Twitter Facebook Feed

DELETE FEELINGS

~cuci mata sat bila semua dah dewasa~

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Benci bila sesuatu yang kita tak mahu ingat tapi asyik sangat nak kunjung dalam otak dan fikiran sehari-hari. Tiap kali muncul jek perkara tue, kompem hati rasa tersangat sedih dan tertekan. Semua kerja yng kita tengah buat asyik terganggu jek. Sikit-sikit rasa nak mengeluh pastue mulalah nak termenung ajek. Apa eh perkara tue?.Of coz lah maenan perasaan bila dah masuk alam dewasa ni.

sahabat luahan

Selalunya bila perkara-perkara macam tue berlaku, kompem akan mulalah segmen untuk memotivasikan diri sendiri. Macam-macam benda and pendekatan yang akan keluar dari otak supaya aku lupakan perkara-perkara yang buat aku rimas tak menentu nie. Kadang-kadang tue macam tak logik jek motibasi diri sendiri yang aku buat tue. Nak bagitaw pe tue macam xsyok lah. Sebab tersangatlah tak logik.

Kadang-kadang tue, aku akan mencipta satu alasan yang begitu menarik supaya takdek lagi orang nak bertanya dengan aku pasal benda-benda perasaan nie. Contohnya macam aku cakap aku tak mahu nak ada perasaan dengan lelaki sekrang nie sebab aku nak cari duda. Hahaha. Aku rasa itulah benda paling cerdik yang pernak kuar kat otak nie. Tapi kan hasilnya macam berkesan jugaklah. Kalau ada orang yang nak dikenenkan, kompem akan stop macam tue ajek sebb diorang pikir aku nak cari duda. Memang lawak tahap cipan dan tapir betollah. So dengan cara macamnielah aku dapat elakkan dari benda- nie semua. Yeah...plan berjaya!!!!

Sebenarnya semua nie disebabkan aku tak mahu berada dalam situasi yang akan membuatkan aku lemas, rimas, tertekan, dilema, lupa daratan, hilang tanggungjawab, pentingkan diri sendiri and so on. Bila diri dah berdepan dengan semua benda tue, kompem yang kuat pon jadie lemah, yang lemah terus lah k.o jawabnya. Mainan perasaan nie bukannya mudah. Nampak memang simple just dia sayang, awak sayang, dia percaya, awak percaya, dia jujur, awak jujur. Then, cakap lebih mudah dari melakukan. Kadang2 tue macam hipokrit jek rasa. Berpura-pura dan sentiasa menipu. Maap ini pandangan aku yg sentiasa negatif pasal perasaan.

Terlalu banyak kisah duka dari kisah suka aku dengar pasal perasaan manusia nie. Maenan perasaan ini memang perlu ditangisi dari dirai. Itu yang aku selalu takutkan dan buatkan aku tak berani untuk berperasaan seperti pasangan-pasangan lain. Cukuplah perasaan aku terhadap keluarga dan rakan. Penat untuk berkongsi perasaan nie. Perasaan pada family pon masih tidak tertanggung, ini hendak tambah perasaan lain. Persediaan mental dan fizikal perlu ada dan sentiasa dimantapkan. Kalau tidak, adalah manusia yang akan menangis malam-malam, tidak lalu makan, muka suram, rambut kusut, mood tak menentu, senang cakap pengurusan diri hancus lah. Seram pula bila dipikirkan macam tue.

~always thinking of them~

Kadang-kadang bagi sesetengah orang nie, soal perasaan tidak boleh dijangka dan datang tanpa disuruh. Tapi bagi aku senang jek ' its takes two to tango' atau 'pokok tak bergoyang jika tiada angin' atau 'bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi'. Maksudnya di sini, sesuatu perkara itu takkan terjadi jika tiada pemangkin untuk menjadikannya. Kalau kita tidak mencari maka sukarlah kita hendak menjumpainya. Tak susah untuk mengelakkannya, cuma perlukan kekuatan hati sahaja. Kalau yakin diri sudah bersedia, bolehlah mencari, tapi kalau diri masih terkapai-kapai dengan matlamat hidup, tanggungjawab terhadap keluarga, toksah lah nak terjerumus dengan mainan perasaan nie. Pegang dua perkara sahaja, sudah cukupkah perasaan kamu terhadap Yang Maha Esa serta Pesuruh-Nya dan sudahkah kamu membalas budi ibu bapa kamu yang bersusah payah membesarkan kamu. Fikir-fikirlah.

Bukanlah nak menghalang daripada ada perasaan, tapi larilah dulu jika hidup itu masih tonggang langgang tak tahu arah tuju. Janganlah dinyusahkan lagi perasaan ibu bapa. Janganlan diseksa batin ibu bapa. Buktikan pada mereka dahulu bahawa kamu semua sudah mampu untuk memikul tanggungjawab dan komitmen lain. Ini lihat member bercouple, kamu pon teringin hendak couple. Sebenarnya couple itu juga tanggungjawab. Bukanlah ikatan perkahwinan yang sah sahaja digelar tanggungjawab. Sedarlah diri sebelum maju ke hadapan memegang tanggungjawab masing-masing.

Bab soal hukum hakam, rasanya tak perlulah nak dihuraikan. Memasing pon dah paham. Apa-apa pon masih akan ada yang bercakap - ' engkau lain, aku lain, ' engkau belum rasa lagi perasaan macam nie', 'kau tak sampai seru lagi, nanti kau rasalah'. Takpon yang jenis nak blame ajek - 'kau nie memilih sangat', 'kau ni demand sangat'. Entah lah. Biarlahlah apa yang dikatakan, asalkan kita tahu niat sebenar kita mengelak dari semua nie. Mungkin kamu semua dah bersedia, dats y lah kamu semua tak kisah nak pikul tanggungjawab lain.

Let u be....


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: