Twitter Facebook Feed

Demand dalam memilih pasangan

Assalamualaikum semua...


Kenapa perlu demand dalam mencari pasangan?

Mesti selalu kan korang mengalami persoalan dan kejadian yang berkaitan dengan soalan di atas. Tak kiralah leleki atau perempuan, kedua-dua spesis ini wajib memilih dalam mencari pasangan. Bagi aku lah kan, memilih nie tak salah dan kita wajib memilih dalam merencanakan kehidupan ini. Tapi, toksah lah buat pemilihan sampai terlampau sangat hinggakan menyusahkan orang sekeliling.

Lelaki selalu dikaitkan dengan kata-kata’ mereka yang memilih bukan dipilih’. Dah memang kita semua tahu yang lelaki kat Malaysia nie lebih sikit daripada perempuan(mungkin tanda-tanda dekat kiamat), so untuk pihak perempuan tue perlulah menunggu siapakah gerangan kumbang yang bakal menyunting bunga di taman. Tapi adil ke quote tue?. Mana haknya perempuan untuk memilih kalau lelaki sahaja yang berhak. Tak adil2.

perkahwinan yang bahagia apabila direstui


Kalau lelaki mengidamkan seorang suri yang mampu uruskan rumah tangga dengan pandai memasak, pandai melayan suami, pandai menjalinkan hubungan dengan kedua-dua belah keluarga, pandai mendidik anak, pandai menghilangkan stress suami dan pandai segalanya but of course lelaki akan mencari yang cun dan comel. Tapi lelaki ini sedar tak yang satu sahaja perempuan ini akan mintak, mampukah kamu untuk mengimamkan solat kami dan mampukah untuk menjadi kapten kapal yang bakal belajar?. Kami pihak perempuan tidak meminta lebih sebagaimana kamu idamkan, kami juga tidak mengharapkan aspek fizikal seperti yang kamu dambakan.

Jarang sekali untuk kita berjumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul tidak memandang pada paras fizikal seorang perempuan. Kalau ada yang terlekat pon of course dia dah kenal lama dengan perempuan tue. Nak dapat yang love at first sight based on physical attraction, memang mujur kowt. Lelaki nie suka sangat bagi grade dekat perempuan. Kalau bukan dalam bentuk nombor, tentu sekali dalam bentuk perbandingan.

Tapi aku tak nafikan lah di sini yang perempuan pon sama jek sifatnya dengan lelaki. Bukan semua bunga wangi kan. Pompuan pon ada yang memilih dalam mencari pasangan hidup. Tapi pompuan nie plik sikit, dia nie jenis ada pelbagai jenis kategori pemilihan.

Antara kategori pemilihan yang kaum perempuan pikirkan:

Paras muka seseorang lelaki

Dalam paras muka lelaki nie, tak ramai perempuan yang ambil berat. Ada sesetengah sahaja.Mostly akan cakap, biarlah yang sedap atau sejuk apabila dipandang. Yang hensem macam Aaron Aziz atau Lee Min Ho tue xberapa penting sebabnya, takut dibawa lari oleh orang lain. Susah woo bila dapat suami yang hensem sangat. Tak terjaga kowt. Tak pepasal perempuan tue asyik jadi suspicious pada suami dia. Daripada di tambah dosa, baik cari yang sedap mata memandang sahaja. Selamat dunia akhirat.

Tapi yang memilih untuk mencari yang hensem nie selalunya perempuan tue jenis yang yakin pada diri sendiri. Sebab dia sedar dia cantik plus comey, makanya dia perlu mencari yang sepadan. Lagipon, mestilah diorang akan pikir, ‘bila aku cantik, suami pon hensem, of course lah anak aku nanti cantik and hensem macam papa dan mamanya’. Untungnya bila jadi cantik dan comey nie adalah tak kira siapa yang dia cuba ngorat, pasti akan dapat. Ialah kan, lelaki kan jenis yang nakkan wife or aweks yang cun dan comey jek. Dah ada yang cun menegor, takkan nak jual mahal dan tolak rezeki kan.

Pekerjaan lelaki

Kalau ada sesiapa yang nak match kan dengan seorang lelaki, of course soalan pertamanya adalah, ‘dia kerja apa?’. Bab pekerjaan nie penting taw. Ialah kan, dah nak menanggung anak dara orang, takkan lah tiada pekerjaan yang dapat menjamin masa hidup berkeluarga. Even kerja sebagai tukang kebun pon still dipanggil pekerjaan. Sekurang-kurangnya, si perempuan tahulah yang kamu nie ada usaha untuk menyara keluarga.

Tapi kan, dari segi pekerjaan sebenarnya banyak mempengaruhi soal pemilihan calon suami. Ada antara perempuan yang anti dengan beberapa pekerjaan lelaki yang menyebabkan diorang takkan pandang lelaki dengan pekerjaan sedemikian. Antara contoh pekerjaan yang diorang paling tak suka macam askar dan polis. Entah kenapa lah. Tapi bila aku selidik-selidik, diorang mengatakan bahawa lelaki dengan pekerjaan sedemikian seorang yang gatal, playboy dan menakutkan. Ialah kan, askar dan polis nie macam jarang jumper pompuan, so bile dapat outing sekali sekale tue macam rasa dalam syurga yang dipenuhi dengan bidadari. Jadinyer macam mereka nie terlampau taksub bile terpandang kan pompuan. Mungkin sebab tue kowt ada budak perempuan yang takut. Tapi banyak kes juga yang menyatakan askar dan polis suka mempermainkan perempuan. Dah ramai yang terkena hinggakan jadi fobia nak mencari yang lain. Bagi akulah kan, askar dan polis nie dahlah jarang jumpa pompuan jadienyer, apabila terjumpa pompuan mereka akan automatik menjadi seorang yang gentle dan romantik gila. Kirenya macam mereka nie terlampau menghargai seorang perempuan hinggakan ramai perempuan akan menjadi cair dan menyebabkan si askar dan polis keliru nak memilih yang mana satu. Itulah kadang-kadang mereka terpaksa untuk memutuskan hubungan dengan perempuan. (betul x?). Tapi pepon, ‘need two for tango’.

Perempuan dengan pekerjaan lelaki memang dia pandang serius. Kirenyer standard lelaki terpulang dan bergantung kepada taraf pekerjaannya. Kalau pekerjaan yang macam gempak bunyinya, for sure lah diorang takkan lepaskan. Bagi diorang perkerjaan lelaki tue melambangkan siapa lelaki tue. Tetapi aku memang tak setuju dengan kenyataan ini. Jangan-jangan nama dan pangkat sahaja yang gah, tapi perangai macam setan. Kaki botol, kaki judi dan kaki perempuan. Luaran nampak macam perfect jek terpelajar, tapi dalaman lebih teruk daripada orang yang tak terpelajar. Siapa cakap doktor, engineer, lawyer, pilot tue perfect?.

Poket lelaki

Dah pompuan pandang pekerjaan lelaki, tentulah juga merangkumi faktor pendapatannya. Tapi bab pendapatan nie tak ramai lah yang ambil peduli. Asalkan apa yang diorang nak dan hajati dicapai. Tapi takdek lah aku menyokong mengatakan pompuan bukan materialistik. Perempuan still materialistik tapi tidak semua perempuan macam tue. Nak jumper yang macam tue agak sukarlah dalam hidup zaman moden macam sekarang nie.

Tapi kadang-kadang kesian jugak dengan lelaki. Disebabkan nak ngorat perempuan punya pasal sampai sanggup mengamalkan ‘ biar papa asalkan bergaya’. Gila lah tue. Sanggup bergolok gadai semata-mata nak diterima perempuan. Kirenya bagi lelaki yang ditahap ini macam sifat seorang perempuan yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat membeli produk kecantikan. Tak kisahlah supplement atau make up tools.

Perangai lelaki

Tang aspek nie memang banyak jenis menjadi krterianya. Pelbagai jenis perangai dan sifat yang didambakan oleh perempuan. Kadang-kadang macam tak logik jek. Ada tu nak yang alim, ada gak nak yang sempoi, ada yang nak jenis nakal-nakal cheeky-cheeky, ada gak yang nak jenis nerd skema bercermin mata besar dan banyak lagilah.

Tapi yang sure nya, kebanyakan pompuan sekarang tengah nak mencari lelaki yang romantik dan gentle. Ini semua sebab terpengaruh dengan mamat korea punya pasal. Kalau dulu nak yang macam mamat ompuith. Sekarang, tak maen lah omputih, nak yang jambu pulak. Apalah yang diorang pandang dengan mamat korea eh. (ada kang kener baling ngan hard-fan k-pop).

Ini semua sebab perempuan nie memang sentiasa perlukan belaian, dorongan dan perhatian. Dah memang naluri seorang perempuan perlukan perhatian yang lebih. Jadinya pihak lelaki perlulah memberikan sepenuh perhatian untuk mendapatkan cinta seorang perempuan.

satu dalam seribu

at the end,

Tapi kan, kebanyakannya perkara di atas tidak disokong olehku. Sebab, apa lah hak kita untuk memilih kalau diri sendiri tak mampu nak berikan pilihan yang sebaik mungkin. Nak buat apa tetapkan kriteria pemilihan. Cerminlah diri sendiri sebelum memberikan cermin kepada orang lain. Tak adil kalau kamu sendiri tidak dapat memberikan sepenuhnya kriteria bagi menjadi suri atau kapten dalam keluarga.

Adios...

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Cara-cara membalas dendam kepada ex kamu.

Assalamualaikum semua....

Pernah tak kamu ditinggalkan dan rasa kaum yang meninggalkan korang tue semua nyer jahat dan tak berperikemanusiaan?.

semua kenangan automatik di delete

Sebenarnya, setiap kejadian yang dicipta berlainan antara satu sama lain termasuklah sikap dan perangai mereka. Setiap perempuan berlainan antara jenisnya dan setiap lelaki juga berlainan antara mereka. Untuk berjumpa dengan yang serupa memang susah. Even kembar seiras pon still ada yang berlainan antara mareka. Oleh itu, janganlah kita menganggap setiap jenis perempuan atau lelaki mempunyai sifat yang lain. Mungkin kita sudah memahani seseorang dengan dalam tetapi tidak bermakna orang yang sejenis dengannya mempunyai sifat dan perangai yang sama. Tetapi kita nie sering membuat konklusi awal dengan mengatakan setiap lelaki itu sama dan setiap perempuan itu sama. Kenapa?. Sebab kita pernah dikecewakan oleh seseorang bermakna setiap yang sama jenis dengannya perlu diberi pengajaran atau perlu di-anti-kan?.

Kadang-kadang tue, apabila kita sudah dikecewakan oleh seseorang, pasti di hati ingin membalas dendam. Namun, ada juga yang akan fobia dan takut untuk bercinta lagi. Kalau fobia dan takut nak bercinta lagi, memang selamatlah hidup berlainan jantinya. Tapi apabila ingin membalas dendam?.Pergh, itu yang bahaya. Kerana kecewa dengan seorang perempuan atau lelaki, satu kroni jantina terbabit, akan dimusnahkan. Inilah orang cakap, ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

Balas dendam tue bukan takat mengecewakan jantina lain, tetapi sampai meragut masa depan dan maruah seseorang. Tak ke gila tue. Sampaikan lelaki dan perempaun menjadi playboy dan playgirl tak tentu arah. Konon budget power lah dapat jadi player musnahkan hati pasangan. Apa ea yang diorang rasa bila dapat kecewakan orang lain. Seronok atau puas atau kedua-duanya.

Yang lelaki bila jadi player, diragutnya kesucian anak dara orang, yang perempuan pula bila jadi player dikikisnya harta benda anak teruna orang. Mungkin dalam otak dan fikiran diorang nie mengatakan karma yang menjadikan diorang macam nie. Sebab bila diorang dah dikecewakn, diorang fikir it’s time to them to take revenge. Dah hidup ini umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, so masa membalas dendam nie macam dah dikira sebagai roda di atas dan waktu dia dikecewakan dulu adalah roda di bawah. Tapi diorang tak terpikir ke yang roda tue akan kembali semula ke bawah?. Jangan-jangan lagi teruk sampai roda yang di bawah tue tak nak langsung untuk naek ke atas.

Kenapa mesti apabila dikecewakan, kita akan rasa membuak untuk membalas dendam?. Best sangat ke balas dendam nie?.Korang taw ker balas dendam tue macam mana?. Di sini, macam nak share antara cara-cara balas dendam nie:

  • · Bila sehari jek putus, dah tergedik-gedik nak cari yang baru sebagai pengganti.
  • · Kesemua cerita pasal pasangan, diumpatnyer ke merata tenpat. Konon nak share, sedangkan dalam masa yang sama tak bagi orang lain nak ambil bekas dia. Dikutuknya kaw-kaw sampai tak nampak langsung kebaikan ex nye tue. Bila exnyer tiada pasangan, betapa sukernya hati.
  • · Bila nampak ex dari jauh, mulalah kalut nak cari orang sekeliling tuk menyamar jadi pakwe atau makwe dalam masa satu saat. Bukan main meleset-leset. Eww. Meluat kowt.
  • · Di promote nyer no tepon ex memasing dan suh member-member kacau sampai naek giler nak melayan. Pastue ada buktilah konon, yang si ex nie melayanlah, gedik lah, tak cukup dengan satulah. Last-last ex tue terpaksa give up smpai tukar no tepon.
  • · Di bayarnya kawan untuk mengorat ex dia. Dah dapat, pastu disuruhnya tinggal.
  • · Konon buat baik dengan ex sampailah ex tue rasa yang kamu ni betul-betul nak kembali macam dulu. Last-last ex tue dah jatuh cinta semula, ditinggalnya kaw-kaw sampai ex tue rasa nk bunuh diri.
  • · Di rekanya satu cerita yang mengatakan awek dia sudah tiada kesucian, dan balak dia pernah mengandungkan anak dara orang lain. Sampaikan tiada siapa nak dekat ex memasing nie.
  • · Buat surat layang yang mengatakan ex korang ada masalah penyakit macam penyakit kulit such as kusta, kudis buta dan send kat bakal pasangan mereka
  • · Built up satu website yang menceritakan kecurangan si dia sedangkan sebenarnya koranglah yang curang tue.

Sebenarnya, banyak lagi cara nak balas dendam nie. Tapi macam nak idea baru jek.

Any suggestion?

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Perempuan tak complicated

Assalamualaikum semua..

Selalu kita semua dengar perihal perampuan yang putus cinta, perempuan yang tak dapat menerima hakikat dia ditinggalkan, perempuan yang bunuh diri keran tidak tahan menangnggung kecewa, perempuan yang mengalami tekanan jiwa akibat terlampau tertekan. Jarang kita akan demgar perihal lelaki yang mengalami semua masalah ini. Bukanlan tiada, tapi jarang.

air mata perempuan yang bisa cairkan lelaki

Perempuan ini lemah sangat ke?. Atau lelaki memang seorang yang kuat hinggakan mampu utnuk menyembunyikan perasaan sendiri. Atau mungkin keran ego lelaki yang sukar untuk mengaku dan ekspresikan emosi bahawa mereka sedang kecewa.

Perempuan memang selalu dikaitkan dengan perkataan lemah. Memang. Memang perempuan itu lemah tetapi lemah perempaun berbentuk fizikal tetapi dari segi emosi dan perasaan, perempuan itu lebih kuat daripada lelaki. Kerana wanita merupakan suatu ciptaan Tuhan yang amat unik. Ataupun lelaki suka menggelarkan sebagai complicated.

Perempuan memang sukar dibaca tetapi apabila kamu (lelaki) belajar untuk mengeja dan mahir dalam membaca sifat seorang perempuan, sebenarnya tidaklah complicated mana. Kadang-kadang lelaki ni suka menggunakan alasan perempuan itu complicated sedangkan mereka ini tidak mahu langsung untuk memahami dan mempelajari apa yang ada pada seorang perempuan itu.

tiada alasan nak faham perempuan

Senang cakaplah, lelaki nie sebenarnya malas nak memahami wanita. Yang dia taw, pompuan harus memahami lelaki. Kalau korang nak pompuan memahami korang, korang pon kena lah memhami kami. Janganlah mudah sangat nak hukum pompuan dengan alasan complicated. Cet.

End ...

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Perempuan dan cinta itu buta

Assalamualaikum semua....

Seperti yang dijanjikan, malam ini satu lagi post entry memandangkan semangat rajin sudah kembali semula. Yeehhaa!!..So, apa kesnyer?

Pernah tak dengar kes seorang perempuan yang betul-betul gila pada lelaki. Sampaikan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki tersebut, diterima bulat-bulat.

Senang cakaplah, aku gunakan quote "cinta itu buta". Paham sikitlah kan?

nampak indah jek

Bebaru nie, banyak sangat dengar cerita seorang isteri yang sanggup terima bekas suami dia semula yang semasa berkahwin dulu selalu sangat pukul-pukul, simbah itu simbah ini dan melampaunya sampai iron kulit isteri sendiri. Gila kan?. Entah manusia entah tidak si suami itu. Sampai sanggup buat isteri dia macam tue. Macam tak sayang bini jek gayernyer. Kalau ikut kata-kata P.Ramlee 'siapa tak sayang bini oi'. Tapi kali nie punya kes, 'sapa tak nak buli@dera isteri oi'. Manusia bernama lelaki apabila sudah menjadi suami. Namun of course lah aku tekankan kat sini, tak semua lelaki macam tue. Tapi, kita pernah dengar tak si isteri membelasah suami?. Xpernah kan?..Tapi kalau kamoo semua pernah dengar, cerita lah sikit. Manalah tahu pengetahuan am aku kureng sikit. Berikutan kes itu, aku dapat taw yang mereka bercerai. Namun begitu, dalam tempon idah tu didapati si isteri telah kembali semula ke pangkuan suaminya. Waahh!!. Penangan cinta tu, sampai apa yang si suami buat dulu-dulu terus dilupakan. Macam tiada apa yang berlaku antara mereka. Itu disebabkan cinta atau kasihan atau fitrah suami isteri?.

manis

So, kat sinilah yang paling aku pelik dengan seorang manusia yang dinamakan perempuan. Maaflah, hal lelaki itu nanti lah aku kupaskan. Sebab sekarang nie aku still wondering kenapa perempuan sanggup menerima seseorang atas dasar cinta sedangkan dia dah cukup merana dengan CINTA lelaki tersebut. Sedih kowt perempuan nie. Melampau ke kalau aku cakap 'pathetic'. (Maaf). Memanglah kat Malaysia nie jumlah lelaki yang wajar dijadikan calon suami tidak ramai hinggakan si suami boleh berkahwin dari satu. (Setakat nie aku still positif dengan isu monopoli). Tapi wahai perempuan sekalian, kenapalah kamoo semua mesti menjadi lemah apabila berhadapan dengan CINTA. Janganlah berpegang pada prinsip cinta itu buta. Kerana prinsip itulah apa yang busuk dikatakan wangi, apa yang buruk dikatakan indah, apa yang salah dikatakan betul, apa yang jauh dirasakan dekat dan apa yang salah dianggap wajar. Apa nie?. Tak kool lah. Menganggap cinta itu adalah segala-galanya. Mengagungkan perkara yang tak wajar unless lah kalau mengagungkan CINTA KEPADA ALLAH. Tang tu memang tak boleh nak disangkallah.

Biarlah akal yang berfikir janganlah memudahkan urusan dengan ikut kata hati. Logik dan sense boleh digabungkan taw.

Mahu stop sebentar kerana rasa mengantuk yang teramat. Entri berikutnya akan disambung ea. Maaf.


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

Memang pemalas

Assalamualaikum semua....


Maaflah sebab dah lama entri tak diupdate. Bukan apa, mood nak mengarang macam hilang jek. Lebih-lebih lagi sibuk dengan praktikum, laporan and so on. Tapi tak tipulah, disebabkan praktikum yang amat tension dan fade up tu, telah menjadikan aku begitu malas nak update apa-apa cerita kat blog nie. Bukan itu ajek, jerawat yang selama nie malas nak berternak atas muka dan rajin dah, siap boleh buat kebun ternakan jerawat. Aduslah. Stress praktikum punya pasal lah katakan. So, bila dah sebulan tak muncul-muncul jugak mood tue, akhirnya terbengkalailah blog inie macam tak berpenghuni.

belum lagi dua bulan praktikum


So, awat tetiber terajin balik nie?. Actually, sekarang nie tengah cuti sem tapi bukalah macam budak-budak unibersiti tue. Mereka-mereka dapat cutiey empat bulan, aku?. Cet, just tiga minggu jek. Apalah IPG nie, xmahu tue nak selaraskan cutiey. Ini mesti kes jeles nie. Nyampah lah. Jadienyer, bila dah cutiey nie, hati pon tenang, jerawat pon kurang, nak menulis pon senang. Tapi masalahnye sekarang nie, cutie berbaki 3 hari jek. Awat baru hari nie update entri. Nak kata tak surf tenet, hari-hari dok ngadap 24/7. Nak kata hati tak tenteram, macam cool jek dek asyik hari-hari kena tampar dengan angin sawah padi. So, apa masalahnya?. Macam nielah, aku nie dah kena sedar diri yang bahawasanya aku nie sebenarnya dari azali lagi pemalas. Kan senang. Takpayahlah nak cari sebab sebab lain. Dah ternyata taw. Nie sebab dah nak masuk belajar semula, so kenelah baiasakan diri dengan menaip sesuatu yang panjang berjela. Speed type pon dah makin slow. Macam mana nak mengalahkan mak yang sememangnya power dalam menaip laju kalau dok asyik malaz jek. Ini bukak tenet baca blog orang lain jek. Cursor jek yang bergerak laju, jari-jari yang halus mulus malaz nak berjalan. Cet pooraaahh!!.


aku macam nie ke?


So, entri dah diupdate, hati pon jadi makin senang. Tengoklah malam nanti ea, ingatkan nak update satu entri respon daripada baca blog orang lain.
Itu jek...

Sekian...daaaaa
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed