Twitter Facebook Feed

Perempuan dan cinta itu buta

Assalamualaikum semua....

Seperti yang dijanjikan, malam ini satu lagi post entry memandangkan semangat rajin sudah kembali semula. Yeehhaa!!..So, apa kesnyer?

Pernah tak dengar kes seorang perempuan yang betul-betul gila pada lelaki. Sampaikan apa sahaja yang dilakukan oleh lelaki tersebut, diterima bulat-bulat.

Senang cakaplah, aku gunakan quote "cinta itu buta". Paham sikitlah kan?

nampak indah jek

Bebaru nie, banyak sangat dengar cerita seorang isteri yang sanggup terima bekas suami dia semula yang semasa berkahwin dulu selalu sangat pukul-pukul, simbah itu simbah ini dan melampaunya sampai iron kulit isteri sendiri. Gila kan?. Entah manusia entah tidak si suami itu. Sampai sanggup buat isteri dia macam tue. Macam tak sayang bini jek gayernyer. Kalau ikut kata-kata P.Ramlee 'siapa tak sayang bini oi'. Tapi kali nie punya kes, 'sapa tak nak buli@dera isteri oi'. Manusia bernama lelaki apabila sudah menjadi suami. Namun of course lah aku tekankan kat sini, tak semua lelaki macam tue. Tapi, kita pernah dengar tak si isteri membelasah suami?. Xpernah kan?..Tapi kalau kamoo semua pernah dengar, cerita lah sikit. Manalah tahu pengetahuan am aku kureng sikit. Berikutan kes itu, aku dapat taw yang mereka bercerai. Namun begitu, dalam tempon idah tu didapati si isteri telah kembali semula ke pangkuan suaminya. Waahh!!. Penangan cinta tu, sampai apa yang si suami buat dulu-dulu terus dilupakan. Macam tiada apa yang berlaku antara mereka. Itu disebabkan cinta atau kasihan atau fitrah suami isteri?.

manis

So, kat sinilah yang paling aku pelik dengan seorang manusia yang dinamakan perempuan. Maaflah, hal lelaki itu nanti lah aku kupaskan. Sebab sekarang nie aku still wondering kenapa perempuan sanggup menerima seseorang atas dasar cinta sedangkan dia dah cukup merana dengan CINTA lelaki tersebut. Sedih kowt perempuan nie. Melampau ke kalau aku cakap 'pathetic'. (Maaf). Memanglah kat Malaysia nie jumlah lelaki yang wajar dijadikan calon suami tidak ramai hinggakan si suami boleh berkahwin dari satu. (Setakat nie aku still positif dengan isu monopoli). Tapi wahai perempuan sekalian, kenapalah kamoo semua mesti menjadi lemah apabila berhadapan dengan CINTA. Janganlah berpegang pada prinsip cinta itu buta. Kerana prinsip itulah apa yang busuk dikatakan wangi, apa yang buruk dikatakan indah, apa yang salah dikatakan betul, apa yang jauh dirasakan dekat dan apa yang salah dianggap wajar. Apa nie?. Tak kool lah. Menganggap cinta itu adalah segala-galanya. Mengagungkan perkara yang tak wajar unless lah kalau mengagungkan CINTA KEPADA ALLAH. Tang tu memang tak boleh nak disangkallah.

Biarlah akal yang berfikir janganlah memudahkan urusan dengan ikut kata hati. Logik dan sense boleh digabungkan taw.

Mahu stop sebentar kerana rasa mengantuk yang teramat. Entri berikutnya akan disambung ea. Maaf.


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: