Twitter Facebook Feed

Untuk setiap hari mengingatimu

Assalamualaikum semua...

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku tenang,
keresahanku hilang.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku berharap,
memohon tawakkal.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku termenung
mencari keputusan.

Untuk setiap hati mengingatimu,
aku berimaginasi,
merangka kehidupan

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku berjalan,
menempuh halangan.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku mengeluh,
menyesali tindakan.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku menyelongkar,
memahami kehidupanmu.

Untuk setiap hari mengingatimu.
Aku masih buntu.

Buta.

Namun,
aku masih mengingatimu.

12:57am.

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Bangun jatuh adalah kerana kamu

Assalamualaikum semua...


"Setinggi mana kamu berada, sejauh mana kamu melangkah, sepetah mana kamu berbicara, ingatlah dan janganlah kamu sesekali membutakan mata dan hati. Kerana ia menentukan bangun dan jatuhnya kamu".

~google~

Sana sini manusia bergerak. Tanggungjawab dilaksana juga diabai. Kadang lalai, kadang patuh. Ini kerana, masing-masing cuba melengkaplan agenda dalam perjalanan hari.

Perjalanan mengharung hari memungkinkan seseorang berjumpa dengan pelbagai manusia, ragam, perangai, sikap, persepsi. desakan, bantahan dan kutukan. Kepelbagaian ini selalunya menjadikan setiap manusia itu berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Supaya dikenali, supaya disanjungi.

Namun, penyanjungan itu bukanlah satu faktor kesempurnaan manusia. Kerana mungkin ia menjadikan manusia alpa, lalai dan tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Ingatlah wahai manusia, kamu adalah kamu yang zahirkan. Bukan mereka.

*****end******

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Nafsu Pagi

Assalamualaikum....

Pengalaman hidup bermula pada pagi kita dibangunkan. 


Setiap hari, bangun dari tidur, kita buka mata. Malas. Pasti menginginkan malam masih berpanjangan. Mendoakan sang mentari tidak akan muncul menerikkan tanah dan bumi. 

Selimut tebal yang membaluti tubuh masih diusap lembut. Seperti tidak mahu melepaskan ia pergi. Sayang. Jika dilepas, terasa pula angin sejuk kipas yang berputar laju. Dingin suasana menambah lagi kemalasan hari.
Kelopak mata bergerak-gerak cuba memaksa ia terbelalak. Lekat. Sukar sungguh hendak mencairkan gamnya. Lalu, tangan yang dinyorok di dalam kehangatan selimut ,diarah bergerak memujuk mata mengenal dunia.

Jari jemari mengusik mata. Longgar sebentar. Kelam penglihatan mencari cahaya. Anak mata berusaha menyesuaikan keadaan untuk mengenalpasti suasana keliling.

Sayup-sayup melihat kipas berputar. Tidak tidurkah ia?. Berjaga sepanjang malam tetapi tiada bunyi yang di dengar. Tidak menganggu walaupun bekerja. 

Mata hitam merenung ia berputar tanpa henti. Khusyuk sekali. Tiba-tiba gelap datang lagi. Menyahut kembali rasa hati.


Telinga itu tidak tidur. Ia tidak lalai dari meneroka bunyi. Menunggu bunyi yang indah di pagi hari. Terdengar.Indahnya, amannya bunyi itu. Telinga merakam bunyi itu lagi. Ia tidak tahudan cuba mengejutkan otak mamai.

Otak tersedar. Saraf-saraf mencari punca tenaga hidup. Bunyi yang dirakam telinga diproses laju. Susunan memori digeledah satu satu. Jumpa. Satu jawapan kukuh diberitahu. Itulah Azan. Berterima kasih otak kepada telinga kerana berkongsi rasa kenikmatan bunyian itu.

Otak tidak lokek. Ia juga mahu berkongsi dengan rakan yang lain. Diarah saraf bekerja menyalur tenaga membangunkan anggota. Setiap anggota terkejut. Bergerak sedikit.

Tangan yang memeluk selimut, mata yang terkatup, kaki yang merenggok telah berubah posisi. Ia berhasil. Saraf telah melakukan kerjanya.Kerjanya dilaksana supaya semua anggota dapat merasa nikmat keindahan bunyi di pagi hari
Namun. anggota-anggota itu keras semula.Kaku.

Saraf kecewa. Saraf tahu, saraf sedar ia tidak mampu untuk menghantar tenaga kepada satu perkara.

Iaitu 

NAFSU!.

 .   





Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Ragam orang pekan desa


Assalamualaikum semua...

Dalam dua minggu berturut-turut ini, hidup sentiasa berteman dengan perjalanan pergi balik dari singgahsana desa ke pekan menggila. Pengembaraan yang mencuri masa 30 minit setiap perjalanan memberikan gambaran pelbagai karenah dan ragam manusia.


Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Suka dengan bait-bait pantun yang mampu mencerminkan dengan hakiki maksud yang tersirat. Maksudnya sudah tersurat dan mudah difahami oleh sesiapa yang membaca atau mendengarnya. Ya, memang. Banyak orang memang banyak ragamnya. Terlalu variasi dan pelbagai.

Perjalanan menaiki kenderaan yang mampu mengangkut puluhan manusia sekaligus tanpa di saman oleh pihak berkuasa. Puluhan. Bermaksud banyak dan puluh. Bukan sa tapi puluh iaitu berada di kedudukan kedua daripada kiri nombor. Banyak bukan. Jari tangan pun hanya boleh menghulur sepuluh jari sahaja. Ditambah pula jari kaki yang hanya dapat mencukupkan korum 20. Nampak banyak, namun amaun ini masih tidak dapat menandingi jumlah penumpang kenderaan yang dinaiki sepanjang pengembaraan singkat ini.


Jika kenderaan yang majoriti kita naiki seperti kereta, dan diambil contoh pula kereta kancil, paling maksima mungkin dapat mencecah 8 orang satu kereta. Itupun adalah jumlah lima orang dewasa dan 3 kanak-kanak yang ringan dan kecil untuk diriba. Bayangkan pula penumpang yang seharusnya menaiki kenderaan ini yang hadnya perlu 29 orang tetapi pada satu-satu ketika, ia mampu untuk memunggah lebih sekali ganda mahupun dua. Hampir mencecah 40 orang dalam satu-satu perjalanan. Dan antara mausia yang menyumbangkan jumlah had maksima penumpang kenderaan ini adalah aku sendiri.


Omnibus. Bas yang membawa manusia yang tiada kenderaan untuk bergerak jauh, tiada lesen untuk membenarkan memandu di atas jalan raya dan membawa manusia yang mungkin sahaja mahu mengurangkan perbelanjaan. Harga sekeping kertas yang bergelar tiket mencecah 3.90 bagi dewasa. Berbeza dengan RapidKL yang hanya memerlukan sekeping duit kertas 1.00 bagi setiap perjalanan. Ingat. Ini bukan Kuala Lumpur. Jangan dibanding harga.

Melalut


***********************************************************

Bukanlah mahu menceritakan tentang Omnibus, tiket mahupun harga. Tidak penting di situ. Pengalaman berada di dalam Omnibus itu sendiri yang memberikan seribu satu makna dek kerana karenah manusia yang pelbagai.


Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Pantun di atas diulang kembali. Bait-bait puisi indah ini terbit apabila diri sendiri tersengih sendirian melihat ragam manusia. Peringkat umur yang pelbagai dari anak kecil dalam hari hingga manusia memegang tongkat dan berambut keseluruhan putih suci. Dari kulit muka yang tegang tiada celaan hingga kulit muka yang berkedut pelbagai garisan usia.



Si kecil tentulah dengan perangainya yang suka merengek, menangis dan bercakap tanpa henti. Mulut si ibu pula tentunya meminta si anak mendiamkan diri. Tak mudah juga yang masih mampu melayan setiap pertanyaan anaknya walaupun soalan yang ditanya adalah sama dalam selang masa yang berturut. Kepetahan si kecil kadang-kadang menyumbang kepada senyum sumbing penumpang-penumpang lain. Memandang sesama sendiri sebagai tanda mereka mendengar perkara yang sama dan mencapai satu konlkusi yang serupa.


Gadis-gadis remaja pula sedang aktif bersukan tangan menekan setiap kekunci telefon mereka. Mata dan tangan tiak berganjak dari menatap skrin telefon dan hanya kadang-kadanag memandang sekeliling pabila pesanan yang dihantar menanti untuk di balas. Kedengaran bunyi sahaja, teruslah menekan-nekan kekunci menunjukkan kepantasan jari dalam menaip setiap kekuncii 1-9 bagi mencipta ayat, perkataan dan frasa yang membawa pelbagai maksud.

Ada juga anak gadis yang tidak menghiraukan perkembangan semasa berasaskan kecanggihan telefon yang ada untuk bertanya khabar dengan hanya menggunakan medan Short Message System , mungkin tiada siapa yang mahu bertanya khabar sebagaimana si gadis lain. Walaupun tidak sebegitu, mereka tetap gembira dan sakan berceloteh sesama sendiri. Mungkin bercerita tentang kawan lelaki di sekolah yang telah mencuri hati mereka. Apa yang dilakukan lelaki tersebut padanya. Dia tersenyum padaku, dia berselisih denganku, dia memakai warna baju yang sama denganku. Oh indahnya zaman remaja. Tiap apa yang terjadi pada mereka sangat manis untuk dikenangkan dan diceritakan pada semua rakan-rakan. Tanda bahawa mereka bakal berpunya. Sekeliling pula ada yang meggeleng, ada yang tersengih geli hati. Mungkin mengenangkan zaman remaja mereka yang sama seperti itu.

Anak bujang lelaki pula sibuk bercerita tentang kenderaan yang berselisih dengan bas yang dinaiki ini. Ada juga yang hanya termenung melihat gadis-gadis comel yang berdiri bercerita mengenai lelaki masing-masing. Nampak seperti tidak menumpukan perhatian, tetapi muka berkerut nampak seperti berfikir. Entah apa yang difikirkan. Tidak mudah juga yang cuba mengacau gadis-gadis tersebut dengan menyampuk beberapa perkara yang dibincangkan gadis hinggakan si gadis mengekek ketawa dan menjeling si bujang tadi. Respon baik. Untuk melihat si bujang lelaki mengeluarkan PSP atau mp3, memang agak mustahil di dalam suasana Omnibus ini. Bukanlah tidak mahu menunjuk, tetapi kemampuan untuk mendapatkannya agak sukar. Ini pekan kecil, bukan bandar besar.


Makcik-makcik yang berada di kerusi depan pula sangat gembira dengan perjalanan ini. Suara mereka bercerita bagaikan henadak disampaikan kepada setiap penumpang. Mereka bukan sahaja menegur sesama umur mereka. Tiap anak gadis, anak bujang, , anak kecil, mak-mak dan abah-abah juga ditegurnya. Tidak kiralah soalan apa yang ingin terkeluar di mulut aktif mereka, dengan lancarnya mereka mengutarakan. Antara soalan kegemaran, siapa nama?, nak pergi mana?, anak siapa?, dengan siapa?, berapa umur?, belajar mana?. Jika jawapan yang diberikan dirasakan terdapat kaitan dengannya, maka pertanyaan itu tidak akan berhenti di situ sahaja. Akan diselidik latar belakang untuk mencari salah silah keturunan. Terbongkarlah satu persatu rahsia susur galur keluarga. Akhirnya, mengaku saudaralah mereka. Pabila maklumat-maklumat itu diperolehi, maka akan disampaikan kepada rakan di sebelah untuk menyatakan tentang keluarga si yang di anggap saudara itu. Lucu rasanya. Satu bas sudah mengetahui bahawa mereka adalah saudara.


Pelbagai ragam lagi dapat dilihat jika berada di dalam bas desa pekan ini. Ragam-ragam ini bukanlah masing-masing membuat hal tersendiri. Mereka tentunya akan cuba berkomunikasi dengan penumpang-penumpang lain yang mencetuskan suasana yang lucu dalam setiap perjalanan. Kesesakan keberadaan di dalam bas itu bagaikan tidak terasa dek kerana terhibur dengan telatah manusia-manusia desa pekan ini. Keramahan dan sikap yang suka menegur itu bukanlah untuk menjaga tepi kain orang tetapi kita ni kan manusia yang dicipta di dunia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Jadinya, eloklah kalau kita bertegur-tegur sesmaa kita. Mengenali antara satu sama lain.

Berlainan benar dengan suasana bas RapidKL, LRT Star, Monorail, Metrobus dan kenderaan-kenderaan awam di kota besar. Penumpang tidak menegur sesama sendiri. Masing-masing membuat hal sendiri. Jika berada di tengah-tengah suasana ramai, masing-masing akan berdiam seribu bahasa. Masing-masing lebih gemar untuk menutup mulut dan berdiam diri. Kadang-kadang sangat sukar untuk memaniskan muka senyum kepada manusia lain. Jangan-jangan duduk sebelah menyebelah dan terdapat ikatan tali persaudaraan antara mereka, tetapi tidak pernah mereka ketahui kerana sikap sombong dan mementingkan diri sendiri sudah menebal pabila berada di bandar itu. Warga tua di bandar juga seperti sudah hilang keramahan mereka. Jauh berbeza dengan warga emas di pekan desa yang ramah tamah hinggakan dapat mencari keturunan di dalam satu bas.

Perasaan berada di dalam bas pekan desa lebih seronok berbanding bas kota besar, walhal terdapat perbezaan besar dari sudut keselesaan antara dua kenderaan di berlainan tempat ini. Biarlah bas itu tiada penyaman udara, bunyinya bising bagaikan hendak tercabut setiap tempat duduk dari berada di dalam bas yang lengkap serba serbi tetapi berasa sangat asing dan bosan.

sawah padi yang sentiasa hijau. kampungku

Rindu kampung halaman akan terbit jika berada di dalam suasana yang bosan dan asing di tengah bandar kota yang penuh dengan manusia tetapi tidak memberikan impak warna yang pelbagai. Kampung is the best.




p/s: ya, saya gadis kampung yang sentiasa merindui kampung.


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Jangan mudah untuk menilai manusia

Assalamualaikum...

Ramai suka menghakimi seseorang dari segi luarannya. Sentiasa cepat menuduh orang itu dan ini. Bagi mereka itu betul. Sentiasa betul tentang apa yang mereka rasa. Tidak salah sama sekali.

Hanya dengan melihat sahaja seseorang tidak menjamin apa yang dinilai oleh mata. Mata itu menipu kerana sukakan yang indah. Hati itu berprasangka kerana merasakan diri adalah sempurna.


Menilai seseorang biarlah dalaman dan luaran. Bukan salah satu aspek tersebut. Gabungkan dua barulah benar apa yang dirasa.

Manusia sentiasa hidup dalam kepuraan-puraan. Inginkan penghargaan atas kebaikan yang dilakukan. Sikap menonjol kebaikan yang direka mudah dilihat dari luaran tapi kenalilah dalamanya dan ternyata mudah ditonjol kepuraan.

Mudah untuk menyatakan berpegang pada iman dan agama kerana itulah luarannya, namun sukar untuk mempraktikkan keteguhan iman dan agama kerana itulah dalamannya. Nilaikan diri sendiri dalaman dan luaran adakah terjalin benar rasa itu.

Jika kesalahan adalah terang lagi bersuluh tentang kejahilan, tidak salah untuk menegur secara terangan juga. Jika mampu untuk menunjuk dosa di khalayak ramai, mampulah untuk menanggung rasa jatuh apabila diingat. Jangan menegakkan benang yang basah kerana meludah di langit jatuh semula tertempek di atas muka.

Indah luaran tidak bermakna cantik dalaman. Jijik luaran tidak bermakna kotor dalaman.


Ubahlah diri wahai manusia secantik luaranmu yang sempurna dicipta. Yakinlah wahai manusia seindah dalamanmu yang murni dan suci.


p/s:bosan dengan perangai sendiri. peace!


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Dah halal ke?

Assalamualaikum semua...

"Adoyai, sweetnya lah diorang tue. Jalan pegang tangan, rangkul-rangkul pinggang, cuit-cuit hidung, gelak-gelak manja. Cute kan Nah?", kata Tijah kepada rakannya.

"Haah, memang sweet couple Jah, cute sangat. Dua-dua sepadan. Bertuah badan dapat suami macam tu. Caring sangat dekat bini dia, macam tak boleh berenggang" balas Minah kepada Jah.

"Eh, macamana kau tahu dia tue suami isteri?", Tijah bertanya

"Nah, kalau dah pegang macam tue, rapat semacam macam belangkas, takkanlah tak kahwin lagi. Segala benda pulak tue nak disentuhnya. Public pulak tu. Semua orang nampak",Minah senang menjawab.

"Oh, ealah kot. Hai, beruntungnya lah perempuan tue," mengangguk Tijah tanda setuju.

"Woit, apa yang korang berdua tengokkan tue?"Tiba-tiba Senah menyergah.

"Kau nie Senah,cubalah bagi salam sikit.", Minah menegur Senah kerana ketidaksopanannya.

"Tu ha, kitorang tengah syok skodeng suami isteri tue, nampak bahagia sangat. Cuba kau tengok sana, mesti kau pon setuju dengan kitorang nie."Tijah memberikan arahan

"Yang pakai tudung pink dengan baju petak-petak tue ke?. Yang tengah syok urut bahu masing-masing tue?. Sat eh, aku nak pergi tanya sekejap, betul ke diorang tue suami isteri yag sweet gitue."Selamba Senah menuturkan kata.

Dengan pantasnya Senah mengatur langkah yang ala-ala model sedang memperagakan pakaian di atas pentas peragaan. Sepuluh langkah lagi akan sampai ke destinasi yang dituju manakala Tijah dan Minah muela berasa kurang senang dengan tindakan berani mati Senah. Degup jantung mereka berdua boleh terkeluar dari dada masing-masing akibat perasaan yang gundah gelana. Dup dap dup dap.

Sembilan langkah lagi, lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu dan tidak semena-mena satu hayunan tinggi hinggap di belakang bahu isteri bertudung pink itu. Bingkas si belangkas itu bangun dan melepaskan segala apa yang dipegang tadi. Pucat lesi bagaikan bila diambil pisau dari dapur ' Masterchef ' masih tidak dapat mengeluarkan darah jika ditoreh pada raut mereka. Sangat pucat.

Dari jauh sayup-sayup terdengar esakan tangis dari bertudung pink dan cuba memegang si Senah, Namun dengan rakusnya Senah menepis kembali pegangan itu. Berapa kali gelengan yang dilakukan oleh Senah dan tidak dihitung oleh rakannya yang memerhati dari jauh. Tijah dan Minah pula cuba untuk mendengar bait-bait perbualan mereka yang telah dipenuhi dengan esakan tangis si pink tersebut. Berkerut-kerut dahi sambil mengetuk telinga mereka kononya mampu untuk mencapai frekuensi bunyi.

Malangnya, belom sempat mereka membaiki kualtiti telinga, Senah sudah mula menarik tangan si pink tersebut dan si lelaki berbaju petak itu pula cuba untuk menghalang dan melayang-layang tangannya. Lagak bagaikan seorang pemidato yang sedang menyampaikan syarahannya di hadapan para hadirin dan hakim saksama. Namun, dengan mudahnya Senah mematahkan hujahan si petak hinggakan si petak terpaksa mengundur beberapa langkah dari laluan asal Senah. Meraup muka entah berapa kali hinggakan tiada peluh yang akan berani mencucuri.
Derap langkah Senah pantas meninggalkan si baju petak sambil menggenggam erat lengan bertudung pink yang masih teresak menangis dan mengesat air mata bercampur air hidung menggunakan hujung lengannya. Sesekali akan ditoleh kepada si baju petak. Sekejap sahaja Senah dan bertudung pink hilang di pandangan Minah dan Tijah.

Minah dan Tijah hanya memandang sesama sendiri sambil menjongket bahu masing-masing. Niat ingin berjimba dengan Senah terbantut apabila Senah melarikan si Tudung Pink entah ke mana. Mereka pon akhirnya meninggalkan si baju petak kesepian terduduk di pinggir jalan.

Keesokannya.

Tijah dan Minah telah dimaklumkan Senah bahawasanya pasangan suami isteri yang mereka skodeng itu bukanlah halal untuk berpegangan. Si tudung pink itu merupakan adik Senah dan si baju petak pula balak si tudung pink. Tiada ikatan yang halal antara mereka berdua pon.

Rupanya sangkaan Tijah dan Minah meleset. Disangkakan pasangan yang halal rupanya tidak.


************************************************


Konklusinya di sini, jika belum halal lagi usahlah mahu membiarkan tangan itu melalut mencari tempat yang haram untuk di letakkan. Selagi kamu-kamu tidak halal dalam Islam, janganlah mengharamkan perhubungan yang suci itu.

Jika sudah mengamalkan ajaran Islam dengan menutup aurat, jagalah maruah tudung itu. Janganlah nampak hina di pandangan manusia lain.

Jika ada perasaan untuk melakukan yang halal, nikahilah antara kamu berdua. Halalkanlah perhubungan itu.


END

p/s: ingati diri sendiri juga.
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Detikan Mustahak


-Detikan mustahak-

Ke kiri
Ke kanan
Tanpa henti
masih kiri
masih kanan

arah yang sama
berulang
teratur

tertib
kiri
kanan

merah itu berpusing
berjalan bulat
kadang terdengar bunyi detik
jika sunyi tiada enjin melalui
berputar masih
dalam arah yang sama
mustahil terbalik
atau songsang
itulah arahnya
tetap
betul

yang pendek
yang panjang
bergerak mengesot
selangkah selangkah
lambat
sesekali bertembung
tiada beza

mujur hidup
penting bagi dunia
satu pergerakan mewarnai semua
kerjasama
saling bergantung
menyokong
satu hilang
semua gagau

gerakan selari
tafsiran mustahak
indahnya
agungnya
uniknya
jam masa itu

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Tiada lagi persahabatan

Assalamualaikum semua....

Semakin hari semakin jauh jarak perhubungan antara kita. Sudah bertahun kita bersama, suka dan duka kita tempuhi. Pelbagai rintangn dan dugaan kita hadapi bersama bagi mengekalkan perhubungan ini. Aku senang denganmu. Tapi, kini tiada lagi.

Ku hitung pukul rata
Mencongak jumlah
Tolak tambah mencari masa

Berpusu muncul
Menyesak akal
Terpampang satu satu
Contengan hidup
Kau dan aku


Berlari anak mengejar
Merecik keringat menitis
Suka tawa mengejek
Mengilai riang

Pagiku melihat mu
Petangku menatapmu
Hariku, mingguku ada kamu
Tak lekang mataku untukmu

Kulihat kamu membesar
Mengenal dunia memahami manusia
Kematangan kamu terserlah
Membuatkan hatiku gundah

Ku takut kamu semakin jauh
Meninggalkanku di belakang
Tiada kudrat untuk mengejar
Kerana kamu terlebih dahulu melangkah
Dan aku hanya mampu mengiringimu lemah

Mudahnya untuk melupakan
Tiada kesan untukmu
Masa kecil itu hanya perjalanan
yang sepi
Bagaikan kosong memori

Tidak perlu ditangisi kehilanganmu
Jangan dikesal pemergianmu
Usah dirayu kepulanganmu
Aku nekad, tekad.

Hilangkanlah kenangan itu
wahai sahabatku.


p/s: rindukan rakan-rakan dahulu.



Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Wanita itu cantik

Assalamualaikum....

'Cantik itu subjektif'

Betol. Aku memang setuju dengan kenyataan itu. Cantik itu memang subjektif. Konteks perkataan subjektif itu adalah mengikut pandangan serta perasaan sendiri, pandangan atau pendapat yang dipengaruhi oleh sesuatu. Maksud ini dipetik dari Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Sedang kita berjalan di shopping complex dan taman-taman bunga, terserempak dengan sepasang kekasih yang sekali imbas kita berprasangka macam tak berapa nak sesuai saje. Prasangka ini memang akan wujud dan secara automatiknya kita akan memberi gred dan markah terhadap pasangan tersebut. Bukanlah niat untuk membanding-banding antara dua kejadian manusia ini, tapi biasalah lumrah kita sebagai manusia yang sentiasa menghukum seseorang yang lain. Namun prasangka itu sebenarnya telah membuatkan diri ini berfikir tentang bagaimana seseorang itu menilai maksud sebenar 'cantik'.

Bukan semua wanita yang cantik pada pandangan mata wanita lain adalah seorang wanita yang cantik bagi pandangan mata kasar lelaki. Dan bukan semua wanita yang tidak seberapa cantik bagi pandangan wanita lain adalah wanita yang tidak cantik bagi pandangan mata lelaki. Di permudahkan bahasa. Bukan semua wanita cantik adalah cantik bagi lelaki dan bukan semua wanita tak cantik adalah tak cantik bagi lelaki.

Jika ditanya kepada ramai lelaki, apakah yang cantiknya wanita itu? Rata-rata menjawab :
  • Kulit halus, mulus dan gebu
  • Senyuman manis
  • Lesung pipit di pipi
  • Mata macam panda
  • Leher jinjang
  • Cutting badan mantap
  • Dan lain-lain (isi sendiri)
Jawapan di atas berdasarkan pandangan mata kasar lelaki yang memandang kepada kecantikan semata-mata. Ingin diingatkan bahawa bukan semua lelaki berpandangan seperti di atas tetapi hampir semua jugak lelaki sedemikian.

Dek kerana rata-rata lelaki beranggapan bahawa cantik wanita itu adalah sedemikian rupa, maka ramailah wanita yang tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian akan merasa rendah diri, malu, tidak yakin pada diri sendiri apabila berhadapan dengan kaum lelaki ini. Mereka dengan mudah merasakan diri mereka tidak cantik dan yakin bahawa tiada siapa yang akan mahu mendekati. Selalu juga mereka ini merasakan jodoh mereka lambat dan mungkin tercalon dalam golongan andartu atau andalusia.

Jadinya, jika kita lihat golongan yang bukan termasuk dalam ciri-ciri di atas mempunyai buah hati atau pujaan hati, makanya apakah cantik itu?

Jawapannya mudah saje. Kita berbalik semula pada quote di atas sekali. 'CANTIK ITU SUBJEKTIF'.

Cantiknya wanita itu pada pandangan mata lelaki sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mungkin secara umumnya, ciri-ciri fizikal diberi penekanan khusus, namun itu sebenarnya hanya picisan sahaja. Bagi memudahkan pertanyaan dan menyenangkan jawapan.

Bersyukurlah kamu wahai perempuan yang mempunyai kekasih kerana sebenarnya kamu adalah cantik dipandangan matanya. Oleh itu kamu terpilih untuk menjadi suri dihatiya. Janganlah dikeluhkan soal fizikal kamu. Kamu sebenarnya adalah cantik. Yakinlah pada diri sendiri.


Jika ditanya kepada kaum lelaki tentang cantiknya wanita mereka, pasti sukar untuk dijawab. Bukan mereka tidak pandai menilai, tetapi mereka beraggapan wanita mereka itu memang tersedia cantiknya yang mana bukan sifat fizikal semata tetapi rohani dan moral juga dititik berat.

Citarasa setiap individu sebenarnya berbeza. Kita tidak boleh mempertikaikan itu. Jangan dikomen atau dinilai seseorang atas dasar fizikal. Jangan dibanding pasangan yang kononnya pada pandangan mata kita tak sesuai kerana wanita itu sebenarnya cantik untuk pasangannya. Jika kita berjumpa wanita yang cantik namun tiada pasangan, sebenarnya wanita itu masih tidak dapat menarik perhatian mata lelaki untuk disahkan cantiknya.

Sebenarnya wanita itu cantik adalah kerana dirinya memang tersedia cantik. Allah menciptakan kita manusia ini dengan pelbagai rupa dan corak dan setiap ciptaanya itu mempunyai kecantikannya yang tersendiri. Dan setiap kecantikan itu akan ada yang menghargainya. Janganlah dikesal, janganlah dikeluhkan. Jadilah cantik kerana-Nya dengan menjadi hamba yang serba serbi 'cantik' mengikut ajarannya. Berusahalah ke arah itu.

p/s: suka tengok pasangan yang ada kontra sebab nmpak sgt sweet.
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Berpada-pada

Assalamualaikum semua...

Pelik apabila dua entri pada satu malam yang sama.

Hati aku rasa sangat jelik dengan beberapa pandangan orang yang beranggapan apa yang dikatakannya adalah benar. Sehinggakan kadang-kadang membuatkan orang lain yang membacanya terpengaruh 100% dan menyokong sahaja pernyataannya. Ya, memang benar setiap pandangan kita adalah berbeza dan kita ada hak terhadap apa yang diutarakan. Itu adalah hak individu. Tetapi apabila menyuarakan pendapat itu biarlah berpada-pada dan janganlah terlalu ghairah hinggakan sanggup menjual maruah agamanya sendiri.

Teguran yang disampaikan memanglah ada benarnya juga. Aku suka dengan teguran beraninya terhadap apa yang diperhati di dunia sekelilingnya. Tidak dinafikan bahawa manusia itu sering mengutarakan pendapat yang bernas mengenai tajuk yang dikupasnya. Pembacaanya meluas, penggarapannya juga menarik. Merangsang otak dan fikiran untuk menerawang jauh berfikir kembali akan hujahnya. Amat cantik sekali.

Tetapi, satu yang paling tidak digemari. Janganlah membahaskan isu agama jika kita masih mencari hala tuju kehidupan sendiri. Bukanlah aku mahu menyatakan kita ini tidak mampu untuk merpersoalkan hukum hakam agama. Ya, kita semua sudah belajar fardu ain, sudah sekolah agama, sudah ada sijil darjah khas (bagi negeri johor), mungkin juga sijil tinggi agama atau sijil menengah agama. Pendek kata kita sudah dididik dengan pendidikan agama. Kita mengetahui serba sedikit mungkin serba banyak hinggakan kita sebenarnya layak untuk menjadi guru agama. Tapi, berbahaslah pada kadar yang betul dan berteraskanlah pada landasan yang betul. Mungkin sesuatu perkara yang ditetapkan atau diamalkan oleh seseorang itu tiada musabahnya bagi diri kita yang mengikuti zaman moden atau berfikiran arus perdana ini. At least, hormatlah pegangan seseorang itu. Janganlah dipersendakan, janganlah dipertikaikan. Setiap apa yang dilakukan itu ada kebaikannya. Cubalah rasai kebaikan itu. Terlepaslah satu dosa.

Berlagak alim bukanlah niat aku. Tapi aku paling tidak berminat kita membahaskan sesuatu perkara dan membandingkannya dengan hukum agama. Tak salahkan?.

-end-


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Keporakan Perasaan

Asslamualaikum all....


-Keporakan Perasaan-


Jauh berjalan tak bermakna luas pemandangan,
Penat, letih, tertekan.
Mencari tetapi buta
Menggapai tetapi kudung
Melangkah tetapi tempang.


Pendam rasa makan diri
Sorok hati rosak emosi
Kecut, takut, bacul
Menyeksa jiwa

Dari maya hanya menjenguk
Memerhati tapi menyusup
Cuba melucutkan rasa
Kosong sehingga infiniti sifatnya
Menafikan,enggan menerima
Masih bertahan di situ

Rasa ini sukar dikikis
Biar berkali dihiris,dibedil,diracik
Bercerai sejenak, bercantum semula
Membina kembali rasa tadi


Aku letih bermain dengannya
Aku tertekan menanggungnya
Aku kecewa merasainya
Aku pasrah mempertahankannya

-end-
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Mencari perhatian

Assalamualaikum semua...

Agak lama tak dikemaskini blog ini.Mungkin bosan atau hangat-hangat tahi ayam.

Mencari perhatian dengan menggunakan cara yang salah. Faham tak?.

Ok. Setiap manusia memerlukan perhatian dan penghargaan daripada orang sekeliling mereka. Tak kisahlah siapa yang menghargai. Rakan-rakan, orang awam dan yang paling terdekat adalah keluarga. Benda tue memang sudah menjadi keperluan bagi setiap manusia. Kita review sikit dekat piramid di bawah nie.


See?. Nampak tak kat dua kotak yang tengah-tengah tue. Membuktikan bahawa setiap manusia memerlukan penghargaan dan dihargai. Janganlah korang nak menafikan yang diri korang tak mmerlukan penghargaan daripada orang lain. Kunun buat sesuatu atas dasar ikhlas atau tidak menunjuk-nunjuk. Tapi the truth is, akan terselit juga niat untuk dihargai itu. Niat dihargai itu macam dah membuktikan yang korang buat kerja sebenarnya ada juga sedikit tidak keihklasan di situ. Janganlah nak berpura-pura honest, pure and innocent. (emosi sedikit ).

Tapi entri ini bukanlah untuk mengutuk rasa ketidak ihklasan itu. Asalnya nak berkongsi tentang topik kat atas yang mula-mula diutarakan itu iaitu mencari perhatian dengan cara yang salah.

Kes nie ada kena mengena dengan tayangan Nanny 911 yang kumpulan Payayin bentang pagi tadi. Kesian tengok family tersebut yang mempunyai anak-anak yang tidak dapat perhatian sepenuhnya dan menggunakan pelbagai cara yang salah untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Ada yang menjerit,ada yang memukul, ada yang macam nak membunuh, ada yang menangis, ada yang merengek dan macam-macamlah. Dapat tak bayangkan macammana suasana rumah tersebut?. Memang nampak huru hara. Apa puncanya?. Puncanya adalah perkara yang sering berlaku pada zaman sekarang iaitu kurangnya komunikasi di antara ahli keluarga tersebut. Even parents banyak habiskan masa di rumah tidak bermakna bahawa mereka sudah meluangkan masa yang maksimum dengan anak-anak. Kadang-kadang makin worse.

Anak-anak memang memerlukan perhatian dari ibubapa mereka. Even apa yang dilakukannya itu hanyalah menghantar cawan yang digunakan ke sinki pon, mereka hendakkan pernghargaan dari ibu bapa macam pujian. Kalau tak dapat, mereka akan merasakan bahwa ibubapa mereka memang sukar untuk memberi perhatian dan tidak menghargai kewujudan mereka. Dah tue apa yang akan dilakukan oleh anak-anak ini?. Of course lah diorang akan melakukan sesuatu perkara yang teruk hinggakan ibubapa mereka tertarik untuk melihat mereka. Kena marah pon takpe bagi mereka, kerana sudah dirasakan bahawa ibubapa kan memangdang mereka apabila perkara yang salah dilakukan oleh mereka. Anggapan mereka sebenarnya adalah apa yang dilakukannya itu tidak salah kerana hanya dengan cara itu sahaja mereka dapat perhatian daripada orang yang mereka sayang. Mereka bukanlah nak berlagak nakal atau berani, dah ibu bapa tak peduli kalau mereka buat baik, nak buat apa teruskan kebaikan itu.

Kes macam ni banyak berlaku dekat semua manusia di dunia ini. Bukanlah pada zaman kanak-kanak sahaja. Sebenarnya orang tua belia remaja sekarang nie pon mengalami masalah seperti ini. Buat sesuatu perkara bagi mendapatkan perhatian. Senang bahasalah, kurang kasih sayang.Teruk sangat rasanya bila di cop sebegitu. Tapi itulah hakikat. Apa puncanya semua nie berlaku?

  • Kurang komunikasi dengan orang sekeliling (family, rakan, housemate, classmate, roomate and so on lah)
  • Tiada rakan yang boleh dipercayai.
  • Anak sulung dalam keluarga
  • Anak tengah yang sentiasa perlu mengalah
  • Adik beradik terlalu ramai
  • Hidup yang sunyi
  • Tertekan dengan kerja
  • Putus cinta
  • Fobia dengan unsur kepercayaan
  • Hati penuh dendam
  • (Agama sikit ). Ibadah solat tak sempurna
  • Ibu bapa yng sibuk
  • Anak tunggal
  • Mak bapak yag melahirkan anak waktue usia dah meningkat
  • banyak lagi. nanti aku pikir lagi.
Sebab kedua kenapa tajuk ni keluar sebab tadie sajek-sajek blogwalking kat sebuah blog mamat utara. Itu pon link daripada blog orang lain. Mula-mula baca lagi macam rasa tertarik dengan penulisnya. Hensem ke?, Cool ke?, Romantis ke?, Kaya ke?, Genius ke?. Bukan semua di atas ea.

So?..

-
-
-
-
-
-

Rasanya mamat tersebut mempunyai personaliti yang berbeza antara alam sebenarnya dengan alam penulisannya. Pada pandangan aku, dia merupakan seorang anak yang memikul tanggungjawab yang besar disebabkan status anak sulung tersebut. Asalnya mamat nie nampak baik, nerd sikit tapi ada yang mengubahnya iaitu masalah putus cinta. Dari apa yang ditulisnya, macam dia sengaja untuk mencari perhatian dengan mengatakan yang dia adalah lelaki yang playboy and casanova atau dia lebih senang untuk menggelarnya playsingle. Mendefinisikan cinta adalah stupid thing. Kebanyakan tulisannya adalah mengingatkan dirinya untuk keep playing single even ada ramai awek2 cun yang minat. Itu semua disebabkan pengalaman lepas dia dicurangi oleh aweknya. Bagi aku dia sebenarnya memerlukan seseorang untuk dikongsi masalahnya itu, bukanlah dengan menulis benda2 yang sebenarnya dia tidak buat tapi hanya membayangkan benda itu terjadi dalam hidupnya. Aku memang tak pernah kenal dia siapa, nama sebenar pon xtau, muka pon tak tengok. Entah wujud entah tidak. Tapi rasa sangat kesian dekat dia disebabkan masalah, tanggungan, dan pengalaman lepas yang dia rasa. Of course lah nampak apa yang aku tulis ini tidaklah untuk disampaikan kepadanya though aku pun hanyalah silent reader sahaja. Bukanlah untuk mengakimi orang, mentafsir atau membaca personaliti orang. Tapi ini semua based on naluri and pemahaman aku terhadap dia. Takdek apa yang istimewanya dia pada aku, cuma eantahlah, terpanggil sahaja koowt.
Hope satu hari nanti dia menjumpai orang yang mampu berkongsi menanggung beban dan mendengar masalahnya.
Dia insan yang baik tapi menggunakan cara yang pelik untuk menarik perhatian orang lain.

Al-fatihah kepada arwah adiknya yang kembali ke rahmatullah pada May 2011.

-END-
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Berkawan

Assalamualaikum...

Short entry.

Boleh ke seorang perempuan menjadi kawan baik lelaki?

Boleh ke lelaki menjadi kawan baik seorang perempuan?

Give me comments....






Adios...Daa..Assalamualaikum.....
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

PENAT

Assalamualaikum..

Bulan puasa dah menyinggah. Ibadah puasa pon sedang ditunaikan. Tanggungjawab dunia akan dikemaskini.

Selama tak dihupdate blog ini, banyak sangat benda yang dikerjakan. Bulan-bulan kesibukan. Dengan praktikum nya, dengan esaimen nya. Semua tak terkejar. Dua bulan praktikum memang gila dengan banyak kerja, banyak observe, banyak projek. Taip hari dok mengeluh pasal penat berpraktikum. Balik-balik sekolah kompen terus tarik bantal untuk tido. Mane taknya, malam sebelum itu kompemlah akan tido lewat takpon terus tak tido langsung. Memag kacau bilau jadual rehat aku kowt. Dan disebabkan itu jugaklah, kualiti kesegaran wajah berubah seratus peratus. Gila ah raya nie, muka ancus. Jerawat dan bintik-bintik jadi abang long kawasan. Tambah lagi dengan merempit pagi dan petang jadinya makin plus plus lah kegawatan kualiti kulit muka ni. Dah nama pon perempuan kan, tak logik langsung kalau tak endah pasal kulit muka. Lebih-lebih lagi yang tak seberapa nak ada muka nie.

Itu baru jadual harian ditukar. Bwlom lagi dengan tekanan selama berada di sekolah. Rupa-rupanya suasana sekolah memang lain bila kita bersekolah dulu. Sekarang merasa ragam sekolah apabila kitalah yang terpaksa membina ragam tue. Paham dok?.Biasalah kes apabila seseorang di tempat baru. Apa yang jadi?.Of course lah kener buli takpon dihulur bermacam kerja. Memang itu dah menjadi adat dan ragam mana-mana tempat kerja sekalipon. Even kerja kat dalam stor pon mesti akan ada kes macam tue. Kalau di ngeluhkan pon, pasti semua orang akan cakap 'biasalah tu'. So, malas lah nak mengeluh terlampau sebab rasanya ada lagi yang teruk daripada ini terkena dengan senior-senior. Bersabar jelah. Dan bertekad bila dah kerja anati xmoh menjadi seperti senior-seniot tersebut. Biarlah kita buat baik dengan orang lain, InsyaAllah kita pon akan beroleh kebaikan. Janglankah menggunakan konsep, 'dulu aku kena lagi teruk, jadi nielah masa aku nak kenakan orang macam aku kena dulu'. Mintak dijauhkan lah.


Kat sekolah aku ditugaskan untuk mengajar anak-anak kecik yang belom kenal dunia sebenar lagi. Bila orang sekeliling tanya mengajar siapa, senang hati aku menyebut prasekolah jek. Of course ramai yang menyatakan alah, senang ajek ngajar budak kecik nie, takdek thrill. Pergh, panas kot hati aku. Apa?. Ingat mengajar budak kecil nie senang ker?. Budak-budak ii semuanya masih kosong. Tiada apa yang ada hanya bercakap semata. Kenal huruf tidak, kenal nombor tidak, keyakinan diri tiada, Jadinyer, kitorang yang cikgu pra nilah yang kener kreatif dan bersabar dlaam mendidik budak-budak ini. Ingat senang ker nak ajar sesuatu yang baru lebih-lebih lagi benda basic. Nak suruh kenal simbol dan sebut memnag satu benda yang susah. Lainlah kalau mak ayah diorang kat umah tolong ajar anak mereka. Kalau dapat yang xngajar anak sendiri cmne?.Semuanya budak tue nak kena belajar kat sekolah. Cikgu pulak bukan boleh layan dia seorang sahaja, ada lagi 24 orang budak lain yang perlukan bantuan. Dah tue umur pulak bercampur antara 5 dan 6 tahun. Capaian antara dua umur ini pulak dilihat jauh berbeza. Memasing mempunyai ragam dan karenah sendiri. Nak handle sorang-sorang memang boleh gila jadinye. Sebagai guru prasekolah memang nampak best sebab ada kelas sendiri. Tapi kalau dah kerja ngadap budak dari 7.30 pagi sampai 11.30 pagi, mana tak tension beb. Dok layan pelbagai karenah dalam masa 4 jam tue. Letih taw. Selain daripada dok ngajar, cikgu-cikgu pra nie jugaklah yang nak kena uruskan tentang makanan mereka. Nasib baiklah kami dibekalkan dengan PPM(Pembantu Pengurusan Murid), ringan jugaklah beban.


Rasanya macam malas pulak nak mengeluh panjang. Inilah ragam dan situasi yang sering berlaku kalau tengan praktikum. Memang letih.


Adios. Assalamualaikum...

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed