Twitter Facebook Feed

Wanita itu cantik

Assalamualaikum....

'Cantik itu subjektif'

Betol. Aku memang setuju dengan kenyataan itu. Cantik itu memang subjektif. Konteks perkataan subjektif itu adalah mengikut pandangan serta perasaan sendiri, pandangan atau pendapat yang dipengaruhi oleh sesuatu. Maksud ini dipetik dari Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Sedang kita berjalan di shopping complex dan taman-taman bunga, terserempak dengan sepasang kekasih yang sekali imbas kita berprasangka macam tak berapa nak sesuai saje. Prasangka ini memang akan wujud dan secara automatiknya kita akan memberi gred dan markah terhadap pasangan tersebut. Bukanlah niat untuk membanding-banding antara dua kejadian manusia ini, tapi biasalah lumrah kita sebagai manusia yang sentiasa menghukum seseorang yang lain. Namun prasangka itu sebenarnya telah membuatkan diri ini berfikir tentang bagaimana seseorang itu menilai maksud sebenar 'cantik'.

Bukan semua wanita yang cantik pada pandangan mata wanita lain adalah seorang wanita yang cantik bagi pandangan mata kasar lelaki. Dan bukan semua wanita yang tidak seberapa cantik bagi pandangan wanita lain adalah wanita yang tidak cantik bagi pandangan mata lelaki. Di permudahkan bahasa. Bukan semua wanita cantik adalah cantik bagi lelaki dan bukan semua wanita tak cantik adalah tak cantik bagi lelaki.

Jika ditanya kepada ramai lelaki, apakah yang cantiknya wanita itu? Rata-rata menjawab :
  • Kulit halus, mulus dan gebu
  • Senyuman manis
  • Lesung pipit di pipi
  • Mata macam panda
  • Leher jinjang
  • Cutting badan mantap
  • Dan lain-lain (isi sendiri)
Jawapan di atas berdasarkan pandangan mata kasar lelaki yang memandang kepada kecantikan semata-mata. Ingin diingatkan bahawa bukan semua lelaki berpandangan seperti di atas tetapi hampir semua jugak lelaki sedemikian.

Dek kerana rata-rata lelaki beranggapan bahawa cantik wanita itu adalah sedemikian rupa, maka ramailah wanita yang tidak mempunyai ciri-ciri sedemikian akan merasa rendah diri, malu, tidak yakin pada diri sendiri apabila berhadapan dengan kaum lelaki ini. Mereka dengan mudah merasakan diri mereka tidak cantik dan yakin bahawa tiada siapa yang akan mahu mendekati. Selalu juga mereka ini merasakan jodoh mereka lambat dan mungkin tercalon dalam golongan andartu atau andalusia.

Jadinya, jika kita lihat golongan yang bukan termasuk dalam ciri-ciri di atas mempunyai buah hati atau pujaan hati, makanya apakah cantik itu?

Jawapannya mudah saje. Kita berbalik semula pada quote di atas sekali. 'CANTIK ITU SUBJEKTIF'.

Cantiknya wanita itu pada pandangan mata lelaki sebenarnya berbeza antara satu sama lain. Mungkin secara umumnya, ciri-ciri fizikal diberi penekanan khusus, namun itu sebenarnya hanya picisan sahaja. Bagi memudahkan pertanyaan dan menyenangkan jawapan.

Bersyukurlah kamu wahai perempuan yang mempunyai kekasih kerana sebenarnya kamu adalah cantik dipandangan matanya. Oleh itu kamu terpilih untuk menjadi suri dihatiya. Janganlah dikeluhkan soal fizikal kamu. Kamu sebenarnya adalah cantik. Yakinlah pada diri sendiri.


Jika ditanya kepada kaum lelaki tentang cantiknya wanita mereka, pasti sukar untuk dijawab. Bukan mereka tidak pandai menilai, tetapi mereka beraggapan wanita mereka itu memang tersedia cantiknya yang mana bukan sifat fizikal semata tetapi rohani dan moral juga dititik berat.

Citarasa setiap individu sebenarnya berbeza. Kita tidak boleh mempertikaikan itu. Jangan dikomen atau dinilai seseorang atas dasar fizikal. Jangan dibanding pasangan yang kononnya pada pandangan mata kita tak sesuai kerana wanita itu sebenarnya cantik untuk pasangannya. Jika kita berjumpa wanita yang cantik namun tiada pasangan, sebenarnya wanita itu masih tidak dapat menarik perhatian mata lelaki untuk disahkan cantiknya.

Sebenarnya wanita itu cantik adalah kerana dirinya memang tersedia cantik. Allah menciptakan kita manusia ini dengan pelbagai rupa dan corak dan setiap ciptaanya itu mempunyai kecantikannya yang tersendiri. Dan setiap kecantikan itu akan ada yang menghargainya. Janganlah dikesal, janganlah dikeluhkan. Jadilah cantik kerana-Nya dengan menjadi hamba yang serba serbi 'cantik' mengikut ajarannya. Berusahalah ke arah itu.

p/s: suka tengok pasangan yang ada kontra sebab nmpak sgt sweet.
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

1 comments:

aien said...

aku ada suka stu ayat nie..

"kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tetapi pada mata yang memandang"

so.. setiap manusia pasti berbeza definisi tentang kecantikan.. kecomelan.. kejelitaan dll... kan? hehe..

ak lebih suka ignore apa yg orang kata berbanding apa yg hati aku kata.. heee..

eh. berkait ke? heeee