ini tidak menjejaskan sedikit pun kuantiti bilik penempatan untuk guru. Jika tidak pun, bilik di bahagian bawah asrama, boleh digunakan untuk dijadikan stor tambahan.
PELATIH TERSISIH,
Kuala Lumpur.
rindukan...
Facebook...
FACEBOOK DAN YAHUDI
Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.
Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.
Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.
Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.
Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:
“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”
Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.
ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI
Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]
Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.
Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]
Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.
Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza“
Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.
Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.
Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.
Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.
Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.
Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.
PANDUAN MENGATASI KETAGIHAN
Sedikit nasihat buat mereka yang mengalami ketagihan Facebook, buangkan segala aplikasithird party seperti kuiz, permainan dan yang seumpama dengannya. Gunakan Facebook sebagai alat komunikasi bersama rakan-rakan, isikan ia dengan perbincangan, perbualan yang merapatkan ukhuwwah dan menambah pengetahuan secara berhemah.
Andaikata langkah mudah ini pun gagal mengurangkan tahap ketagihan berkenaan, tamatkan akaun Facebook dan carilah kehidupan yang lebih bermakna di luar sana.
Tepuk dada, tanyalah Iman!
-ARTIKEL INI DIAMBIL DI SAIFULISLAM.COM...-
GoTtA bE SoMeBoDy..

Pengguna otak kanan

CIRI2 MEREKA YANG MENGGUNAKAN OTAK KANAN
OTAK KANAN:Otak kanan kita berfungsi untuk mengawal aspek-aspek seperti persepsi, ruang, penglihatan, kreativiti dan intuisi. Cara otak kanan kita memperoses maklumat adalah berbeza dengan otak kiri.Otak kanan memproses maklumat dengan cepat dan secara tak linear dan tak bersiri. Otak kanan kita melihat sesuatu secara menyeluruh dan cuba mencari perkaitan di antara satu sama lain. Cara otak kanan kita memproses maklumat amat sukar diterangkan melalui perkataan kerana ia amat kompleks.
http://ayanganje.blogspot.com/2009/04/nak-try-kuiz-otak-nih.html
The Climb by Miley Cyrus

Cakap tak supe bikin


My dREaM pHoNe!!!!


TErASiNG...

SeKsAan bAgI wAnItA

Dlam hidup nie, andai kita melakukan kesalahan pasti akan dikenakan hukuman... tidak kiralah apa jenis kesalahan yang dilakukan, samada kecil atau besar, nampak atau tak, pasti sudah disediakan hukuman yang amat bersesuaian. Hukuman atau seksaan ini tak pandang jantina atau umur pon, agama atau bangsa seseorang itu. So, kat cini nk mention sikit sal SEKSAAN YANG AKAN MENIMPA WANITA. bukan untuk menakutkan tetapi, hidup ini perlukan kesedaran dan peringatan...
HuBunGaN taNpA sTaTUs aTaU TeMaN tApi mEsra
"kenapa awak buat saya macam nie?..kalau awak rasa nk tanya kabar saya baru awak msg, tue pon satu dua, nk call lagi la..awak ingat saya nie apa?.."
"ops ops..sebelum awak mara saya lagi teruk, saya nak tany dlu, antara kita nie ader special relationship ker?..kiter xpernah declare pon kan?..."
"owh, selama nie pe yang awak just maen kan perasaan saya jek lah, dah saya perasan, awak pon tinggal cmtue jek?..."
"2 lah, laen kali jgan cepat perasan n satu yang aku nk ingtkan, kiter tak pernah declare ape2 pon..so our relation selama nie hanya sekadar teman tapi mesra sahaja ok?..."
Pernah tak jadi cmnie?...,law x sebijik pon seakan r...'hubungan tanpa status' n 'teman tapi mesra'...tajuk nie sajek dipilih coz baru jek bacer majalah Remaja yang latest. headline kat depan 'cinta tanpa status'...bukan nk tiru tapi cm nk bagi pendapat jek...xsalahkan?..
em law kat tempat aku nie, statement hubungan tanpa status x familiar snagt, tapi statement teman tapi mesra mmg sgat famous dan familiar...bagi pasanagn yang macm nie, apa yang dteowunk rase eh?..epy ker?..xtakut satu arie nt law dah mengharap sangat tapi last2 salah sowunk drp dyeowunk pilih owg lain bukan pasangan 'teman tapi mesra' tue...sakit tue...
dua perkara ini apabila diamati betul2 tiada bezanya. kedua2 nya tiada yang pasti dan tiada satu komitmen yang terjalin antara kedua pasangan ini. berkemungkinan hubungan ini kan berakhir dengan kebahagian dan berkemungkinan jua sebaliknya...risiko perlu diambil dan kesan perlu ditanggung...
namun, jika sudah sampai tahap yang genting, kepastian itu wajib diketangahkan...takut nanti ader yang makan hati berulamkan jantung...tapi mengapa perlu wujudnya hubungan sebegini rupa?...antara sebab yang memungkinkan kedua pasangan ini memilih untuk menikmati hubungan sepertu ini adalah:
1) keduanya atau salah seorang takut pada komitmen
2) keduanya atau salah seorang mempunyai sifat yang amat pemalu
3) berkemungkinan antara mereka ini sebenrnya sudah mempunyai partner yang lain. hubungan ini hnyalah sekadar mengisi hati yang sunyi dek kerana mata hati jauh di mata
4) mempunyai sifat yang sentiasa curiga terhadap pasangan
5) trauma akibat cinta yang lama
6) maybe takut market atau saham turun jika sudah ader pasangan
7) suka pasang ramai spare part
so, law terjoin hubungan sperti ini, baik jauhkanlah..menyakitkan hati jek...tapi cara ynag paling senang ada;ah jauhkan diri daripada terjebak dlam dunia percintaan....
adios.....
Hatiku hampa
Ungu feat. Iis Dahlia dan Munkee 7 Kurcaci – Hampa Hatiku
Pernahkah kau merasa [2x]
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukkmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu
Reff:
Pernahkah kau merasa
Hatimu Hampa
Pernahkah kau merasa
Hatimu Kosong
repeat reff
Buang saja semua kata cintamu
Buang saja semua kata maafmu
Hancur sudah hati ini padamu
Hancur sudah hasrat ingin bersamamu
repeat reff [2x]
Rap:
pernahkah, pernahkah kau merasa
dikala siang datang terasa gelap gulita
tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
tak ada lagi suka tak ada rasa
pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
disaat diri terlelap
meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
kau tetap terlelap dalam tidurmu
Dangdut:
Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, mengkhianatimu
Ampuni aku sayangku
Cukup katakan aku tak lagi mencintaimu
Pernahkah kau merasa [3x]
SyUrGA cINtA

"Syurga Cinta"...
kiter tertanya-tanya ke mana hilngnya matahari,
JikA
Manusia zaman sekarang...

kawan dan sahabat
