Twitter Facebook Feed

SUNYI TAPI TENANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lega rasa hati , tenang jek jiwa, hijau jek mata bila tengok sawah padi yang tengah menguning dan tunggu untuk diketam.
Telinga pulak asyik mendengar bunyi mesin sawah padi yang sedang beroperasi.
Kulit pula sentiasa menerima tamparan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Angin kampong.
Cuaca pula baik sekali hinggakan langit biru dapat dilihat jelas.
Seronok bila berada di kampung dengan jamuan pemandangan yang tidak pernah tewas taranya. Udaranya yang sentiasa segar tanpa perlu diri untuk menutup mulut dan tidak pula terbatuk pabila bernafas.
Terasa paru-paru sudah dibersihkan.


Aku memandang bagai tiada tujuan
Hanya keluhan lepasan lega
Sunyi tapi amat tenang
Berharap masa akan terus begini

...................................
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

DELETE FEELINGS

~cuci mata sat bila semua dah dewasa~

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Benci bila sesuatu yang kita tak mahu ingat tapi asyik sangat nak kunjung dalam otak dan fikiran sehari-hari. Tiap kali muncul jek perkara tue, kompem hati rasa tersangat sedih dan tertekan. Semua kerja yng kita tengah buat asyik terganggu jek. Sikit-sikit rasa nak mengeluh pastue mulalah nak termenung ajek. Apa eh perkara tue?.Of coz lah maenan perasaan bila dah masuk alam dewasa ni.

sahabat luahan

Selalunya bila perkara-perkara macam tue berlaku, kompem akan mulalah segmen untuk memotivasikan diri sendiri. Macam-macam benda and pendekatan yang akan keluar dari otak supaya aku lupakan perkara-perkara yang buat aku rimas tak menentu nie. Kadang-kadang tue macam tak logik jek motibasi diri sendiri yang aku buat tue. Nak bagitaw pe tue macam xsyok lah. Sebab tersangatlah tak logik.

Kadang-kadang tue, aku akan mencipta satu alasan yang begitu menarik supaya takdek lagi orang nak bertanya dengan aku pasal benda-benda perasaan nie. Contohnya macam aku cakap aku tak mahu nak ada perasaan dengan lelaki sekrang nie sebab aku nak cari duda. Hahaha. Aku rasa itulah benda paling cerdik yang pernak kuar kat otak nie. Tapi kan hasilnya macam berkesan jugaklah. Kalau ada orang yang nak dikenenkan, kompem akan stop macam tue ajek sebb diorang pikir aku nak cari duda. Memang lawak tahap cipan dan tapir betollah. So dengan cara macamnielah aku dapat elakkan dari benda- nie semua. Yeah...plan berjaya!!!!

Sebenarnya semua nie disebabkan aku tak mahu berada dalam situasi yang akan membuatkan aku lemas, rimas, tertekan, dilema, lupa daratan, hilang tanggungjawab, pentingkan diri sendiri and so on. Bila diri dah berdepan dengan semua benda tue, kompem yang kuat pon jadie lemah, yang lemah terus lah k.o jawabnya. Mainan perasaan nie bukannya mudah. Nampak memang simple just dia sayang, awak sayang, dia percaya, awak percaya, dia jujur, awak jujur. Then, cakap lebih mudah dari melakukan. Kadang2 tue macam hipokrit jek rasa. Berpura-pura dan sentiasa menipu. Maap ini pandangan aku yg sentiasa negatif pasal perasaan.

Terlalu banyak kisah duka dari kisah suka aku dengar pasal perasaan manusia nie. Maenan perasaan ini memang perlu ditangisi dari dirai. Itu yang aku selalu takutkan dan buatkan aku tak berani untuk berperasaan seperti pasangan-pasangan lain. Cukuplah perasaan aku terhadap keluarga dan rakan. Penat untuk berkongsi perasaan nie. Perasaan pada family pon masih tidak tertanggung, ini hendak tambah perasaan lain. Persediaan mental dan fizikal perlu ada dan sentiasa dimantapkan. Kalau tidak, adalah manusia yang akan menangis malam-malam, tidak lalu makan, muka suram, rambut kusut, mood tak menentu, senang cakap pengurusan diri hancus lah. Seram pula bila dipikirkan macam tue.

~always thinking of them~

Kadang-kadang bagi sesetengah orang nie, soal perasaan tidak boleh dijangka dan datang tanpa disuruh. Tapi bagi aku senang jek ' its takes two to tango' atau 'pokok tak bergoyang jika tiada angin' atau 'bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi'. Maksudnya di sini, sesuatu perkara itu takkan terjadi jika tiada pemangkin untuk menjadikannya. Kalau kita tidak mencari maka sukarlah kita hendak menjumpainya. Tak susah untuk mengelakkannya, cuma perlukan kekuatan hati sahaja. Kalau yakin diri sudah bersedia, bolehlah mencari, tapi kalau diri masih terkapai-kapai dengan matlamat hidup, tanggungjawab terhadap keluarga, toksah lah nak terjerumus dengan mainan perasaan nie. Pegang dua perkara sahaja, sudah cukupkah perasaan kamu terhadap Yang Maha Esa serta Pesuruh-Nya dan sudahkah kamu membalas budi ibu bapa kamu yang bersusah payah membesarkan kamu. Fikir-fikirlah.

Bukanlah nak menghalang daripada ada perasaan, tapi larilah dulu jika hidup itu masih tonggang langgang tak tahu arah tuju. Janganlah dinyusahkan lagi perasaan ibu bapa. Janganlan diseksa batin ibu bapa. Buktikan pada mereka dahulu bahawa kamu semua sudah mampu untuk memikul tanggungjawab dan komitmen lain. Ini lihat member bercouple, kamu pon teringin hendak couple. Sebenarnya couple itu juga tanggungjawab. Bukanlah ikatan perkahwinan yang sah sahaja digelar tanggungjawab. Sedarlah diri sebelum maju ke hadapan memegang tanggungjawab masing-masing.

Bab soal hukum hakam, rasanya tak perlulah nak dihuraikan. Memasing pon dah paham. Apa-apa pon masih akan ada yang bercakap - ' engkau lain, aku lain, ' engkau belum rasa lagi perasaan macam nie', 'kau tak sampai seru lagi, nanti kau rasalah'. Takpon yang jenis nak blame ajek - 'kau nie memilih sangat', 'kau ni demand sangat'. Entah lah. Biarlahlah apa yang dikatakan, asalkan kita tahu niat sebenar kita mengelak dari semua nie. Mungkin kamu semua dah bersedia, dats y lah kamu semua tak kisah nak pikul tanggungjawab lain.

Let u be....


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Terlajak


Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

u guys rock!!!

Pernah tak kamu semua rasa menyesal bila dah lakukan sesuatu di luar kawalan korang?.. Hajat hati nak buat atau cakap benda lain, tapi yang kelaur dari mulut lain pulak jadienyer. Ngam- ngam lah saat tue rasa macam nak tarik balik jek semua perkara tue takpon macam nak buat request untuk undur masa. Kalaulah ada konsep camtue. Tapi kalau ada pon xbest jugak kan, mana kita nak tahu apa salah kita dan dunia ini nanti jadie ibarat tiada dosa. Jika tiada dosa maka tiada jugalah pahala. So, tiadalah balasan tiadalah ganjaran.

penempekan sebentar..

Benda nie jadi tadi. Aku rasa menyesal sebab tersalah cakap, terlepas kata. Biasalah mulut kalau dah mati insurans, takdek langsung jaminan dia. Just 1 perkataan sajek yang keluar dari mulut aku nie iaitu b***h. Tapi maksud dia mendalam gak tue. Sebenarnya benda yng jadie tue simple jek, tapi disebabkan rasa tak suka + menyampah kat makhluk tue, akhirnya menjadiekan aku rasa bangga untuk menuturkan perkataan tersebut. Mula-mula macam menyesal, tapi dek kerana cakap pada hati dan diri memang nak bermusuh dengan makhluk tue, maka langsung takdek rasa nak tarik balik perkataan tue.

Entah kenapa rasa tersangatlah tak suka pada dia. Nak kata ada buat salah tue macam takdek. Tapi disebabkan angin2 luar kot yang buatkn aku tak berminat untuk ada rasa berkawan dengan orang itu. Maaflah...

Kalua diikutkan proses karma kehidupan nie, xeloklah jika kita nak bermusuh atau mencari pasal dengan orang lain sebab 1 masa nanti, nasib kita pula akan menjadi sebaliknya. Cukuplah ada perasaan xsuka jangan bermusuh sudahlah. Stop it...
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Melukut Di Tepi Gantang

Assalamualaikum...

Jiwa dan ragaku agak sedih minggu ini kerana nyawa dan jantungku tidak boleh berfungsi seperti biasa. Jangan terkejut hingga menyebabkan kamu semua pula kehilangan fungsi jantung dan meragut nyawa. Sajek nak buat gempak. Sebenarnya, my greeny lappy terpaksa melepaskan fungsi salah satu punca nyawanya yang selama ini telah menyumbangkan jasa dan bakti. Apakah itu? Benda yang dimaksudkan di sini adalah BATTERY ADAPTER atau aku sebut charger laptop.
Sebijik macam my greeny lappy.


Kalau dihitung-hitung, masuk malam nie dah tiga hari gak lah my greeny lappy tue tak menjalankan tanggungjawab beliau. Nak disambungkan perkhidmatannya, punca nyawa pula tiada. Nak dimatikan terus pula, tiada duit nak digantikan. Pergh, ada hati nak beli baru tue. Kalau jawapan senang, beli jek lah charger nya kat kedai komputer. Kalaulah boleh camtue, dari saat dia meletup lagi aku dah pi beli. Tapi masalahnya sekarang nie, aku dah usha satu mid valley punya kedai komputer, malang betullah, abang-abang pakar komputer kat sana cakap : Charger laptop inspiron mini memang talak jual wo, kalau u mau, u kena order itu online. Dell memang talak kuar itu barang. Charger untuk laptop besar ada la i jual.


macam nielah kepala charger yg aku nak.

gambaran charger laptop yg dicari

Berderai macam kaca lah saat itu jantung aku. Konon harapan dekat mid valley nie ada jual. Sebab dalam hati tetap berkeras tak mahu pergi itu low yat. Manyak jauh woo. Malas giler kaki nak menapak ke sana. Dengan sakit otot akibat latihan silat lagi. Tak pepasal, ada kang terburai semua isi-isi peha aku nie. Aku buat muka sedih pon abang-abang komputer nie tak layan. Tak bersimpati kah kepada aku yang amat kesian ini. Muka dah abis poyo aku buat still tak mampu meraih simpati abang-abang komputer. Wa amat sedih dan terkilan dengan tindakan mereka ini. Pastu ada lah seorang abang nie cadangkan p lowyat. Konon kat sana segala benda ada. Aku pon dengan paksa rela terpaksalah bersetuju dengan cadangan abang yang baik itu. Dalam hati tuhan saja lah yang tahu betapa malaznya aku nak ke sana.

Plan nak p lowyat petang tadie. Tapi sebelum tue mintak tolong pada sowunk member nie yang memang kaki low yat untuk survey kan charger dell kat sana. Balik-balik jek dia, berita buruk aku terima lagi. Dia cakap, memang takdek kedai yang jual charger laptop dell inspiron mini nie. Mungkin jgak dia cakap dia tak jalan abis kot. Tapi aku nekad membuat rumusan bahawa memang aku takkan jumpe charger laptop nie kecuali kat tempat di mana kilang pengeluaran brand Dell ini. So, aku masih pening nie kerana tidak tahu DI MANAKAH HQ DELL DI KUALA LUMPUR INI?????.

Aku amat tension kerana dalam masa seminggu genting dengan esaimen dan kerja yang amat berlambak ini, aku terpaksa menjadi seorang pelajar yang melukut di tepi gantang. Terpaksalah memaniskan muka dan mempoyokan ayat untuk meraih simpati rakan-rakan seperjuanganku bagi memberi peluang untuk aku meminjam laptop mereka di saat mereka tidur atau tidak menggunakan khidmat laptop. Baru sekarang aku merasai betapa besarnya nikmat laptop ini di saat aku sedang memerlukan dengan esaimen yang bertimbun-timbun.

Oh my greeny lappy. Aku rindu kat kamoo. Bila lah kita boleh bersua dan bermesra semula.

Daaa...adios..salam...

p/s:..maap ayat skema kerana otak terpengaruh dgn esaimen.

p/s:...pic tuan n lappy tiada kerana semua benda dalam lappy tidak bernyawa

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed