Twitter Facebook Feed

Ragam orang pekan desa


Assalamualaikum semua...

Dalam dua minggu berturut-turut ini, hidup sentiasa berteman dengan perjalanan pergi balik dari singgahsana desa ke pekan menggila. Pengembaraan yang mencuri masa 30 minit setiap perjalanan memberikan gambaran pelbagai karenah dan ragam manusia.


Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Suka dengan bait-bait pantun yang mampu mencerminkan dengan hakiki maksud yang tersirat. Maksudnya sudah tersurat dan mudah difahami oleh sesiapa yang membaca atau mendengarnya. Ya, memang. Banyak orang memang banyak ragamnya. Terlalu variasi dan pelbagai.

Perjalanan menaiki kenderaan yang mampu mengangkut puluhan manusia sekaligus tanpa di saman oleh pihak berkuasa. Puluhan. Bermaksud banyak dan puluh. Bukan sa tapi puluh iaitu berada di kedudukan kedua daripada kiri nombor. Banyak bukan. Jari tangan pun hanya boleh menghulur sepuluh jari sahaja. Ditambah pula jari kaki yang hanya dapat mencukupkan korum 20. Nampak banyak, namun amaun ini masih tidak dapat menandingi jumlah penumpang kenderaan yang dinaiki sepanjang pengembaraan singkat ini.


Jika kenderaan yang majoriti kita naiki seperti kereta, dan diambil contoh pula kereta kancil, paling maksima mungkin dapat mencecah 8 orang satu kereta. Itupun adalah jumlah lima orang dewasa dan 3 kanak-kanak yang ringan dan kecil untuk diriba. Bayangkan pula penumpang yang seharusnya menaiki kenderaan ini yang hadnya perlu 29 orang tetapi pada satu-satu ketika, ia mampu untuk memunggah lebih sekali ganda mahupun dua. Hampir mencecah 40 orang dalam satu-satu perjalanan. Dan antara mausia yang menyumbangkan jumlah had maksima penumpang kenderaan ini adalah aku sendiri.


Omnibus. Bas yang membawa manusia yang tiada kenderaan untuk bergerak jauh, tiada lesen untuk membenarkan memandu di atas jalan raya dan membawa manusia yang mungkin sahaja mahu mengurangkan perbelanjaan. Harga sekeping kertas yang bergelar tiket mencecah 3.90 bagi dewasa. Berbeza dengan RapidKL yang hanya memerlukan sekeping duit kertas 1.00 bagi setiap perjalanan. Ingat. Ini bukan Kuala Lumpur. Jangan dibanding harga.

Melalut


***********************************************************

Bukanlah mahu menceritakan tentang Omnibus, tiket mahupun harga. Tidak penting di situ. Pengalaman berada di dalam Omnibus itu sendiri yang memberikan seribu satu makna dek kerana karenah manusia yang pelbagai.


Banyak udang banyak garam
Banyak orang banyak ragam

Pantun di atas diulang kembali. Bait-bait puisi indah ini terbit apabila diri sendiri tersengih sendirian melihat ragam manusia. Peringkat umur yang pelbagai dari anak kecil dalam hari hingga manusia memegang tongkat dan berambut keseluruhan putih suci. Dari kulit muka yang tegang tiada celaan hingga kulit muka yang berkedut pelbagai garisan usia.



Si kecil tentulah dengan perangainya yang suka merengek, menangis dan bercakap tanpa henti. Mulut si ibu pula tentunya meminta si anak mendiamkan diri. Tak mudah juga yang masih mampu melayan setiap pertanyaan anaknya walaupun soalan yang ditanya adalah sama dalam selang masa yang berturut. Kepetahan si kecil kadang-kadang menyumbang kepada senyum sumbing penumpang-penumpang lain. Memandang sesama sendiri sebagai tanda mereka mendengar perkara yang sama dan mencapai satu konlkusi yang serupa.


Gadis-gadis remaja pula sedang aktif bersukan tangan menekan setiap kekunci telefon mereka. Mata dan tangan tiak berganjak dari menatap skrin telefon dan hanya kadang-kadanag memandang sekeliling pabila pesanan yang dihantar menanti untuk di balas. Kedengaran bunyi sahaja, teruslah menekan-nekan kekunci menunjukkan kepantasan jari dalam menaip setiap kekuncii 1-9 bagi mencipta ayat, perkataan dan frasa yang membawa pelbagai maksud.

Ada juga anak gadis yang tidak menghiraukan perkembangan semasa berasaskan kecanggihan telefon yang ada untuk bertanya khabar dengan hanya menggunakan medan Short Message System , mungkin tiada siapa yang mahu bertanya khabar sebagaimana si gadis lain. Walaupun tidak sebegitu, mereka tetap gembira dan sakan berceloteh sesama sendiri. Mungkin bercerita tentang kawan lelaki di sekolah yang telah mencuri hati mereka. Apa yang dilakukan lelaki tersebut padanya. Dia tersenyum padaku, dia berselisih denganku, dia memakai warna baju yang sama denganku. Oh indahnya zaman remaja. Tiap apa yang terjadi pada mereka sangat manis untuk dikenangkan dan diceritakan pada semua rakan-rakan. Tanda bahawa mereka bakal berpunya. Sekeliling pula ada yang meggeleng, ada yang tersengih geli hati. Mungkin mengenangkan zaman remaja mereka yang sama seperti itu.

Anak bujang lelaki pula sibuk bercerita tentang kenderaan yang berselisih dengan bas yang dinaiki ini. Ada juga yang hanya termenung melihat gadis-gadis comel yang berdiri bercerita mengenai lelaki masing-masing. Nampak seperti tidak menumpukan perhatian, tetapi muka berkerut nampak seperti berfikir. Entah apa yang difikirkan. Tidak mudah juga yang cuba mengacau gadis-gadis tersebut dengan menyampuk beberapa perkara yang dibincangkan gadis hinggakan si gadis mengekek ketawa dan menjeling si bujang tadi. Respon baik. Untuk melihat si bujang lelaki mengeluarkan PSP atau mp3, memang agak mustahil di dalam suasana Omnibus ini. Bukanlah tidak mahu menunjuk, tetapi kemampuan untuk mendapatkannya agak sukar. Ini pekan kecil, bukan bandar besar.


Makcik-makcik yang berada di kerusi depan pula sangat gembira dengan perjalanan ini. Suara mereka bercerita bagaikan henadak disampaikan kepada setiap penumpang. Mereka bukan sahaja menegur sesama umur mereka. Tiap anak gadis, anak bujang, , anak kecil, mak-mak dan abah-abah juga ditegurnya. Tidak kiralah soalan apa yang ingin terkeluar di mulut aktif mereka, dengan lancarnya mereka mengutarakan. Antara soalan kegemaran, siapa nama?, nak pergi mana?, anak siapa?, dengan siapa?, berapa umur?, belajar mana?. Jika jawapan yang diberikan dirasakan terdapat kaitan dengannya, maka pertanyaan itu tidak akan berhenti di situ sahaja. Akan diselidik latar belakang untuk mencari salah silah keturunan. Terbongkarlah satu persatu rahsia susur galur keluarga. Akhirnya, mengaku saudaralah mereka. Pabila maklumat-maklumat itu diperolehi, maka akan disampaikan kepada rakan di sebelah untuk menyatakan tentang keluarga si yang di anggap saudara itu. Lucu rasanya. Satu bas sudah mengetahui bahawa mereka adalah saudara.


Pelbagai ragam lagi dapat dilihat jika berada di dalam bas desa pekan ini. Ragam-ragam ini bukanlah masing-masing membuat hal tersendiri. Mereka tentunya akan cuba berkomunikasi dengan penumpang-penumpang lain yang mencetuskan suasana yang lucu dalam setiap perjalanan. Kesesakan keberadaan di dalam bas itu bagaikan tidak terasa dek kerana terhibur dengan telatah manusia-manusia desa pekan ini. Keramahan dan sikap yang suka menegur itu bukanlah untuk menjaga tepi kain orang tetapi kita ni kan manusia yang dicipta di dunia untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Jadinya, eloklah kalau kita bertegur-tegur sesmaa kita. Mengenali antara satu sama lain.

Berlainan benar dengan suasana bas RapidKL, LRT Star, Monorail, Metrobus dan kenderaan-kenderaan awam di kota besar. Penumpang tidak menegur sesama sendiri. Masing-masing membuat hal sendiri. Jika berada di tengah-tengah suasana ramai, masing-masing akan berdiam seribu bahasa. Masing-masing lebih gemar untuk menutup mulut dan berdiam diri. Kadang-kadang sangat sukar untuk memaniskan muka senyum kepada manusia lain. Jangan-jangan duduk sebelah menyebelah dan terdapat ikatan tali persaudaraan antara mereka, tetapi tidak pernah mereka ketahui kerana sikap sombong dan mementingkan diri sendiri sudah menebal pabila berada di bandar itu. Warga tua di bandar juga seperti sudah hilang keramahan mereka. Jauh berbeza dengan warga emas di pekan desa yang ramah tamah hinggakan dapat mencari keturunan di dalam satu bas.

Perasaan berada di dalam bas pekan desa lebih seronok berbanding bas kota besar, walhal terdapat perbezaan besar dari sudut keselesaan antara dua kenderaan di berlainan tempat ini. Biarlah bas itu tiada penyaman udara, bunyinya bising bagaikan hendak tercabut setiap tempat duduk dari berada di dalam bas yang lengkap serba serbi tetapi berasa sangat asing dan bosan.

sawah padi yang sentiasa hijau. kampungku

Rindu kampung halaman akan terbit jika berada di dalam suasana yang bosan dan asing di tengah bandar kota yang penuh dengan manusia tetapi tidak memberikan impak warna yang pelbagai. Kampung is the best.




p/s: ya, saya gadis kampung yang sentiasa merindui kampung.


Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

2 comments:

cik @iEn said...

yess.. aku bangga jadi org kampung..
rasa duduk kat kg xkan sama mcm duk kt bandar...

ak paling suka waktu petang kt kampung.. best sangat3..

bila blk kl. time petang la paling buat aku benci.. sbb ingt umah.. hee

Masitah Harun said...

betul2..sgt setuju...kl xpernah aman..