Twitter Facebook Feed

Dah halal ke?

Assalamualaikum semua...

"Adoyai, sweetnya lah diorang tue. Jalan pegang tangan, rangkul-rangkul pinggang, cuit-cuit hidung, gelak-gelak manja. Cute kan Nah?", kata Tijah kepada rakannya.

"Haah, memang sweet couple Jah, cute sangat. Dua-dua sepadan. Bertuah badan dapat suami macam tu. Caring sangat dekat bini dia, macam tak boleh berenggang" balas Minah kepada Jah.

"Eh, macamana kau tahu dia tue suami isteri?", Tijah bertanya

"Nah, kalau dah pegang macam tue, rapat semacam macam belangkas, takkanlah tak kahwin lagi. Segala benda pulak tue nak disentuhnya. Public pulak tu. Semua orang nampak",Minah senang menjawab.

"Oh, ealah kot. Hai, beruntungnya lah perempuan tue," mengangguk Tijah tanda setuju.

"Woit, apa yang korang berdua tengokkan tue?"Tiba-tiba Senah menyergah.

"Kau nie Senah,cubalah bagi salam sikit.", Minah menegur Senah kerana ketidaksopanannya.

"Tu ha, kitorang tengah syok skodeng suami isteri tue, nampak bahagia sangat. Cuba kau tengok sana, mesti kau pon setuju dengan kitorang nie."Tijah memberikan arahan

"Yang pakai tudung pink dengan baju petak-petak tue ke?. Yang tengah syok urut bahu masing-masing tue?. Sat eh, aku nak pergi tanya sekejap, betul ke diorang tue suami isteri yag sweet gitue."Selamba Senah menuturkan kata.

Dengan pantasnya Senah mengatur langkah yang ala-ala model sedang memperagakan pakaian di atas pentas peragaan. Sepuluh langkah lagi akan sampai ke destinasi yang dituju manakala Tijah dan Minah muela berasa kurang senang dengan tindakan berani mati Senah. Degup jantung mereka berdua boleh terkeluar dari dada masing-masing akibat perasaan yang gundah gelana. Dup dap dup dap.

Sembilan langkah lagi, lapan, tujuh, enam, lima, empat, tiga, dua, satu dan tidak semena-mena satu hayunan tinggi hinggap di belakang bahu isteri bertudung pink itu. Bingkas si belangkas itu bangun dan melepaskan segala apa yang dipegang tadi. Pucat lesi bagaikan bila diambil pisau dari dapur ' Masterchef ' masih tidak dapat mengeluarkan darah jika ditoreh pada raut mereka. Sangat pucat.

Dari jauh sayup-sayup terdengar esakan tangis dari bertudung pink dan cuba memegang si Senah, Namun dengan rakusnya Senah menepis kembali pegangan itu. Berapa kali gelengan yang dilakukan oleh Senah dan tidak dihitung oleh rakannya yang memerhati dari jauh. Tijah dan Minah pula cuba untuk mendengar bait-bait perbualan mereka yang telah dipenuhi dengan esakan tangis si pink tersebut. Berkerut-kerut dahi sambil mengetuk telinga mereka kononya mampu untuk mencapai frekuensi bunyi.

Malangnya, belom sempat mereka membaiki kualtiti telinga, Senah sudah mula menarik tangan si pink tersebut dan si lelaki berbaju petak itu pula cuba untuk menghalang dan melayang-layang tangannya. Lagak bagaikan seorang pemidato yang sedang menyampaikan syarahannya di hadapan para hadirin dan hakim saksama. Namun, dengan mudahnya Senah mematahkan hujahan si petak hinggakan si petak terpaksa mengundur beberapa langkah dari laluan asal Senah. Meraup muka entah berapa kali hinggakan tiada peluh yang akan berani mencucuri.
Derap langkah Senah pantas meninggalkan si baju petak sambil menggenggam erat lengan bertudung pink yang masih teresak menangis dan mengesat air mata bercampur air hidung menggunakan hujung lengannya. Sesekali akan ditoleh kepada si baju petak. Sekejap sahaja Senah dan bertudung pink hilang di pandangan Minah dan Tijah.

Minah dan Tijah hanya memandang sesama sendiri sambil menjongket bahu masing-masing. Niat ingin berjimba dengan Senah terbantut apabila Senah melarikan si Tudung Pink entah ke mana. Mereka pon akhirnya meninggalkan si baju petak kesepian terduduk di pinggir jalan.

Keesokannya.

Tijah dan Minah telah dimaklumkan Senah bahawasanya pasangan suami isteri yang mereka skodeng itu bukanlah halal untuk berpegangan. Si tudung pink itu merupakan adik Senah dan si baju petak pula balak si tudung pink. Tiada ikatan yang halal antara mereka berdua pon.

Rupanya sangkaan Tijah dan Minah meleset. Disangkakan pasangan yang halal rupanya tidak.


************************************************


Konklusinya di sini, jika belum halal lagi usahlah mahu membiarkan tangan itu melalut mencari tempat yang haram untuk di letakkan. Selagi kamu-kamu tidak halal dalam Islam, janganlah mengharamkan perhubungan yang suci itu.

Jika sudah mengamalkan ajaran Islam dengan menutup aurat, jagalah maruah tudung itu. Janganlah nampak hina di pandangan manusia lain.

Jika ada perasaan untuk melakukan yang halal, nikahilah antara kamu berdua. Halalkanlah perhubungan itu.


END

p/s: ingati diri sendiri juga.
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: