Twitter Facebook Feed

ADEK


Assalamualaikum...

Rasa tersangat terhibur bila baca blog Mr Adek tadi. Lawak giler. Senyum sorang2 jek aku nie baca. Tak sangka aku, pandai Mr. Adek meluahkan perasan dalam blog. Canggih r lu dik. Angah tabik r kau dapat buat cmtue. Tapi kan dik, awat lah ganaz sangat luahan tue. Bengang sangat ke?. Nie baru permulaan life as student taw. Banyak lagi benda2 kat hdapan nanti yang kamoo kener terima, pertimbangkan, fikirkan dan redhakan. Semua tue asam garam dalam menjadi seorang student yang sejati. Apa barang kalau student takdek masalah. Masalah tu mmg wajib taw.
~ADEK YANG DAH BESAR~


Apa-apa pon kamoo tue jangan sangat cepat mengelabah. Jangan cepat melenting. Nanti susah. Kita ni budak baru kat tempat ni, pandai2 lah bawa diri dengan segala apa yang mendatang. Angah tahu kamoo memang tengah cuba sehabis baik lah dekat sana. Tapi jangan lupa, kesemua yang jadi tue adalah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Jangan salahkan takdir atau nasib diri. Redha tue penting. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya dan kesemuanya akan berjalan dengan lancar.

Kalau kamu ada masalah, tak dek salahnya andai nak kongsi dengan angah atau kakak, kami kan akak-akak kamoo. Masalah kamoo, masalah kami juga. Cubit paha kiri, paha kanan terasa tau. Bukan setakat terasa, siap berbirat lagi tue. Sekarang nie kita adik beradik dah meningkat dewasa, semua fikiran makin matang. Pandai-pandailah fikir mana yang baik dan yang buruk. Apa2 pon yang kamoo buat, angah akan sokong tapi bersyarat taw. Ingat senang nak lepas tahap piawaian nie. Nak kner check betol2. Baru lepas taw.

Ingat, kalau ada perkara yang tak seronok pada kamoo, jangan cepat marah dan mengeluh. Anggap semua tue satu keseronokan semasa bergelar pelajar. Tapi kena sentiasa beringat juga taw. Jangan orang lain senang2 nak ambil kesempatan pada kamoo. Nanti tak pepasal kena buli kang. Walauapapun, angah yakin dengan pembawaan diri kamoo kat sana. Kamoo memang boleh survive. Keep it up. Satu lagi, ingat mak dan abah kat kampong taw.

Daaaa....Salam...

p/s:...jadi ke tak nk beli beg reebok?
Facebook
Twitter
Yahoo
Feed

0 comments: