Twitter Facebook Feed

Demand dalam memilih pasangan

Assalamualaikum semua...


Kenapa perlu demand dalam mencari pasangan?

Mesti selalu kan korang mengalami persoalan dan kejadian yang berkaitan dengan soalan di atas. Tak kiralah leleki atau perempuan, kedua-dua spesis ini wajib memilih dalam mencari pasangan. Bagi aku lah kan, memilih nie tak salah dan kita wajib memilih dalam merencanakan kehidupan ini. Tapi, toksah lah buat pemilihan sampai terlampau sangat hinggakan menyusahkan orang sekeliling.

Lelaki selalu dikaitkan dengan kata-kata’ mereka yang memilih bukan dipilih’. Dah memang kita semua tahu yang lelaki kat Malaysia nie lebih sikit daripada perempuan(mungkin tanda-tanda dekat kiamat), so untuk pihak perempuan tue perlulah menunggu siapakah gerangan kumbang yang bakal menyunting bunga di taman. Tapi adil ke quote tue?. Mana haknya perempuan untuk memilih kalau lelaki sahaja yang berhak. Tak adil2.

perkahwinan yang bahagia apabila direstui


Kalau lelaki mengidamkan seorang suri yang mampu uruskan rumah tangga dengan pandai memasak, pandai melayan suami, pandai menjalinkan hubungan dengan kedua-dua belah keluarga, pandai mendidik anak, pandai menghilangkan stress suami dan pandai segalanya but of course lelaki akan mencari yang cun dan comel. Tapi lelaki ini sedar tak yang satu sahaja perempuan ini akan mintak, mampukah kamu untuk mengimamkan solat kami dan mampukah untuk menjadi kapten kapal yang bakal belajar?. Kami pihak perempuan tidak meminta lebih sebagaimana kamu idamkan, kami juga tidak mengharapkan aspek fizikal seperti yang kamu dambakan.

Jarang sekali untuk kita berjumpa dengan seorang lelaki yang betul-betul tidak memandang pada paras fizikal seorang perempuan. Kalau ada yang terlekat pon of course dia dah kenal lama dengan perempuan tue. Nak dapat yang love at first sight based on physical attraction, memang mujur kowt. Lelaki nie suka sangat bagi grade dekat perempuan. Kalau bukan dalam bentuk nombor, tentu sekali dalam bentuk perbandingan.

Tapi aku tak nafikan lah di sini yang perempuan pon sama jek sifatnya dengan lelaki. Bukan semua bunga wangi kan. Pompuan pon ada yang memilih dalam mencari pasangan hidup. Tapi pompuan nie plik sikit, dia nie jenis ada pelbagai jenis kategori pemilihan.

Antara kategori pemilihan yang kaum perempuan pikirkan:

Paras muka seseorang lelaki

Dalam paras muka lelaki nie, tak ramai perempuan yang ambil berat. Ada sesetengah sahaja.Mostly akan cakap, biarlah yang sedap atau sejuk apabila dipandang. Yang hensem macam Aaron Aziz atau Lee Min Ho tue xberapa penting sebabnya, takut dibawa lari oleh orang lain. Susah woo bila dapat suami yang hensem sangat. Tak terjaga kowt. Tak pepasal perempuan tue asyik jadi suspicious pada suami dia. Daripada di tambah dosa, baik cari yang sedap mata memandang sahaja. Selamat dunia akhirat.

Tapi yang memilih untuk mencari yang hensem nie selalunya perempuan tue jenis yang yakin pada diri sendiri. Sebab dia sedar dia cantik plus comey, makanya dia perlu mencari yang sepadan. Lagipon, mestilah diorang akan pikir, ‘bila aku cantik, suami pon hensem, of course lah anak aku nanti cantik and hensem macam papa dan mamanya’. Untungnya bila jadi cantik dan comey nie adalah tak kira siapa yang dia cuba ngorat, pasti akan dapat. Ialah kan, lelaki kan jenis yang nakkan wife or aweks yang cun dan comey jek. Dah ada yang cun menegor, takkan nak jual mahal dan tolak rezeki kan.

Pekerjaan lelaki

Kalau ada sesiapa yang nak match kan dengan seorang lelaki, of course soalan pertamanya adalah, ‘dia kerja apa?’. Bab pekerjaan nie penting taw. Ialah kan, dah nak menanggung anak dara orang, takkan lah tiada pekerjaan yang dapat menjamin masa hidup berkeluarga. Even kerja sebagai tukang kebun pon still dipanggil pekerjaan. Sekurang-kurangnya, si perempuan tahulah yang kamu nie ada usaha untuk menyara keluarga.

Tapi kan, dari segi pekerjaan sebenarnya banyak mempengaruhi soal pemilihan calon suami. Ada antara perempuan yang anti dengan beberapa pekerjaan lelaki yang menyebabkan diorang takkan pandang lelaki dengan pekerjaan sedemikian. Antara contoh pekerjaan yang diorang paling tak suka macam askar dan polis. Entah kenapa lah. Tapi bila aku selidik-selidik, diorang mengatakan bahawa lelaki dengan pekerjaan sedemikian seorang yang gatal, playboy dan menakutkan. Ialah kan, askar dan polis nie macam jarang jumper pompuan, so bile dapat outing sekali sekale tue macam rasa dalam syurga yang dipenuhi dengan bidadari. Jadinyer macam mereka nie terlampau taksub bile terpandang kan pompuan. Mungkin sebab tue kowt ada budak perempuan yang takut. Tapi banyak kes juga yang menyatakan askar dan polis suka mempermainkan perempuan. Dah ramai yang terkena hinggakan jadi fobia nak mencari yang lain. Bagi akulah kan, askar dan polis nie dahlah jarang jumpa pompuan jadienyer, apabila terjumpa pompuan mereka akan automatik menjadi seorang yang gentle dan romantik gila. Kirenya macam mereka nie terlampau menghargai seorang perempuan hinggakan ramai perempuan akan menjadi cair dan menyebabkan si askar dan polis keliru nak memilih yang mana satu. Itulah kadang-kadang mereka terpaksa untuk memutuskan hubungan dengan perempuan. (betul x?). Tapi pepon, ‘need two for tango’.

Perempuan dengan pekerjaan lelaki memang dia pandang serius. Kirenyer standard lelaki terpulang dan bergantung kepada taraf pekerjaannya. Kalau pekerjaan yang macam gempak bunyinya, for sure lah diorang takkan lepaskan. Bagi diorang perkerjaan lelaki tue melambangkan siapa lelaki tue. Tetapi aku memang tak setuju dengan kenyataan ini. Jangan-jangan nama dan pangkat sahaja yang gah, tapi perangai macam setan. Kaki botol, kaki judi dan kaki perempuan. Luaran nampak macam perfect jek terpelajar, tapi dalaman lebih teruk daripada orang yang tak terpelajar. Siapa cakap doktor, engineer, lawyer, pilot tue perfect?.

Poket lelaki

Dah pompuan pandang pekerjaan lelaki, tentulah juga merangkumi faktor pendapatannya. Tapi bab pendapatan nie tak ramai lah yang ambil peduli. Asalkan apa yang diorang nak dan hajati dicapai. Tapi takdek lah aku menyokong mengatakan pompuan bukan materialistik. Perempuan still materialistik tapi tidak semua perempuan macam tue. Nak jumper yang macam tue agak sukarlah dalam hidup zaman moden macam sekarang nie.

Tapi kadang-kadang kesian jugak dengan lelaki. Disebabkan nak ngorat perempuan punya pasal sampai sanggup mengamalkan ‘ biar papa asalkan bergaya’. Gila lah tue. Sanggup bergolok gadai semata-mata nak diterima perempuan. Kirenya bagi lelaki yang ditahap ini macam sifat seorang perempuan yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat membeli produk kecantikan. Tak kisahlah supplement atau make up tools.

Perangai lelaki

Tang aspek nie memang banyak jenis menjadi krterianya. Pelbagai jenis perangai dan sifat yang didambakan oleh perempuan. Kadang-kadang macam tak logik jek. Ada tu nak yang alim, ada gak nak yang sempoi, ada yang nak jenis nakal-nakal cheeky-cheeky, ada gak yang nak jenis nerd skema bercermin mata besar dan banyak lagilah.

Tapi yang sure nya, kebanyakan pompuan sekarang tengah nak mencari lelaki yang romantik dan gentle. Ini semua sebab terpengaruh dengan mamat korea punya pasal. Kalau dulu nak yang macam mamat ompuith. Sekarang, tak maen lah omputih, nak yang jambu pulak. Apalah yang diorang pandang dengan mamat korea eh. (ada kang kener baling ngan hard-fan k-pop).

Ini semua sebab perempuan nie memang sentiasa perlukan belaian, dorongan dan perhatian. Dah memang naluri seorang perempuan perlukan perhatian yang lebih. Jadinya pihak lelaki perlulah memberikan sepenuh perhatian untuk mendapatkan cinta seorang perempuan.

satu dalam seribu

at the end,

Tapi kan, kebanyakannya perkara di atas tidak disokong olehku. Sebab, apa lah hak kita untuk memilih kalau diri sendiri tak mampu nak berikan pilihan yang sebaik mungkin. Nak buat apa tetapkan kriteria pemilihan. Cerminlah diri sendiri sebelum memberikan cermin kepada orang lain. Tak adil kalau kamu sendiri tidak dapat memberikan sepenuhnya kriteria bagi menjadi suri atau kapten dalam keluarga.

Adios...

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

1 comments:

aien said...

terbaik!! i like.. ^_^