Twitter Facebook Feed

Nafsu Pagi

Assalamualaikum....

Pengalaman hidup bermula pada pagi kita dibangunkan. 


Setiap hari, bangun dari tidur, kita buka mata. Malas. Pasti menginginkan malam masih berpanjangan. Mendoakan sang mentari tidak akan muncul menerikkan tanah dan bumi. 

Selimut tebal yang membaluti tubuh masih diusap lembut. Seperti tidak mahu melepaskan ia pergi. Sayang. Jika dilepas, terasa pula angin sejuk kipas yang berputar laju. Dingin suasana menambah lagi kemalasan hari.
Kelopak mata bergerak-gerak cuba memaksa ia terbelalak. Lekat. Sukar sungguh hendak mencairkan gamnya. Lalu, tangan yang dinyorok di dalam kehangatan selimut ,diarah bergerak memujuk mata mengenal dunia.

Jari jemari mengusik mata. Longgar sebentar. Kelam penglihatan mencari cahaya. Anak mata berusaha menyesuaikan keadaan untuk mengenalpasti suasana keliling.

Sayup-sayup melihat kipas berputar. Tidak tidurkah ia?. Berjaga sepanjang malam tetapi tiada bunyi yang di dengar. Tidak menganggu walaupun bekerja. 

Mata hitam merenung ia berputar tanpa henti. Khusyuk sekali. Tiba-tiba gelap datang lagi. Menyahut kembali rasa hati.


Telinga itu tidak tidur. Ia tidak lalai dari meneroka bunyi. Menunggu bunyi yang indah di pagi hari. Terdengar.Indahnya, amannya bunyi itu. Telinga merakam bunyi itu lagi. Ia tidak tahudan cuba mengejutkan otak mamai.

Otak tersedar. Saraf-saraf mencari punca tenaga hidup. Bunyi yang dirakam telinga diproses laju. Susunan memori digeledah satu satu. Jumpa. Satu jawapan kukuh diberitahu. Itulah Azan. Berterima kasih otak kepada telinga kerana berkongsi rasa kenikmatan bunyian itu.

Otak tidak lokek. Ia juga mahu berkongsi dengan rakan yang lain. Diarah saraf bekerja menyalur tenaga membangunkan anggota. Setiap anggota terkejut. Bergerak sedikit.

Tangan yang memeluk selimut, mata yang terkatup, kaki yang merenggok telah berubah posisi. Ia berhasil. Saraf telah melakukan kerjanya.Kerjanya dilaksana supaya semua anggota dapat merasa nikmat keindahan bunyi di pagi hari
Namun. anggota-anggota itu keras semula.Kaku.

Saraf kecewa. Saraf tahu, saraf sedar ia tidak mampu untuk menghantar tenaga kepada satu perkara.

Iaitu 

NAFSU!.

 .   





Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: