Twitter Facebook Feed

MASIH BERSAHABAT?



Assalamualaikum......

miss u oll guyz!!!

Pabila kita menggelarnya sahabat, maka persahabatan kita perlulah berasaskan dasar sahabat semata-mata. Pabila senang kita mengingatinya, pabila susah kita membantunya. Persahabatan yang terbina tidak akan terlerai walau dihujani dugaan, dikekangi masa. Namun, aku kecewa dengan persahabatan ini, persahabatan antara kau dan aku.

-reunion-

Aku mungkin bukanlah sahabat yang terbaik untuk diri kau. Tapi aku masih menghargai tali persahatan antara kita. Kau dan aku sudah lama bersahabat sejak kita baru belajar mengenal dunia. Kita membesar bersama, bermain bersama, berjalan bersama, bergurau bersama, belajar bersama, makan bersama malahan bergaduh juga bersama. Persahabatan kita ketika itu cukup indah bagiku. Bagai baru semalam kenangan kita bersama. Keikhlasan dalam bersahabat telah kupelajari sejak daripada itu. Kamulah kawanku, kamulah musuhku.

Malangnya, mungkin aku sahaja yang mengingini kebahagian persahabatan kita seperti dulu. Kau seperti tidak mengenaliku lagi. Jauh sungguh dasar persahatan kita telah pergi. Masing-masing membawa haluan sendiri. Kau di jalan kau, aku di destinasi aku. Namun, mengapa aku sahaja yang mengingati erti persahabatan kita ini. Walaupun kita telah jauh dan membawa haluan sendiri, masih terdetik di lubuk hati aku ini untuk bersahabat seperti dahulu kala. Ada kala jua aku ingin menghubungimu, namun kubatalkan hasrat itu kerana ditakuti akan mengganggu mu atau mungkin kamu tidak mahu dihubungi lagi. Aku sendiri tidak pasti dengan anggapanku. Jelas sekali kelihatan aku sengaja mewujudkan propaganda sendiri, namun sebelum ini sudah banyak cubaan yang dilakukan olehku untuk mengutuhkan lagi persahatan kita. Tapi apakah hasilnya?. Kosong. Aku bagaikan bertepuk sebelah tangan.

Aku tahu kamu mungkin ada matlamat dalam hidup untuk dikejar hinggakan terlupa persahabatan antara kita. Oleh itu biarlah kulepaskan persahatan ini andai inilah yang dimahukan olehmu. Berbahagilah kau.

Salam..adios....


p/s:..rindu kawan2...
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: