Twitter Facebook Feed

Untuk setiap hari mengingatimu

Assalamualaikum semua...

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku tenang,
keresahanku hilang.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku berharap,
memohon tawakkal.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku termenung
mencari keputusan.

Untuk setiap hati mengingatimu,
aku berimaginasi,
merangka kehidupan

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku berjalan,
menempuh halangan.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku mengeluh,
menyesali tindakan.

Untuk setiap hari mengingatimu,
aku menyelongkar,
memahami kehidupanmu.

Untuk setiap hari mengingatimu.
Aku masih buntu.

Buta.

Namun,
aku masih mengingatimu.

12:57am.

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Bangun jatuh adalah kerana kamu

Assalamualaikum semua...


"Setinggi mana kamu berada, sejauh mana kamu melangkah, sepetah mana kamu berbicara, ingatlah dan janganlah kamu sesekali membutakan mata dan hati. Kerana ia menentukan bangun dan jatuhnya kamu".

~google~

Sana sini manusia bergerak. Tanggungjawab dilaksana juga diabai. Kadang lalai, kadang patuh. Ini kerana, masing-masing cuba melengkaplan agenda dalam perjalanan hari.

Perjalanan mengharung hari memungkinkan seseorang berjumpa dengan pelbagai manusia, ragam, perangai, sikap, persepsi. desakan, bantahan dan kutukan. Kepelbagaian ini selalunya menjadikan setiap manusia itu berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Supaya dikenali, supaya disanjungi.

Namun, penyanjungan itu bukanlah satu faktor kesempurnaan manusia. Kerana mungkin ia menjadikan manusia alpa, lalai dan tidak berpijak pada bumi yang nyata.

Ingatlah wahai manusia, kamu adalah kamu yang zahirkan. Bukan mereka.

*****end******

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Nafsu Pagi

Assalamualaikum....

Pengalaman hidup bermula pada pagi kita dibangunkan. 


Setiap hari, bangun dari tidur, kita buka mata. Malas. Pasti menginginkan malam masih berpanjangan. Mendoakan sang mentari tidak akan muncul menerikkan tanah dan bumi. 

Selimut tebal yang membaluti tubuh masih diusap lembut. Seperti tidak mahu melepaskan ia pergi. Sayang. Jika dilepas, terasa pula angin sejuk kipas yang berputar laju. Dingin suasana menambah lagi kemalasan hari.
Kelopak mata bergerak-gerak cuba memaksa ia terbelalak. Lekat. Sukar sungguh hendak mencairkan gamnya. Lalu, tangan yang dinyorok di dalam kehangatan selimut ,diarah bergerak memujuk mata mengenal dunia.

Jari jemari mengusik mata. Longgar sebentar. Kelam penglihatan mencari cahaya. Anak mata berusaha menyesuaikan keadaan untuk mengenalpasti suasana keliling.

Sayup-sayup melihat kipas berputar. Tidak tidurkah ia?. Berjaga sepanjang malam tetapi tiada bunyi yang di dengar. Tidak menganggu walaupun bekerja. 

Mata hitam merenung ia berputar tanpa henti. Khusyuk sekali. Tiba-tiba gelap datang lagi. Menyahut kembali rasa hati.


Telinga itu tidak tidur. Ia tidak lalai dari meneroka bunyi. Menunggu bunyi yang indah di pagi hari. Terdengar.Indahnya, amannya bunyi itu. Telinga merakam bunyi itu lagi. Ia tidak tahudan cuba mengejutkan otak mamai.

Otak tersedar. Saraf-saraf mencari punca tenaga hidup. Bunyi yang dirakam telinga diproses laju. Susunan memori digeledah satu satu. Jumpa. Satu jawapan kukuh diberitahu. Itulah Azan. Berterima kasih otak kepada telinga kerana berkongsi rasa kenikmatan bunyian itu.

Otak tidak lokek. Ia juga mahu berkongsi dengan rakan yang lain. Diarah saraf bekerja menyalur tenaga membangunkan anggota. Setiap anggota terkejut. Bergerak sedikit.

Tangan yang memeluk selimut, mata yang terkatup, kaki yang merenggok telah berubah posisi. Ia berhasil. Saraf telah melakukan kerjanya.Kerjanya dilaksana supaya semua anggota dapat merasa nikmat keindahan bunyi di pagi hari
Namun. anggota-anggota itu keras semula.Kaku.

Saraf kecewa. Saraf tahu, saraf sedar ia tidak mampu untuk menghantar tenaga kepada satu perkara.

Iaitu 

NAFSU!.

 .   





Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Ragam orang pekan desa


Assalamualaikum semua...

Dalam dua minggu berturut-turut ini, hidup sentiasa berteman dengan perjalanan pergi balik dari singgahsana desa ke pekan menggila. Pengembaraan yang mencuri masa 30 minit setiap perjalanan memberikan gambaran pelbagai karenah dan ragam manusia.


Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Suka dengan bait-bait pantun yang mampu mencerminkan dengan hakiki maksud yang tersirat. Maksudnya sudah tersurat dan mudah difahami oleh sesiapa yang membaca atau mendengarnya. Ya, memang. Banyak orang memang banyak ragamnya. Terlalu variasi dan pelbagai.

Perjalanan menaiki kenderaan yang mampu mengangkut puluhan manusia sekaligus tanpa di saman oleh pihak berkuasa. Puluhan. Bermaksud banyak dan puluh. Bukan sa tapi puluh iaitu berada di kedudukan kedua daripada kiri nombor. Banyak bukan. Jari tangan pun hanya boleh menghulur sepuluh jari sahaja. Ditambah pula jari kaki yang hanya dapat mencukupkan korum 20. Nampak banyak, namun amaun ini masih tidak dapat menandingi jumlah penumpang kenderaan yang dinaiki sepanjang pengembaraan singkat ini.


Jika kenderaan yang majoriti kita naiki seperti kereta, dan diambil contoh pula kereta kancil, paling maksima mungkin dapat mencecah 8 orang satu kereta. Itupun adalah jumlah lima orang dewasa dan 3 kanak-kanak yang ringan dan kecil untuk diriba. Bayangkan pula penumpang yang seharusnya menaiki kenderaan ini yang hadnya perlu 29 orang tetapi pada satu-satu ketika, ia mampu untuk memunggah lebih sekali ganda mahupun dua. Hampir mencecah 40 orang dalam satu-satu perjalanan. Dan antara mausia yang menyumbangkan jumlah had maksima penumpang kenderaan ini adalah aku sendiri.


Omnibus. Bas yang membawa manusia yang tiada kenderaan untuk bergerak jauh, tiada lesen untuk membenarkan memandu di atas jalan raya dan membawa manusia yang mungkin sahaja mahu mengurangkan perbelanjaan. Harga sekeping kertas yang bergelar tiket mencecah 3.90 bagi dewasa. Berbeza dengan RapidKL yang hanya memerlukan sekeping duit kertas 1.00 bagi setiap perjalanan. Ingat. Ini bukan Kuala Lumpur. Jangan dibanding harga.

Melalut


***********************************************************

Bukanlah mahu menceritakan tentang Omnibus, tiket mahupun harga. Tidak penting di situ. Pengalaman berada di dalam Omnibus itu sendiri yang memberikan seribu satu makna dek kerana karenah manusia yang pelbagai.


Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Pantun di atas diulang kembali. Bait-bait puisi indah ini terbit apabila diri sendiri tersengih sendirian melihat ragam manusia. Peringkat umur yang pelbagai dari anak kecil dalam hari hingga manusia memegang tongkat dan berambut keseluruhan putih suci. Dari kulit muka yang tegang tiada celaan hingga kulit muka yang berkedut pelbagai garisan usia.



Si kecil tentulah dengan perangainya yang suka merengek, menangis dan bercakap tanpa henti. Mulut si ibu pula tentunya meminta si anak mendiamkan diri. Tak mudah juga yang masih mampu melayan setiap pertanyaan anaknya walaupun soalan yang ditanya adalah sama dalam selang masa yang berturut. Kepetahan si kecil kadang-kadang menyumbang kepada senyum sumbing penumpang-penumpang lain. Memandang sesama sendiri sebagai tanda mereka mendengar perkara yang sama dan mencapai satu konlkusi yang serupa.


Gadis-gadis remaja pula sedang aktif bersukan tangan menekan setiap kekunci telefon mereka. Mata dan tangan tiak berganjak dari menatap skrin telefon dan hanya kadang-kadanag memandang sekeliling pabila pesanan yang dihantar menanti untuk di balas. Kedengaran bunyi sahaja, teruslah menekan-nekan kekunci menunjukkan kepantasan jari dalam menaip setiap kekuncii 1-9 bagi mencipta ayat, perkataan dan frasa yang membawa pelbagai maksud.

Ada juga anak gadis yang tidak menghiraukan perkembangan semasa berasaskan kecanggihan telefon yang ada untuk bertanya khabar dengan hanya menggunakan medan Short Message System , mungkin tiada siapa yang mahu bertanya khabar sebagaimana si gadis lain. Walaupun tidak sebegitu, mereka tetap gembira dan sakan berceloteh sesama sendiri. Mungkin bercerita tentang kawan lelaki di sekolah yang telah mencuri hati mereka. Apa yang dilakukan lelaki tersebut padanya. Dia tersenyum padaku, dia berselisih denganku, dia memakai warna baju yang sama denganku. Oh indahnya zaman remaja. Tiap apa yang terjadi pada mereka sangat manis untuk dikenangkan dan diceritakan pada semua rakan-rakan. Tanda bahawa mereka bakal berpunya. Sekeliling pula ada yang meggeleng, ada yang tersengih geli hati. Mungkin mengenangkan zaman remaja mereka yang sama seperti itu.

Anak bujang lelaki pula sibuk bercerita tentang kenderaan yang berselisih dengan bas yang dinaiki ini. Ada juga yang hanya termenung melihat gadis-gadis comel yang berdiri bercerita mengenai lelaki masing-masing. Nampak seperti tidak menumpukan perhatian, tetapi muka berkerut nampak seperti berfikir. Entah apa yang difikirkan. Tidak mudah juga yang cuba mengacau gadis-gadis tersebut dengan menyampuk beberapa perkara yang dibincangkan gadis hinggakan si gadis mengekek ketawa dan menjeling si bujang tadi. Respon baik. Untuk melihat si bujang lelaki mengeluarkan PSP atau mp3, memang agak mustahil di dalam suasana Omnibus ini. Bukanlah tidak mahu menunjuk, tetapi kemampuan untuk mendapatkannya agak sukar. Ini pekan kecil, bukan bandar besar.


Makcik-makcik yang berada di kerusi depan pula sangat gembira dengan perjalanan ini. Suara mereka bercerita bagaikan henadak disampaikan kepada setiap penumpang. Mereka bukan sahaja menegur sesama umur mereka. Tiap anak gadis, anak bujang, , anak kecil, mak-mak dan abah-abah juga ditegurnya. Tidak kiralah soalan apa yang ingin terkeluar di mulut aktif mereka, dengan lancarnya mereka mengutarakan. Antara soalan kegemaran, siapa nama?, nak pergi mana?, anak siapa?, dengan siapa?, berapa umur?, belajar mana?. Jika jawapan yang diberikan dirasakan terdapat kaitan dengannya, maka pertanyaan itu tidak akan berhenti di situ sahaja. Akan diselidik latar belakang untuk mencari salah silah keturunan. Terbongkarlah satu persatu rahsia susur galur keluarga. Akhirnya, mengaku saudaralah mereka. Pabila maklumat-maklumat itu diperolehi, maka akan disampaikan kepada rakan di sebelah untuk menyatakan tentang keluarga si yang di anggap saudara itu. Lucu rasanya. Satu bas sudah mengetahui bahawa mereka adalah saudara.


Pelbagai ragam lagi dapat dilihat jika berada di dalam bas desa pekan ini. Ragam-ragam ini bukanlah masing-masing membuat hal tersendiri. Mereka tentunya akan cuba berkomunikasi dengan penumpang-penumpang lain yang mencetuskan suasana yang lucu dalam setiap perjalanan. Kesesakan keberadaan di dalam bas itu bagaikan tidak terasa dek kerana terhibur dengan telatah manusia-manusia desa pekan ini. Keramahan dan sikap yang suka menegur itu bukanlah untuk menjaga tepi kain orang tetapi kita ni kan manusia yang dicipta di dunia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Jadinya, eloklah kalau kita bertegur-tegur sesmaa kita. Mengenali antara satu sama lain.

Berlainan benar dengan suasana bas RapidKL, LRT Star, Monorail, Metrobus dan kenderaan-kenderaan awam di kota besar. Penumpang tidak menegur sesama sendiri. Masing-masing membuat hal sendiri. Jika berada di tengah-tengah suasana ramai, masing-masing akan berdiam seribu bahasa. Masing-masing lebih gemar untuk menutup mulut dan berdiam diri. Kadang-kadang sangat sukar untuk memaniskan muka senyum kepada manusia lain. Jangan-jangan duduk sebelah menyebelah dan terdapat ikatan tali persaudaraan antara mereka, tetapi tidak pernah mereka ketahui kerana sikap sombong dan mementingkan diri sendiri sudah menebal pabila berada di bandar itu. Warga tua di bandar juga seperti sudah hilang keramahan mereka. Jauh berbeza dengan warga emas di pekan desa yang ramah tamah hinggakan dapat mencari keturunan di dalam satu bas.

Perasaan berada di dalam bas pekan desa lebih seronok berbanding bas kota besar, walhal terdapat perbezaan besar dari sudut keselesaan antara dua kenderaan di berlainan tempat ini. Biarlah bas itu tiada penyaman udara, bunyinya bising bagaikan hendak tercabut setiap tempat duduk dari berada di dalam bas yang lengkap serba serbi tetapi berasa sangat asing dan bosan.

sawah padi yang sentiasa hijau. kampungku

Rindu kampung halaman akan terbit jika berada di dalam suasana yang bosan dan asing di tengah bandar kota yang penuh dengan manusia tetapi tidak memberikan impak warna yang pelbagai. Kampung is the best.




p/s: ya, saya gadis kampung yang sentiasa merindui kampung.


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Jangan mudah untuk menilai manusia

Assalamualaikum...

Ramai suka menghakimi seseorang dari segi luarannya. Sentiasa cepat menuduh orang itu dan ini. Bagi mereka itu betul. Sentiasa betul tentang apa yang mereka rasa. Tidak salah sama sekali.

Hanya dengan melihat sahaja seseorang tidak menjamin apa yang dinilai oleh mata. Mata itu menipu kerana sukakan yang indah. Hati itu berprasangka kerana merasakan diri adalah sempurna.


Menilai seseorang biarlah dalaman dan luaran. Bukan salah satu aspek tersebut. Gabungkan dua barulah benar apa yang dirasa.

Manusia sentiasa hidup dalam kepuraan-puraan. Inginkan penghargaan atas kebaikan yang dilakukan. Sikap menonjol kebaikan yang direka mudah dilihat dari luaran tapi kenalilah dalamanya dan ternyata mudah ditonjol kepuraan.

Mudah untuk menyatakan berpegang pada iman dan agama kerana itulah luarannya, namun sukar untuk mempraktikkan keteguhan iman dan agama kerana itulah dalamannya. Nilaikan diri sendiri dalaman dan luaran adakah terjalin benar rasa itu.

Jika kesalahan adalah terang lagi bersuluh tentang kejahilan, tidak salah untuk menegur secara terangan juga. Jika mampu untuk menunjuk dosa di khalayak ramai, mampulah untuk menanggung rasa jatuh apabila diingat. Jangan menegakkan benang yang basah kerana meludah di langit jatuh semula tertempek di atas muka.

Indah luaran tidak bermakna cantik dalaman. Jijik luaran tidak bermakna kotor dalaman.


Ubahlah diri wahai manusia secantik luaranmu yang sempurna dicipta. Yakinlah wahai manusia seindah dalamanmu yang murni dan suci.


p/s:bosan dengan perangai sendiri. peace!


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Dah halal ke?

Assalamualaikum semua...

"Adoyai, sweetnya lah diorang tue. Jalan pegang tangan, rangkul-rangkul pinggang, cuit-cuit hidung, gelak-gelak manja. Cute kan Nah?", kata Tijah kepada rakannya.

"Haah, memang sweet couple Jah, cute sangat. Dua-dua sepadan. Bertuah badan dapat suami macam tu. Caring sangat dekat bini dia, macam tak boleh berenggang" balas Minah kepada Jah.

"Eh, macamana kau tahu dia tue suami isteri?", Tijah bertanya

"Nah, kalau dah pegang macam tue, rapat semacam macam belangkas, takkanlah tak kahwin lagi. Segala benda pulak tue nak disentuhnya. Public pulak tu. Semua orang nampak",Minah senang menjawab.

"Oh, ealah kot. Hai, beruntungnya lah perempuan tue," mengangguk Tijah tanda setuju.

"Woit, apa yang korang berdua tengokkan tue?"Tiba-tiba Senah menyergah.

"Kau nie Senah,cubalah bagi salam sikit.", Minah menegur Senah kerana ketidaksopanannya.

"Tu ha, kitorang tengah syok skodeng suami isteri tue, nampak bahagia sangat. Cuba kau tengok sana, mesti kau pon setuju dengan kitorang nie."Tijah memberikan arahan

"Yang pakai tudung pink dengan baju petak-petak tue ke?. Yang tengah syok urut bahu masing-masing tue?. Sat eh, aku nak pergi tanya sekejap, betul ke diorang tue suami isteri yag sweet gitue."Selamba Senah menuturkan kata.

Dengan pantasnya Senah mengatur langkah yang ala-ala model sedang memperagakan pakaian di atas pentas peragaan. Sepuluh langkah lagi akan sampai ke destinasi yang dituju manakala Tijah dan Minah muela berasa kurang senang dengan tindakan berani mati Senah. Degup jantung mereka berdua boleh terkeluar dari dada masing-masing akibat perasaan yang gundah gelana. Dup dap dup dap.

Sembilan langkah lagi, lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu dan tidak semena-mena satu hayunan tinggi hinggap di belakang bahu isteri bertudung pink itu. Bingkas si belangkas itu bangun dan melepaskan segala apa yang dipegang tadi. Pucat lesi bagaikan bila diambil pisau dari dapur ' Masterchef ' masih tidak dapat mengeluarkan darah jika ditoreh pada raut mereka. Sangat pucat.

Dari jauh sayup-sayup terdengar esakan tangis dari bertudung pink dan cuba memegang si Senah, Namun dengan rakusnya Senah menepis kembali pegangan itu. Berapa kali gelengan yang dilakukan oleh Senah dan tidak dihitung oleh rakannya yang memerhati dari jauh. Tijah dan Minah pula cuba untuk mendengar bait-bait perbualan mereka yang telah dipenuhi dengan esakan tangis si pink tersebut. Berkerut-kerut dahi sambil mengetuk telinga mereka kononya mampu untuk mencapai frekuensi bunyi.

Malangnya, belom sempat mereka membaiki kualtiti telinga, Senah sudah mula menarik tangan si pink tersebut dan si lelaki berbaju petak itu pula cuba untuk menghalang dan melayang-layang tangannya. Lagak bagaikan seorang pemidato yang sedang menyampaikan syarahannya di hadapan para hadirin dan hakim saksama. Namun, dengan mudahnya Senah mematahkan hujahan si petak hinggakan si petak terpaksa mengundur beberapa langkah dari laluan asal Senah. Meraup muka entah berapa kali hinggakan tiada peluh yang akan berani mencucuri.
Derap langkah Senah pantas meninggalkan si baju petak sambil menggenggam erat lengan bertudung pink yang masih teresak menangis dan mengesat air mata bercampur air hidung menggunakan hujung lengannya. Sesekali akan ditoleh kepada si baju petak. Sekejap sahaja Senah dan bertudung pink hilang di pandangan Minah dan Tijah.

Minah dan Tijah hanya memandang sesama sendiri sambil menjongket bahu masing-masing. Niat ingin berjimba dengan Senah terbantut apabila Senah melarikan si Tudung Pink entah ke mana. Mereka pon akhirnya meninggalkan si baju petak kesepian terduduk di pinggir jalan.

Keesokannya.

Tijah dan Minah telah dimaklumkan Senah bahawasanya pasangan suami isteri yang mereka skodeng itu bukanlah halal untuk berpegangan. Si tudung pink itu merupakan adik Senah dan si baju petak pula balak si tudung pink. Tiada ikatan yang halal antara mereka berdua pon.

Rupanya sangkaan Tijah dan Minah meleset. Disangkakan pasangan yang halal rupanya tidak.


************************************************


Konklusinya di sini, jika belum halal lagi usahlah mahu membiarkan tangan itu melalut mencari tempat yang haram untuk di letakkan. Selagi kamu-kamu tidak halal dalam Islam, janganlah mengharamkan perhubungan yang suci itu.

Jika sudah mengamalkan ajaran Islam dengan menutup aurat, jagalah maruah tudung itu. Janganlah nampak hina di pandangan manusia lain.

Jika ada perasaan untuk melakukan yang halal, nikahilah antara kamu berdua. Halalkanlah perhubungan itu.


END

p/s: ingati diri sendiri juga.
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Detikan Mustahak


-Detikan mustahak-

Ke kiri
Ke kanan
Tanpa henti
masih kiri
masih kanan

arah yang sama
berulang
teratur

tertib
kiri
kanan

merah itu berpusing
berjalan bulat
kadang terdengar bunyi detik
jika sunyi tiada enjin melalui
berputar masih
dalam arah yang sama
mustahil terbalik
atau songsang
itulah arahnya
tetap
betul

yang pendek
yang panjang
bergerak mengesot
selangkah selangkah
lambat
sesekali bertembung
tiada beza

mujur hidup
penting bagi dunia
satu pergerakan mewarnai semua
kerjasama
saling bergantung
menyokong
satu hilang
semua gagau

gerakan selari
tafsiran mustahak
indahnya
agungnya
uniknya
jam masa itu

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed