Twitter Facebook Feed

PLAN SENTIASA TAK JADI

Assalamualaikum...

Rindu rumah lah. Lamanya kira-kira nak balik umah nie. Dah mula bosan duduk sini. Kalau nk ikut ramai orang, duk kl nie best sangat. Meriah jek. Tapi sepanjang 3 tahun duk sini tak dek pon rasa meriah tue. Makin bosan dan jemu adalah. Macam blur jek aktiviti apa yang dibuat tiap arie dan hujung minggu. Nak pi beronggeng kompem-kompen lah jauh sekali. Kaki nie bukan lah sepasang anggota yang mat rajin untuk berjalan ke sana sini. Dalam hati memang teringin nak pergi macam-macam tempat. Dah plan cantik-cantik lah plan untuk satu semester. Semua tempat tue adalah tempat yang gah-gah macam genting, sunway piramid @ sunway lagoon, air terjun, i-city dan macam-macam lagi. Tapi tup tup tup bila sampai waktunya nak pergi kompem aku akan tarik diri. Tak tahulah kenapa. Mungkin memang aku dari kecil xdek minat nak
berjalan sana sini kot. Kalau pergi pon, mesti mood macam xbest jek. Entahlah sentiasa berat
hati. Kesian kawan-kawan aku yang beria nak pergi. Walaupun aku tak join sekali, korang tetap akan pergi kan. Tak payah lah pujuk aku yang sememangnya pemalas sangat nak berjalan.


Join satu catering kat klang.
Pengalaman kerja yg pertama

Selalunya,aku memang bersemangat pada permulaan, giler punya semangat lah. Tapi kalau asyik dilengahkan, semangat berkobar-kobar tadi makin pudar. Mungkin aku nie bukan jenis yang suka menunggu lama kot. Mengada betul kan. Suka sangat layan sikap macam tu. Bila tengok member-member balik dari jenjalan, macam ada jeles lah jugak. Ealah, mana tak jeles, macam-macam cerita diorang bawak balik. Seronak dan happy jek. Aku yang tak pergi ni kener lah besarkan telinga untuk mendengar dan tebalkan muka tanya apa yang best kat tempat tue. Tulah, sapa suh xpergi, padan muka, kan dah menyesal.

So, untuk sem baru nie, apa ea aktiviti yang aku dan member-member nak rancang. Ke aku still dengan perangai pemalas aku nie. Dah-dah lah Tot, cubalah pergi bersuka ria sikit. Jangan dok asyik terperuk jek dalam bilik. Jadi, azam tahun baru ini adalah NAK BUAT PLAN VACATION DAN JANGAN CANCEL LAST MINIT!!!. Fighting!

Waktu nie berbakti untuk negara
Human graphic untuk 2nd asean school games

Daaa...adios....salam

p/s: ada rancangan?


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

LEPAS GERAM


Assalamualaikum....

Tetiber malam nie macam nak meluahkan perasaan tak suka, serabut, rimas, menyampah, meluat, benci, serabai, dan segala perasaan yang seangkatan dengannya. Tak tahulah apsal yang aku tak minat benor ngn satu kumpulan nie. Eeeeeeee!!!!!. Memang menyampah lah. Di tambah lagi dengan meluat campur benci. Ingat senang ke aku nak cari pasal ngn orang laen kalau kowunk xcari pasal dengan aku sendiri. Kowunk ader cari pasal x?.Arap tidak ea coz aku syang kowunk. WINK!!


Gambar ini takdek kener mengena dengan entri
saje nk bgtaw nie baru pas gotong royong waktu BIG taun lepas

Reason apasal lah aku tak suker ngn mereka2 nie senang jek. Bagi aku mereka2 nie agak berlagak, perasan bagus,perasan macho a.k.a encem, budget ramai awex tergilakan n segala-galanya. Pastue macam sajek jek nak cari pasal ngn orang lain. Helloooo, kowunk ingat aku terancam ker?. Piiirraahh...xberminat okeh. Toksah lah nak wat pandangan sinis tue, pastue toksah lah jugak nak ujie2, lagi, toksah lah nak cakap slow then gelak kuat2. Konon berlagak cool macam ader mata laen yang datang memerhati. Please lah...Meluat okeh. Kowunk pikir aku nie masuk sekali ke dalam golongan pompuan2 yang minat kowunk 2. Maap lah ea, tak pernah pon terlintas kat pikiran aku nie nak bubuh nama untuk jadi fans korang. Mintak simpang okeh. Satu lagi, bawak2 bertaubatlah dari mengacau orang lain tak tentu pasal. Marah benar gayernyer.

Dahlah, xmoh panjang2. Nanti kang jadie isu. Stop sampai sini jek.



Entri di atas bukan untuk perbalahan. PEACE

Daaa....Adios...Salam

p/s:aku pown ader buat silap..maaplah ea...


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

AKU BERSYUKUR


Assalamualaikum...

Betollah adat kehidupan, kalau kiter berbuat baik dengan orang, InsyaAllah orang tue akn balas balik perbuatan baik kiter nie. Just tunggu lambat atau cepat jek balasan tue akan diterima. Tapi yang penting apabila kita menabur budi dan bakti nie perlulah ikhlas dan tiada keluhan yang keluar. Barulah keberkatan tue akn wujud.


Di saat-saat kami sekeluarga berada dalam kesusahan dan kesempitan hidup, Kau telah menghadiahkan kami ganjaran yang cukup bermakna dan tidak dapat kami bayangkan. Apa yang mampu kami lakukan adalah hanya menadah tangan dan mengucap syukur kepada-Mu sahaja ya Rabbi.

Amin.....

Salam

p/s: tenkiu pak uda sekeluarga...
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

PROSES BANCUH AIR



Assalamualaikum....

Kalau dikira kira, dah 4 kali masak air guner heater. Pas dah masak air satu trip letak pulak dalam jug pastue nak disejukkan. Then masak lagi air untuk trip yang seterusnya. Ngulang2 jek trip air tue. Kalau ikut formula lah kan:


Heater + air xmasak = masak dalam 5 minit

jug + air dah masak = sejukkan dalam 15-20 minit

multi purpose water dispenser

proses membancuh air(malam sikit)

Rutin nie akan sentiasa berulang bila menjelang hari Isnin dan Rabu pada tiap-tiap minggu. Nak taw kenapa hanya isnin n rabu sahaja?.Ini sebab aku ditugaskan untuk menjadi ajk makanan n minuman tuk persatuan silat, so tiap kali ada latihan malam tue, petang2 lagi aku dah kener prepare tuk masak air. Sebenarnya pengerusi suh aku wat jadual saper yang kener bancuh air tiap kali ada latihan silat, tapi memandangkan aku nie amat pemalas nak buat jadual, so dengan rela hatinya aku offer tuk jadi tukang bancuh air. Actuall,y nak buat air tak susah, just nk ngangkat jek yang susah. Berat woo, campur sekali ngn air batu nanti, lagi r berganda beratnya. Namun begitu, ceewwaah aku akan menggunkan kuasa veto ku untuk mengerahkan hero2 silat yang akan terjumpa di tengah jalan untuk menjadi sukarelawan pengangkat air ke gelanggang silat. Takkan tengok jek kan awex angkat air, mesti r kener tunjuk macho sikit. Awex nie dahlah kecik, tgok tong air tue lagi beso daripda dia. Kecian2 lah.


tukang bancuh air

Air yang dijerang pown dah masak, so, mulerlah tugas balik ea.

Daaa..adios...salam....

p/s: nak buat air aper eh malam nie?..sirap selasih???...

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

KISAH LIPAT BAJU


Assalamualaikum...

Hari ahad yang amat mencabar bagi seorang anak dara yang agak pemalas macam aku nie. ~Kantoi sudah~. Apakah cabarannya?. Malu lah pulak nak share kat sinie. Tapi apa boleh buat, aku sudah mula blur nak post entri apa di blog ini. So, apa yang mencabar sangat dengan arie ahad nie?.Tak lain tak bukan, jeng jeng jeng............MELIPAT BAJU.....kihkihkih...

Memang tak tipu lah, proses melipat baju merupakan 1 kerja yang paling aku liat nak buat. Tak kisahlah dekat rumah ataupun dekat hostel nie. Tapi rasanya lipat baju kat rumah tue ader rajin sikit sebab Mem Besar akan bagi arahan lipat, xpon perli2 sikit. Bila dah ader terasa sikit dengan keperlian itu,telinga pown dah agak2 merah, anak dara yang 'agak' rajin nie pown amiklah bakul baju yang bertimbun dengan baju untuk dilipat. Baju kat rumah tak banyak sangat nak dilipat. Kadang-kadang tue boleh kumpul sampai seminggu sebelum dilipat. Ini sebab kat rumah, kitowunk anak beranak lebih suker untuk menggantungkan sahaja baju yang ada. Contoh baju yang digantung adalah tshirt, baju jenjalan, n baju kurung. Even seluar slack pown kitowunk gantung taw. Memang mantooooppp lah kitowunk nie. Mr Abah cakap, lagi senang digantung daripada dilipat. dapat gak jimat ruang. Nak nunggu korang sumer lipat, ada kang jadi bukit baju2 tue sumer. Hehehehe...maap lah abah, angah nie bab2 melipat memang liat giler, law
abah suh ngemas ker, masak ker, angah memang tak yah disuruh. Laju jek buat.

'anak dara yang rajin'


Itu cerita kat rumah, kalau dekat hostel cmner plak?.Uiiiisssshhhhh... lagi lah bertambah pemalasnya. ~ingin diingatkan di sini bahawa bilik saya sentiasa kemas okeh walaupun ada habit malaz melipat baju~ nak jugak tue back up diri sendiri. Kuikuikui. Hari sabtu proses membasuh baju, manakala ahad nya perlulah melipat baju tesebut. Kalau ditangguhkan ada kang makin bertimbun baju tue. Ini pown baru sudah melipat baju yang bertimbun tersebut. Penat gak dok congok kat tepi katil sambil lipat. Sakit2 lutut jadinyer. Nak bersila, xsampai pulak nak amik baju kat atas tilam tue. Tinggi sangat katilnya, tuan badan lak ada masalah tang ketinggian, so terpaksalah tahan sekejap. Sakit pon sakitlah, daripada menyemak baju tue kat atas katil, ank tido pown susah nanti. So sekrang nie, katil saya dah clean n clear daripada sebarang baju yang belom dilipat. Tegang jek tengok cadar. Keunguan. Yeah!!.. tak sangka dapat gak aku melipat baju yang bertimbun. Akhirnya sikap liat lipat baju dapat ditewaskan hari nie. FIGHTING!!!


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

MASIH BERSAHABAT?



Assalamualaikum......

miss u oll guyz!!!

Pabila kita menggelarnya sahabat, maka persahabatan kita perlulah berasaskan dasar sahabat semata-mata. Pabila senang kita mengingatinya, pabila susah kita membantunya. Persahabatan yang terbina tidak akan terlerai walau dihujani dugaan, dikekangi masa. Namun, aku kecewa dengan persahabatan ini, persahabatan antara kau dan aku.

-reunion-

Aku mungkin bukanlah sahabat yang terbaik untuk diri kau. Tapi aku masih menghargai tali persahatan antara kita. Kau dan aku sudah lama bersahabat sejak kita baru belajar mengenal dunia. Kita membesar bersama, bermain bersama, berjalan bersama, bergurau bersama, belajar bersama, makan bersama malahan bergaduh juga bersama. Persahabatan kita ketika itu cukup indah bagiku. Bagai baru semalam kenangan kita bersama. Keikhlasan dalam bersahabat telah kupelajari sejak daripada itu. Kamulah kawanku, kamulah musuhku.

Malangnya, mungkin aku sahaja yang mengingini kebahagian persahabatan kita seperti dulu. Kau seperti tidak mengenaliku lagi. Jauh sungguh dasar persahatan kita telah pergi. Masing-masing membawa haluan sendiri. Kau di jalan kau, aku di destinasi aku. Namun, mengapa aku sahaja yang mengingati erti persahabatan kita ini. Walaupun kita telah jauh dan membawa haluan sendiri, masih terdetik di lubuk hati aku ini untuk bersahabat seperti dahulu kala. Ada kala jua aku ingin menghubungimu, namun kubatalkan hasrat itu kerana ditakuti akan mengganggu mu atau mungkin kamu tidak mahu dihubungi lagi. Aku sendiri tidak pasti dengan anggapanku. Jelas sekali kelihatan aku sengaja mewujudkan propaganda sendiri, namun sebelum ini sudah banyak cubaan yang dilakukan olehku untuk mengutuhkan lagi persahatan kita. Tapi apakah hasilnya?. Kosong. Aku bagaikan bertepuk sebelah tangan.

Aku tahu kamu mungkin ada matlamat dalam hidup untuk dikejar hinggakan terlupa persahabatan antara kita. Oleh itu biarlah kulepaskan persahatan ini andai inilah yang dimahukan olehmu. Berbahagilah kau.

Salam..adios....


p/s:..rindu kawan2...
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

ULSER LIDAH


Assalamualaikum...

Pernah x dalam hidup kowunk kener ulser lidah?. Alah, kadang-kadang orang panggil mata ikan. Bentuk dia macam luka tapi warna putih. Selalunya akan jadie kat dalam mulut. Law kat dalam mulut tue memang lah kerap jadie, tapi kali nie sekali dalam seumur hidup kener kat lidah. Kat hujung2 lidah plak tue. Kalau kener kat dalam mulut bleh ag lah nak bercakap normal, nie kat lidah. Perghhh...susah tue. Tak semener-mener pelat 's' & 'f'. Nak kawal dari sakit, so terpaksalah berpura2 pelat. Bukan lah mengada ngada nak pelat, tapi mmg kener pelatkan jugak. Sakit sesangat tue.


Makan?. Lagilah sakit. Tiap kali ader jek makanan atau minuman yang masuk mulut n terkena kat kawasan ulser tue, memang xboleh nak cakap apa lah sakitnya tue macam mana. Yang mampu hanya mengerang n kuarkan air mata sikit. Tak tahan beb. Sakit giler ulser lidah nie. Rasa macam nak demam jek. Tiap kali sakit memang jadi seram sejuk badan. Nak berkumur susah, nak makan lagilah susah. Tidor pown terganggu gak. Bangun - bangun jek dari tido mmg dah rasa sakit.

Tak boleh dah nak makan dengan berselera
~isk isk isk~

So, memandangkan dah sakit nie, banyak-banyakkanlah minum air masak. Tapi tahan jek lah sakit tue. Nak baek punya pasal lah katakan. Ada member2 cakap letak garam kat tempat ulser tue pown kira bagus gak. Tapi maaplah, tuan punya badan tak sanggup lah. Macam sakit tersangat jek law letak garam. Tak sanggup tak sanggup.

So, apa lagi ea ubat yang boleh diletak kat kawasan ulser tue selain daripada garam?
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Hiidup ini ibarat roda

Assalamualaikum....

Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berpusing. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Kadang kita terhantuk dan kadang kita terngadah. Setiap manusia akan merasai perit jeritnya di bawah dan terhantuk, dan tiap manusia juga akan merai nikmat di atas dan terngadah. Kehidupan ini amat adil. Susunannya amat cantik sekali kerana tiada siapa akan selamanya tertindas, kemurungan, kesesatan, kehancuran, kemaksiatan, kegagalan. Cahaya, nur dan hidayah akan muncul menerangi jalan yang benar, jalan yang menuju kebahagian hakiki.

Manusia sering kali alpa dan lalai dalam menjalani susur kehidupan. Malangnya manusia tidak pernah mencuba untuk mengaku jejak sesat jalannya. Hanya menyalahkan dunia sekeliling, menuding jari ke sana sini. Butakah manusia?. Butakah hatinya?. Kealpaan dan kelalaian manusia melambangkan betapa mereka tidak pernah mensyukuri nkmat dan anugerah yang dihadiahkan. Mohonlah pada yang Esa. Mohonlah agar sentiasa dianugerahi hidayah bagi menumpulkan kealpaan dan kelalaian sifat manusia.

Hidup ibarat roda ini akan sentiasa menjadikan seorang manusia ini berfikir akan kesan dan akibat sesuatu perilaku yang dizahirkan. Kealpaan manusia akan ditebus dengan peringatan. Namun, segelintir manusia masih lagi terperosok dengan kealpaan walaupun peringatan sudah diterima. Gelapkah hatinya?.

Ampunilah ku Ya Allah.


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Berkuasakah selamanya?

Assalamualaikum...
hype semua!!!.. arie nei meruperkan arie yang syok dalam minggu nie. Sebabnyer, pagi2 lagi ketue kelas bagitaw xdek kelas coz pensyarah kitowunk demam n mc. Pastue arie nie kan arie jumaat, kelas pown seperuh ahri jek, so petang automatically FREE!!.yeeehaaaa. Mood memang amat stabil saat nie. Bangun tidoq pown lambat sikit, bangon2 trus amkik tuala n mandi. Pastu p makan kat cafe. Makan2 terus makan tengah hari. Wahh!!. Memang lengkap lah emosi stabil hari nie. Cuma yang xbper nk lengkap tue aderlah disebabkan makanan kat cafe mahal sngat. Nasi separuh + ikan bakar seketul + teh o ais 1 = RM 4.70. Mahal tue. Budget-budget lah kan tuk budak student cm kitowunk nie. berpada lah sikit nak knerkan bayaran. Nak kater x diadu, udah di adukan tpi gitulah hasilnya, still samer lagi. Yang xboleh blahnya, sebelum nie dah dikuatkuasakan larangan penggunaan polistrin n plastik. Tup tup tup tgok tadi, dah ader dah susunan polostrin. Mentang-mentang lah orang yang menguatkuasakan tue dah pencen, kowunk pown sesenang jek ubah peraturan balik. Bermaharajalela ea kamu semua. Abis tue macammana nak seru kempen Go Green nie law kowunk sumer still perangai acuh x acuh. ~cewwwaaaaah~



Tapi betollah orang kater, law orang yang berkuasa itu masih berkuasa, memang dipandang tinggi, tapi kalau dia sudah jatuh ke bawah, tak dek siapa nak pandang. Dikutuk nyer lagi adalah. Macam tuelah lumrah manusia yang sebenarnya suker membodek. Kononnyer law dapat bodek owang atas tue akan menguntungkan pihak mereka yang berkenaan. Aderlah agenda tersendiri yang nak dirancang tue. Manusia2. Memang suker ambil kesempetan atas kesenangan orang lain. ~apekehe melalut sampai sini?




So, aper ea aktiviti tuk arie yang amat membahagiakan ini?.Pikir-pikir, la la la la la.


.................................................
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Gambar waktue cutiey

...Assalamualaikum...


Kan dah bagitaw kat entri sebelum nie nk upload pic sepanjang cutiey. So inilah antara pictures nyer. Tak banyak maner pown yang diambik coz tuan punyer badan mmg bukan camwhore. So take a look lah aper yang patut ea....

1st of all
nie gambar sawah padi depan umah
rsenyer petang kowt pic di tangkap
kalau perasan lah kan, kat ujung gambar tue ader bangunan sikit
law nak taw itulah shopping complex semaloi
~kuikuikui~
actually, tuelah sarang burung yang makin membangun di kampung kami
mmg maju sungguh bebenor


Pic yang kedua nie plak macam tgh berkelah jek
yg canggihnyer kitowunk berkelah kat tepi jaln raya taw
jalan endau-pekan
xmaen-maen taw (iklan p1)
~huhuhuhu~
waktu nie otw nk p gambang waterpark
memandangkan kat sana xbleh bawak masuk makanan
dan disamping mahu berjimat sedikit
kami pown berpakat masak nasi berlauk
then plan makan kat mana2 yang patut
akhirnya inilah tempat pilihan kami
memang mantap tue


Nak jugak tok mak ngikut kitowunk
Sonok sangat

Aku dan Cik akak yang sedap melantak

Inilah kamiey sekeluarga
Mr Abah, Mdm Amiey, Cik Akak n Mr Adeq
peace xpenah lekang

GAMBANG WATERPARK
kan xbleh bawak makanan tue

TOK MAK


melayan si Ammar mandie
pas tue kami yang beso2 dibenarkan untuk pergi maen dikawasan dewasa lak
dengan syarat mandiekan si Ammar dulu
(ammar dalam boya)

.......................................................................................................

Yang ni waktue Juara rakyat kat kg semaloi
xbanyak pic yang diambik
1 nie jek kowt yang rasenyer cantik sikit
cantik ker?

...................................................................................
Waktue nie nak amik akak airport senai
posing depan masjid tue
tapi mmg masjid tue cantik betollah


Mr adeq pown nk gak tue
layankan jek lah

K lah, nie jek kowt pic nk dikongsi. Nanti2 kiter kongsi bebanyak eh.

daaaa....adios.....salam
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Sapu sawang


Assalamualaikum....

wahhh!!!. Giler lamer kan x update belog nie. kire2 macam dah sebulan jek. mentang-mentang lah duk umah, dah tak ingat anak angakt yang sowunk nie. Maap lah anak angkat belog, dok umah mmg terpaksa di anak tirikan. luper kowt per kegiatan yang wajib disempurnakan. Ceeewwwaaah.

Biaserlah kan, law dah duk umah, banyak lah kejernyer. Xkan pernah xdek kejer lah dalam seari tue. belambak bender yg nk dibuat. tapi yang peliknyer, xdek 1 pown bender2 tue di settlekan. Aduss!!!. Memang betollah anak dara nie, suker sangt buat kerjer sekerat jalan. dengan kata laen PEMALAS . ~kuikuikui~

Law dihitung hitung kan, kirenyer nielah 1st entri tuk tahun baru nie. Law nak ucap selamat tahun baru boleh x?. Ker dah basi? Dah 13 hari kowt kiter sumer menyambut tahun baru nie. Dah ramai pown mmber2 yang cukup umor 22 tahun . So kesimpulannya macam poyo jek kan law nk wish selamat tahun baru ~actually bukan ker aku tengah wish nie?~ kompius2.

so, tuk awal tahun nie, kirenyer nk wish besday lah. baru lah nampak x basi sikit. masih suam2 kuku ag. Law dyeowunk dapat call free dri celcom pown, kirenyer masih lagi boleh bergayut. ~motif?~ aku sendiri xpaham...wink..

BELATED BESDAY GIRL
..............................

fadhillah dak smar
achik dak ib
Liemah dak smar

BELATED BESDAY BOY
...........................

Bahari dak smar
azman dak skpat
syed dak smar
sepul dak ib

BECOMING BESDAY
............................

syiqa dak ib
alan dak ib


itu jek kowt. aku pown xbaper nak sure. banyak yang ingat2 luper lah. cmner nie?. nie kes makan semut banyak ker aper?..adusss..Tapi kengkawan, law aku terluper kowunk punyer besdat or becoming besday, maap lah ea. But, law kowunk nak suk aku edit balik entri nie pown bleh gak. just bgtaw aku eh..~bleh eh cmnie?~ entah!!. lantak kamuu lah tot oi..

Sebenarnya macam nk post pic2 sewaktu duk cuti kat umah. tapi pic tue masih x di edit terlebih dahulu. so, pas dah siap edit, akan trus di upload ea. Sabaq na....

K lah. mau start edit itu pic dahulu k....

daaa...adios...salam....
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed