Twitter Facebook Feed

IPG aku masuk biter ag..

Pelatih guru berdepan masalah simpan barang apabila balik kampung


SAYA adalah pelatih di Institut Pendidikan Guru kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur ini. Cuti semester menjelang tiba, malangnya pelatih berdepan dengan kesukaran untuk menyimpan barang berikutan pihak pengurusan tidak lagi menyediakan stor menyimpan barang seperti semester lalu.

Ini menyukarkan kami, khususnya pelatih yang majoritinya tinggal di luar Kuala Lumpur untuk menyimpan barangan mereka ketika cuti semester kerana kami memang tiada tempat untuk menyimpan barang.

Kesannya, ada pelatih yang terpaksa membuang bahan pembelajaran, pakaian serta fail kuliah memandangkan tiada tempat untuk menyimpan barang. Tambahan pula, bukan semua pelatih terutama dari Sabah dan Sarawak mempunyai saudara mara di Kuala Lumpur untuk menyimpan sementara barangan mereka.

Jika benar kediaman asrama ini diperuntukkan untuk penginapan bagi guru kursus dalam cuti, namun bukan semua bilik digunakan untuk guru berkenaan. Saya fikir tidak salah jika hanya memperuntukkan satu bilik untuk setiap aras.

Bukannya tidak ada ruang, malah setiap aras memiliki sebuah bilik perseorangan. Hal ini tidak menjejaskan sedikit pun kuantiti bilik penempatan untuk guru. Jika tidak pun, bilik di bahagian bawah asrama, boleh digunakan untuk dijadikan stor tambahan.

PELATIH TERSISIH,
Kuala Lumpur.

~nie lah budak maktab aku...kompem havoc ag pas nie,,,~
~aku amik biter nie kat berita harian hari ini (selasa)~
`macam2`
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: