PENAT
Demand dalam memilih pasangan
Assalamualaikum semua...
Kenapa perlu demand dalam mencari pasangan?
Mesti selalu kan korang mengalami persoalan dan kejadian yang berkaitan dengan soalan di atas. Tak kiralah leleki atau perempuan, kedua-dua spesis ini wajib memilih dalam mencari pasangan. Bagi aku lah kan, memilih nie tak salah dan kita wajib memilih dalam merencanakan kehidupan ini. Tapi, toksah lah buat pemilihan sampai terlampau sangat hinggakan menyusahkan orang sekeliling.
Lelaki selalu dikaitkan dengan kata-kata’ mereka yang memilih bukan dipilih’. Dah memang kita semua tahu yang lelaki kat Malaysia nie lebih sikit daripada perempuan(mungkin tanda-tanda dekat kiamat), so untuk pihak perempuan tue perlulah menunggu siapakah gerangan kumbang yang bakal menyunting bunga di taman. Tapi adil ke quote tue?. Mana haknya perempuan untuk memilih kalau lelaki sahaja yang berhak. Tak adil2.
perkahwinan yang bahagia apabila direstui
Kalau lelaki mengidamkan seorang suri yang mampu uruskan rumah tangga dengan pandai memasak, pandai melayan suami, pandai menjalinkan hubungan dengan kedua-dua belah keluarga, pandai mendidik anak, pandai menghilangkan stress suami dan pandai segalanya but of course lelaki akan mencari yang cun dan comel. Tapi lelaki ini sedar tak yang satu sahaja perempuan ini akan mintak, mampukah kamu untuk mengimamkan solat kami dan mampukah untuk menjadi kapten kapal yang bakal belajar?. Kami pihak perempuan tidak meminta lebih sebagaimana kamu idamkan, kami juga tidak mengharapkan aspek fizikal seperti yang kamu dambakan.
Jarang sekali untuk kita berjumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul tidak memandang pada paras fizikal seorang perempuan. Kalau ada yang terlekat pon of course dia dah kenal lama dengan perempuan tue. Nak dapat yang love at first sight based on physical attraction, memang mujur kowt. Lelaki nie suka sangat bagi grade dekat perempuan. Kalau bukan dalam bentuk nombor, tentu sekali dalam bentuk perbandingan.
Tapi aku tak nafikan lah di sini yang perempuan pon sama jek sifatnya dengan lelaki. Bukan semua bunga wangi kan. Pompuan pon ada yang memilih dalam mencari pasangan hidup. Tapi pompuan nie plik sikit, dia nie jenis ada pelbagai jenis kategori pemilihan.
Antara kategori pemilihan yang kaum perempuan pikirkan:
Paras muka seseorang lelaki
Dalam paras muka lelaki nie, tak ramai perempuan yang ambil berat. Ada sesetengah sahaja.Mostly akan cakap, biarlah yang sedap atau sejuk apabila dipandang. Yang hensem macam Aaron Aziz atau Lee Min Ho tue xberapa penting sebabnya, takut dibawa lari oleh orang lain. Susah woo bila dapat suami yang hensem sangat. Tak terjaga kowt. Tak pepasal perempuan tue asyik jadi suspicious pada suami dia. Daripada di tambah dosa, baik cari yang sedap mata memandang sahaja. Selamat dunia akhirat.
Tapi yang memilih untuk mencari yang hensem nie selalunya perempuan tue jenis yang yakin pada diri sendiri. Sebab dia sedar dia cantik plus comey, makanya dia perlu mencari yang sepadan. Lagipon, mestilah diorang akan pikir, ‘bila aku cantik, suami pon hensem, of course lah anak aku nanti cantik and hensem macam papa dan mamanya’. Untungnya bila jadi cantik dan comey nie adalah tak kira siapa yang dia cuba ngorat, pasti akan dapat. Ialah kan, lelaki kan jenis yang nakkan wife or aweks yang cun dan comey jek. Dah ada yang cun menegor, takkan nak jual mahal dan tolak rezeki kan.
Pekerjaan lelaki
Kalau ada sesiapa yang nak match kan dengan seorang lelaki, of course soalan pertamanya adalah, ‘dia kerja apa?’. Bab pekerjaan nie penting taw. Ialah kan, dah nak menanggung anak dara orang, takkan lah tiada pekerjaan yang dapat menjamin masa hidup berkeluarga. Even kerja sebagai tukang kebun pon still dipanggil pekerjaan. Sekurang-kurangnya, si perempuan tahulah yang kamu nie ada usaha untuk menyara keluarga.
Tapi kan, dari segi pekerjaan sebenarnya banyak mempengaruhi soal pemilihan calon suami. Ada antara perempuan yang anti dengan beberapa pekerjaan lelaki yang menyebabkan diorang takkan pandang lelaki dengan pekerjaan sedemikian. Antara contoh pekerjaan yang diorang paling tak suka macam askar dan polis. Entah kenapa lah. Tapi bila aku selidik-selidik, diorang mengatakan bahawa lelaki dengan pekerjaan sedemikian seorang yang gatal, playboy dan menakutkan. Ialah kan, askar dan polis nie macam jarang jumper pompuan, so bile dapat outing sekali sekale tue macam rasa dalam syurga yang dipenuhi dengan bidadari. Jadinyer macam mereka nie terlampau taksub bile terpandang kan pompuan. Mungkin sebab tue kowt ada budak perempuan yang takut. Tapi banyak kes juga yang menyatakan askar dan polis suka mempermainkan perempuan. Dah ramai yang terkena hinggakan jadi fobia nak mencari yang lain. Bagi akulah kan, askar dan polis nie dahlah jarang jumpa pompuan jadienyer, apabila terjumpa pompuan mereka akan automatik menjadi seorang yang gentle dan romantik gila. Kirenya macam mereka nie terlampau menghargai seorang perempuan hinggakan ramai perempuan akan menjadi cair dan menyebabkan si askar dan polis keliru nak memilih yang mana satu. Itulah kadang-kadang mereka terpaksa untuk memutuskan hubungan dengan perempuan. (betul x?). Tapi pepon, ‘need two for tango’.
Perempuan dengan pekerjaan lelaki memang dia pandang serius. Kirenyer standard lelaki terpulang dan bergantung kepada taraf pekerjaannya. Kalau pekerjaan yang macam gempak bunyinya, for sure lah diorang takkan lepaskan. Bagi diorang perkerjaan lelaki tue melambangkan siapa lelaki tue. Tetapi aku memang tak setuju dengan kenyataan ini. Jangan-jangan nama dan pangkat sahaja yang gah, tapi perangai macam setan. Kaki botol, kaki judi dan kaki perempuan. Luaran nampak macam perfect jek terpelajar, tapi dalaman lebih teruk daripada orang yang tak terpelajar. Siapa cakap doktor, engineer, lawyer, pilot tue perfect?.
Poket lelaki
Dah pompuan pandang pekerjaan lelaki, tentulah juga merangkumi faktor pendapatannya. Tapi bab pendapatan nie tak ramai lah yang ambil peduli. Asalkan apa yang diorang nak dan hajati dicapai. Tapi takdek lah aku menyokong mengatakan pompuan bukan materialistik. Perempuan still materialistik tapi tidak semua perempuan macam tue. Nak jumper yang macam tue agak sukarlah dalam hidup zaman moden macam sekarang nie.
Tapi kadang-kadang kesian jugak dengan lelaki. Disebabkan nak ngorat perempuan punya pasal sampai sanggup mengamalkan ‘ biar papa asalkan bergaya’. Gila lah tue. Sanggup bergolok gadai semata-mata nak diterima perempuan. Kirenya bagi lelaki yang ditahap ini macam sifat seorang perempuan yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat membeli produk kecantikan. Tak kisahlah supplement atau make up tools.
Perangai lelaki
Tang aspek nie memang banyak jenis menjadi krterianya. Pelbagai jenis perangai dan sifat yang didambakan oleh perempuan. Kadang-kadang macam tak logik jek. Ada tu nak yang alim, ada gak nak yang sempoi, ada yang nak jenis nakal-nakal cheeky-cheeky, ada gak yang nak jenis nerd skema bercermin mata besar dan banyak lagilah.
Tapi yang sure nya, kebanyakan pompuan sekarang tengah nak mencari lelaki yang romantik dan gentle. Ini semua sebab terpengaruh dengan mamat korea punya pasal. Kalau dulu nak yang macam mamat ompuith. Sekarang, tak maen lah omputih, nak yang jambu pulak. Apalah yang diorang pandang dengan mamat korea eh. (ada kang kener baling ngan hard-fan k-pop).
Ini semua sebab perempuan nie memang sentiasa perlukan belaian, dorongan dan perhatian. Dah memang naluri seorang perempuan perlukan perhatian yang lebih. Jadinya pihak lelaki perlulah memberikan sepenuh perhatian untuk mendapatkan cinta seorang perempuan.
satu dalam seribu
at the end,
Tapi kan, kebanyakannya perkara di atas tidak disokong olehku. Sebab, apa lah hak kita untuk memilih kalau diri sendiri tak mampu nak berikan pilihan yang sebaik mungkin. Nak buat apa tetapkan kriteria pemilihan. Cerminlah diri sendiri sebelum memberikan cermin kepada orang lain. Tak adil kalau kamu sendiri tidak dapat memberikan sepenuhnya kriteria bagi menjadi suri atau kapten dalam keluarga.
Adios...
Cara-cara membalas dendam kepada ex kamu.
Assalamualaikum semua....
Pernah tak kamu ditinggalkan dan rasa kaum yang meninggalkan korang tue semua nyer jahat dan tak berperikemanusiaan?.
semua kenangan automatik di delete
Sebenarnya, setiap kejadian yang dicipta berlainan antara satu sama lain termasuklah sikap dan perangai mereka. Setiap perempuan berlainan antara jenisnya dan setiap lelaki juga berlainan antara mereka. Untuk berjumpa dengan yang serupa memang susah. Even kembar seiras pon still ada yang berlainan antara mareka. Oleh itu, janganlah kita menganggap setiap jenis perempuan atau lelaki mempunyai sifat yang lain. Mungkin kita sudah memahani seseorang dengan dalam tetapi tidak bermakna orang yang sejenis dengannya mempunyai sifat dan perangai yang sama. Tetapi kita nie sering membuat konklusi awal dengan mengatakan setiap lelaki itu sama dan setiap perempuan itu sama. Kenapa?. Sebab kita pernah dikecewakan oleh seseorang bermakna setiap yang sama jenis dengannya perlu diberi pengajaran atau perlu di-anti-kan?.
Kadang-kadang tue, apabila kita sudah dikecewakan oleh seseorang, pasti di hati ingin membalas dendam. Namun, ada juga yang akan fobia dan takut untuk bercinta lagi. Kalau fobia dan takut nak bercinta lagi, memang selamatlah hidup berlainan jantinya. Tapi apabila ingin membalas dendam?.Pergh, itu yang bahaya. Kerana kecewa dengan seorang perempuan atau lelaki, satu kroni jantina terbabit, akan dimusnahkan. Inilah orang cakap, ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.
Balas dendam tue bukan takat mengecewakan jantina lain, tetapi sampai meragut masa depan dan maruah seseorang. Tak ke gila tue. Sampaikan lelaki dan perempaun menjadi playboy dan playgirl tak tentu arah. Konon budget power lah dapat jadi player musnahkan hati pasangan. Apa ea yang diorang rasa bila dapat kecewakan orang lain. Seronok atau puas atau kedua-duanya.
Yang lelaki bila jadi player, diragutnya kesucian anak dara orang, yang perempuan pula bila jadi player dikikisnya harta benda anak teruna orang. Mungkin dalam otak dan fikiran diorang nie mengatakan karma yang menjadikan diorang macam nie. Sebab bila diorang dah dikecewakn, diorang fikir it’s time to them to take revenge. Dah hidup ini umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, so masa membalas dendam nie macam dah dikira sebagai roda di atas dan waktu dia dikecewakan dulu adalah roda di bawah. Tapi diorang tak terpikir ke yang roda tue akan kembali semula ke bawah?. Jangan-jangan lagi teruk sampai roda yang di bawah tue tak nak langsung untuk naek ke atas.
Kenapa mesti apabila dikecewakan, kita akan rasa membuak untuk membalas dendam?. Best sangat ke balas dendam nie?.Korang taw ker balas dendam tue macam mana?. Di sini, macam nak share antara cara-cara balas dendam nie:
- · Bila sehari jek putus, dah tergedik-gedik nak cari yang baru sebagai pengganti.
- · Kesemua cerita pasal pasangan, diumpatnyer ke merata tenpat. Konon nak share, sedangkan dalam masa yang sama tak bagi orang lain nak ambil bekas dia. Dikutuknya kaw-kaw sampai tak nampak langsung kebaikan ex nye tue. Bila exnyer tiada pasangan, betapa sukernya hati.
- · Bila nampak ex dari jauh, mulalah kalut nak cari orang sekeliling tuk menyamar jadi pakwe atau makwe dalam masa satu saat. Bukan main meleset-leset. Eww. Meluat kowt.
- · Di promote nyer no tepon ex memasing dan suh member-member kacau sampai naek giler nak melayan. Pastue ada buktilah konon, yang si ex nie melayanlah, gedik lah, tak cukup dengan satulah. Last-last ex tue terpaksa give up smpai tukar no tepon.
- · Di bayarnya kawan untuk mengorat ex dia. Dah dapat, pastu disuruhnya tinggal.
- · Konon buat baik dengan ex sampailah ex tue rasa yang kamu ni betul-betul nak kembali macam dulu. Last-last ex tue dah jatuh cinta semula, ditinggalnya kaw-kaw sampai ex tue rasa nk bunuh diri.
- · Di rekanya satu cerita yang mengatakan awek dia sudah tiada kesucian, dan balak dia pernah mengandungkan anak dara orang lain. Sampaikan tiada siapa nak dekat ex memasing nie.
- · Buat surat layang yang mengatakan ex korang ada masalah penyakit macam penyakit kulit such as kusta, kudis buta dan send kat bakal pasangan mereka
- · Built up satu website yang menceritakan kecurangan si dia sedangkan sebenarnya koranglah yang curang tue.
Sebenarnya, banyak lagi cara nak balas dendam nie. Tapi macam nak idea baru jek.
Any suggestion?
Perempuan tak complicated
Assalamualaikum semua..
Selalu kita semua dengar perihal perampuan yang putus cinta, perempuan yang tak dapat menerima hakikat dia ditinggalkan, perempuan yang bunuh diri keran tidak tahan menangnggung kecewa, perempuan yang mengalami tekanan jiwa akibat terlampau tertekan. Jarang kita akan demgar perihal lelaki yang mengalami semua masalah ini. Bukanlan tiada, tapi jarang.
air mata perempuan yang bisa cairkan lelaki
Perempuan ini lemah sangat ke?. Atau lelaki memang seorang yang kuat hinggakan mampu utnuk menyembunyikan perasaan sendiri. Atau mungkin keran ego lelaki yang sukar untuk mengaku dan ekspresikan emosi bahawa mereka sedang kecewa.
Perempuan memang selalu dikaitkan dengan perkataan lemah. Memang. Memang perempuan itu lemah tetapi lemah perempaun berbentuk fizikal tetapi dari segi emosi dan perasaan, perempuan itu lebih kuat daripada lelaki. Kerana wanita merupakan suatu ciptaan Tuhan yang amat unik. Ataupun lelaki suka menggelarkan sebagai complicated.
Perempuan memang sukar dibaca tetapi apabila kamu (lelaki) belajar untuk mengeja dan mahir dalam membaca sifat seorang perempuan, sebenarnya tidaklah complicated mana. Kadang-kadang lelaki ni suka menggunakan alasan perempuan itu complicated sedangkan mereka ini tidak mahu langsung untuk memahami dan mempelajari apa yang ada pada seorang perempuan itu.
tiada alasan nak faham perempuan
Senang cakaplah, lelaki nie sebenarnya malas nak memahami wanita. Yang dia taw, pompuan harus memahami lelaki. Kalau korang nak pompuan memahami korang, korang pon kena lah memhami kami. Janganlah mudah sangat nak hukum pompuan dengan alasan complicated. Cet.
End ...
Perempuan dan cinta itu buta
Memang pemalas
Biarlah...
- Nanti akan dipersendakan oleh pembaca
- Nanti akan bergaduh
- Nanti akan menjauhkan hubungan silaturrahim sesama manusia
- Nanti akan ada banyak soalan
- Nanti akan mencipta permusuhan
- Still menjadi pemendam
- Takut akan melarat menjadi pendendam
- Tension bangat
- Tertekan tahap melampau
- Muka selalu berkerut
- Hipokrit sebab terpaksa berpura-pura cool
- Always not in a mood
- Makin kuat termenung
- Makin suka buat hal sendiri
- Bertambah power lah mulut untuk memerli
- Suka buat muka takdek perasaan
- Kurang bercakap
- Malaz nak bersosial ngan member2
- Akan membuat orang sekeliling membenci aku



