Twitter Facebook Feed

Melukut Di Tepi Gantang

Assalamualaikum...

Jiwa dan ragaku agak sedih minggu ini kerana nyawa dan jantungku tidak boleh berfungsi seperti biasa. Jangan terkejut hingga menyebabkan kamu semua pula kehilangan fungsi jantung dan meragut nyawa. Sajek nak buat gempak. Sebenarnya, my greeny lappy terpaksa melepaskan fungsi salah satu punca nyawanya yang selama ini telah menyumbangkan jasa dan bakti. Apakah itu? Benda yang dimaksudkan di sini adalah BATTERY ADAPTER atau aku sebut charger laptop.
Sebijik macam my greeny lappy.


Kalau dihitung-hitung, masuk malam nie dah tiga hari gak lah my greeny lappy tue tak menjalankan tanggungjawab beliau. Nak disambungkan perkhidmatannya, punca nyawa pula tiada. Nak dimatikan terus pula, tiada duit nak digantikan. Pergh, ada hati nak beli baru tue. Kalau jawapan senang, beli jek lah charger nya kat kedai komputer. Kalaulah boleh camtue, dari saat dia meletup lagi aku dah pi beli. Tapi masalahnya sekarang nie, aku dah usha satu mid valley punya kedai komputer, malang betullah, abang-abang pakar komputer kat sana cakap : Charger laptop inspiron mini memang talak jual wo, kalau u mau, u kena order itu online. Dell memang talak kuar itu barang. Charger untuk laptop besar ada la i jual.


macam nielah kepala charger yg aku nak.

gambaran charger laptop yg dicari

Berderai macam kaca lah saat itu jantung aku. Konon harapan dekat mid valley nie ada jual. Sebab dalam hati tetap berkeras tak mahu pergi itu low yat. Manyak jauh woo. Malas giler kaki nak menapak ke sana. Dengan sakit otot akibat latihan silat lagi. Tak pepasal, ada kang terburai semua isi-isi peha aku nie. Aku buat muka sedih pon abang-abang komputer nie tak layan. Tak bersimpati kah kepada aku yang amat kesian ini. Muka dah abis poyo aku buat still tak mampu meraih simpati abang-abang komputer. Wa amat sedih dan terkilan dengan tindakan mereka ini. Pastu ada lah seorang abang nie cadangkan p lowyat. Konon kat sana segala benda ada. Aku pon dengan paksa rela terpaksalah bersetuju dengan cadangan abang yang baik itu. Dalam hati tuhan saja lah yang tahu betapa malaznya aku nak ke sana.

Plan nak p lowyat petang tadie. Tapi sebelum tue mintak tolong pada sowunk member nie yang memang kaki low yat untuk survey kan charger dell kat sana. Balik-balik jek dia, berita buruk aku terima lagi. Dia cakap, memang takdek kedai yang jual charger laptop dell inspiron mini nie. Mungkin jgak dia cakap dia tak jalan abis kot. Tapi aku nekad membuat rumusan bahawa memang aku takkan jumpe charger laptop nie kecuali kat tempat di mana kilang pengeluaran brand Dell ini. So, aku masih pening nie kerana tidak tahu DI MANAKAH HQ DELL DI KUALA LUMPUR INI?????.

Aku amat tension kerana dalam masa seminggu genting dengan esaimen dan kerja yang amat berlambak ini, aku terpaksa menjadi seorang pelajar yang melukut di tepi gantang. Terpaksalah memaniskan muka dan mempoyokan ayat untuk meraih simpati rakan-rakan seperjuanganku bagi memberi peluang untuk aku meminjam laptop mereka di saat mereka tidur atau tidak menggunakan khidmat laptop. Baru sekarang aku merasai betapa besarnya nikmat laptop ini di saat aku sedang memerlukan dengan esaimen yang bertimbun-timbun.

Oh my greeny lappy. Aku rindu kat kamoo. Bila lah kita boleh bersua dan bermesra semula.

Daaa...adios..salam...

p/s:..maap ayat skema kerana otak terpengaruh dgn esaimen.

p/s:...pic tuan n lappy tiada kerana semua benda dalam lappy tidak bernyawa

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: