Twitter Facebook Feed

Hiidup ini ibarat roda

Assalamualaikum....

Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berpusing. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Kadang kita terhantuk dan kadang kita terngadah. Setiap manusia akan merasai perit jeritnya di bawah dan terhantuk, dan tiap manusia juga akan merai nikmat di atas dan terngadah. Kehidupan ini amat adil. Susunannya amat cantik sekali kerana tiada siapa akan selamanya tertindas, kemurungan, kesesatan, kehancuran, kemaksiatan, kegagalan. Cahaya, nur dan hidayah akan muncul menerangi jalan yang benar, jalan yang menuju kebahagian hakiki.

Manusia sering kali alpa dan lalai dalam menjalani susur kehidupan. Malangnya manusia tidak pernah mencuba untuk mengaku jejak sesat jalannya. Hanya menyalahkan dunia sekeliling, menuding jari ke sana sini. Butakah manusia?. Butakah hatinya?. Kealpaan dan kelalaian manusia melambangkan betapa mereka tidak pernah mensyukuri nkmat dan anugerah yang dihadiahkan. Mohonlah pada yang Esa. Mohonlah agar sentiasa dianugerahi hidayah bagi menumpulkan kealpaan dan kelalaian sifat manusia.

Hidup ibarat roda ini akan sentiasa menjadikan seorang manusia ini berfikir akan kesan dan akibat sesuatu perilaku yang dizahirkan. Kealpaan manusia akan ditebus dengan peringatan. Namun, segelintir manusia masih lagi terperosok dengan kealpaan walaupun peringatan sudah diterima. Gelapkah hatinya?.

Ampunilah ku Ya Allah.


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: