Twitter Facebook Feed

SUNYI TAPI TENANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lega rasa hati , tenang jek jiwa, hijau jek mata bila tengok sawah padi yang tengah menguning dan tunggu untuk diketam.
Telinga pulak asyik mendengar bunyi mesin sawah padi yang sedang beroperasi.
Kulit pula sentiasa menerima tamparan angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Angin kampong.
Cuaca pula baik sekali hinggakan langit biru dapat dilihat jelas.
Seronok bila berada di kampung dengan jamuan pemandangan yang tidak pernah tewas taranya. Udaranya yang sentiasa segar tanpa perlu diri untuk menutup mulut dan tidak pula terbatuk pabila bernafas.
Terasa paru-paru sudah dibersihkan.


Aku memandang bagai tiada tujuan
Hanya keluhan lepasan lega
Sunyi tapi amat tenang
Berharap masa akan terus begini

...................................
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

1 comments:

cik @ien said...

skrg akn kembali ke kota yg dh tak sunyi.. huwaaa.. dislike!