Twitter Facebook Feed

Cara-cara membalas dendam kepada ex kamu.

Assalamualaikum semua....

Pernah tak kamu ditinggalkan dan rasa kaum yang meninggalkan korang tue semua nyer jahat dan tak berperikemanusiaan?.

semua kenangan automatik di delete

Sebenarnya, setiap kejadian yang dicipta berlainan antara satu sama lain termasuklah sikap dan perangai mereka. Setiap perempuan berlainan antara jenisnya dan setiap lelaki juga berlainan antara mereka. Untuk berjumpa dengan yang serupa memang susah. Even kembar seiras pon still ada yang berlainan antara mareka. Oleh itu, janganlah kita menganggap setiap jenis perempuan atau lelaki mempunyai sifat yang lain. Mungkin kita sudah memahani seseorang dengan dalam tetapi tidak bermakna orang yang sejenis dengannya mempunyai sifat dan perangai yang sama. Tetapi kita nie sering membuat konklusi awal dengan mengatakan setiap lelaki itu sama dan setiap perempuan itu sama. Kenapa?. Sebab kita pernah dikecewakan oleh seseorang bermakna setiap yang sama jenis dengannya perlu diberi pengajaran atau perlu di-anti-kan?.

Kadang-kadang tue, apabila kita sudah dikecewakan oleh seseorang, pasti di hati ingin membalas dendam. Namun, ada juga yang akan fobia dan takut untuk bercinta lagi. Kalau fobia dan takut nak bercinta lagi, memang selamatlah hidup berlainan jantinya. Tapi apabila ingin membalas dendam?.Pergh, itu yang bahaya. Kerana kecewa dengan seorang perempuan atau lelaki, satu kroni jantina terbabit, akan dimusnahkan. Inilah orang cakap, ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

Balas dendam tue bukan takat mengecewakan jantina lain, tetapi sampai meragut masa depan dan maruah seseorang. Tak ke gila tue. Sampaikan lelaki dan perempaun menjadi playboy dan playgirl tak tentu arah. Konon budget power lah dapat jadi player musnahkan hati pasangan. Apa ea yang diorang rasa bila dapat kecewakan orang lain. Seronok atau puas atau kedua-duanya.

Yang lelaki bila jadi player, diragutnya kesucian anak dara orang, yang perempuan pula bila jadi player dikikisnya harta benda anak teruna orang. Mungkin dalam otak dan fikiran diorang nie mengatakan karma yang menjadikan diorang macam nie. Sebab bila diorang dah dikecewakn, diorang fikir it’s time to them to take revenge. Dah hidup ini umpama roda, sekejap di atas, sekejap di bawah, so masa membalas dendam nie macam dah dikira sebagai roda di atas dan waktu dia dikecewakan dulu adalah roda di bawah. Tapi diorang tak terpikir ke yang roda tue akan kembali semula ke bawah?. Jangan-jangan lagi teruk sampai roda yang di bawah tue tak nak langsung untuk naek ke atas.

Kenapa mesti apabila dikecewakan, kita akan rasa membuak untuk membalas dendam?. Best sangat ke balas dendam nie?.Korang taw ker balas dendam tue macam mana?. Di sini, macam nak share antara cara-cara balas dendam nie:

  • · Bila sehari jek putus, dah tergedik-gedik nak cari yang baru sebagai pengganti.
  • · Kesemua cerita pasal pasangan, diumpatnyer ke merata tenpat. Konon nak share, sedangkan dalam masa yang sama tak bagi orang lain nak ambil bekas dia. Dikutuknya kaw-kaw sampai tak nampak langsung kebaikan ex nye tue. Bila exnyer tiada pasangan, betapa sukernya hati.
  • · Bila nampak ex dari jauh, mulalah kalut nak cari orang sekeliling tuk menyamar jadi pakwe atau makwe dalam masa satu saat. Bukan main meleset-leset. Eww. Meluat kowt.
  • · Di promote nyer no tepon ex memasing dan suh member-member kacau sampai naek giler nak melayan. Pastue ada buktilah konon, yang si ex nie melayanlah, gedik lah, tak cukup dengan satulah. Last-last ex tue terpaksa give up smpai tukar no tepon.
  • · Di bayarnya kawan untuk mengorat ex dia. Dah dapat, pastu disuruhnya tinggal.
  • · Konon buat baik dengan ex sampailah ex tue rasa yang kamu ni betul-betul nak kembali macam dulu. Last-last ex tue dah jatuh cinta semula, ditinggalnya kaw-kaw sampai ex tue rasa nk bunuh diri.
  • · Di rekanya satu cerita yang mengatakan awek dia sudah tiada kesucian, dan balak dia pernah mengandungkan anak dara orang lain. Sampaikan tiada siapa nak dekat ex memasing nie.
  • · Buat surat layang yang mengatakan ex korang ada masalah penyakit macam penyakit kulit such as kusta, kudis buta dan send kat bakal pasangan mereka
  • · Built up satu website yang menceritakan kecurangan si dia sedangkan sebenarnya koranglah yang curang tue.

Sebenarnya, banyak lagi cara nak balas dendam nie. Tapi macam nak idea baru jek.

Any suggestion?

Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

2 comments:

aien said...

haha.. macam2 cara ada kan bila nk balas dendam.. but for me.. yang paling power adalah.. bagi ex kita tengok yang kita sebenarnya lebih happy tanpa dia... hehehe..

but the most important is.. maafkan.. itu punca ketenangan..

p/s : mcm ckp dr pengalaman je kan? haha

Anonymous said...

xpyah la balas2 dendam..let gone b by gone...law asyik nk bls dendam nmpk sangat xblh trime knyataan....trime ape y ditakdirkan n terusnkan perjalanan...:)