Twitter Facebook Feed

Berpada-pada

Assalamualaikum semua...

Pelik apabila dua entri pada satu malam yang sama.

Hati aku rasa sangat jelik dengan beberapa pandangan orang yang beranggapan apa yang dikatakannya adalah benar. Sehinggakan kadang-kadang membuatkan orang lain yang membacanya terpengaruh 100% dan menyokong sahaja pernyataannya. Ya, memang benar setiap pandangan kita adalah berbeza dan kita ada hak terhadap apa yang diutarakan. Itu adalah hak individu. Tetapi apabila menyuarakan pendapat itu biarlah berpada-pada dan janganlah terlalu ghairah hinggakan sanggup menjual maruah agamanya sendiri.

Teguran yang disampaikan memanglah ada benarnya juga. Aku suka dengan teguran beraninya terhadap apa yang diperhati di dunia sekelilingnya. Tidak dinafikan bahawa manusia itu sering mengutarakan pendapat yang bernas mengenai tajuk yang dikupasnya. Pembacaanya meluas, penggarapannya juga menarik. Merangsang otak dan fikiran untuk menerawang jauh berfikir kembali akan hujahnya. Amat cantik sekali.

Tetapi, satu yang paling tidak digemari. Janganlah membahaskan isu agama jika kita masih mencari hala tuju kehidupan sendiri. Bukanlah aku mahu menyatakan kita ini tidak mampu untuk merpersoalkan hukum hakam agama. Ya, kita semua sudah belajar fardu ain, sudah sekolah agama, sudah ada sijil darjah khas (bagi negeri johor), mungkin juga sijil tinggi agama atau sijil menengah agama. Pendek kata kita sudah dididik dengan pendidikan agama. Kita mengetahui serba sedikit mungkin serba banyak hinggakan kita sebenarnya layak untuk menjadi guru agama. Tapi, berbahaslah pada kadar yang betul dan berteraskanlah pada landasan yang betul. Mungkin sesuatu perkara yang ditetapkan atau diamalkan oleh seseorang itu tiada musabahnya bagi diri kita yang mengikuti zaman moden atau berfikiran arus perdana ini. At least, hormatlah pegangan seseorang itu. Janganlah dipersendakan, janganlah dipertikaikan. Setiap apa yang dilakukan itu ada kebaikannya. Cubalah rasai kebaikan itu. Terlepaslah satu dosa.

Berlagak alim bukanlah niat aku. Tapi aku paling tidak berminat kita membahaskan sesuatu perkara dan membandingkannya dengan hukum agama. Tak salahkan?.

-end-


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: